Followers

27 December 2008

Cara aku bersantai di hujung minggu

Sudah menjadi kebiasaan. Cuti hujung minggu adalah masa yang ditunggu-tunggu. Apa tidaknya. Masa inilah untuk berehat dan bersantai. Cara bersantai pula lain orang, lain pula caranya…

Kawan-kawan selalu bertanyakan pada aku, apa aktiviti yang biasa aku lakukan pada hujung minggu. Nah untuk makluman, antara aktiviti yang selalu aku lakukan ialah keluar jalan-jalan (ngan kereta) sambil makan-makan dan menjamu mata – tengok buku / majalah yang baru, tengok barangan komputer, barangan hiasan rumah, perabut, CD’s, peralatan gymnasium dan sebagainya…. janji yang menarik di mata. (Tengok je. Kalau dah berkenan dan ada duit baru beli.. hehe.)

Selain aktiviti di atas, sebulan sekali selama 2 hari aku akan ke kem askar – melatih ‘anak buah’. Di samping itu, jika tidak balik kampung, aku juga akan cuba luangkan masa untuk ke rumah kawan-kawan. Lawatan muhibbah penjalin silaturrahim. Kadang-kadang tu ada juga kawan-kawan datang kat rumah aku. Saja je borak-borak, ketawa-ketawa, minum-minum kemudian balik…

Jka free dan mood rajin pada hujung minggu, aku akan ajak beberapa orang pelajar aku ke lot getah. Tengok sihat ke tidak pokok getah aku tu. Kalau tak sihat kena bagi baja ke apa ke... Bukan aku yang membaja. Aku beli je baja tu dan minta Pak Ya tolong taburkan. Maklumlah aku ni seorang peneroka moden yang jarang sekali turun padang. Tak ada masa sebenarnya. hehe. (Padahal cikgu ni malas...)

Dari aktiviti pusing-pusing di luar rumah, terus balik rumah. Bila sampai je kat rumah, aku akan terus lakukan aktiviti wajib - terus online internet. Baca berita sana-sini. Baca blog kawan-kawan. Kadang-kadang internet itu aku online dari pagi sampai malam - sampai masa nak tidur. Walaupun kadang-kala aku tidakpun melayarinya (duk tengok tv / baca buku / majalah) tapi internet online begitu saja. Unlimited Broadband katakan…. membazirke? Tak kot.

Apa saja yang dilakukan .. pastikan kita suka lakukannya.

Aku rasa itulah antara aktiviti yang biasa dan selalu aku lakukan di hujung minggu. Yang pastinya, bila di rumah, aku akan terus online. Ini kerana aku dan blog tak dapat dipisahkan lagi. Jika tak online, baca dan chat usik kawan-kawan kat blog, aku akan terasa sunyi semacam je. Kenapa ekk? Mungkinkah aku ni dah jatuh cinta dengan blog? hehe. Mungkinkah….

21 comments:

Redynne said...

salam cekgu bongsu,
waaa...bestnye lilex2 diujung minggu..

*jeles sungguh niii..

Redynne said...

salam cekgu bongsu,
waaa...bestnye lilex2 diujung minggu..

*jeles sungguh niii..

AiE bAhRi said...

wah..cuti hujung minggu cikgu mmg santai..

bunga said...

menarik..
jatuh cinta ngn blog..?
hehee..
tapi tiap kali cari asyik ilang..
sekarang makin kerap ilang..

azza_irah said...

cikgu..
sy celik mata pagi2 pun mesti jengah blog dl..satu kemestian..dan pastinya kerdipan bintang akan menyusul selepas sedetik hati..

Rashid said...

salam reen,
hehe.. aktiviti tu biasa je. Hujung minggu pagi rasa nak kuar jee kejap..pusing-pusing.Boring kalau duk kat umah je manjang. Tapi bila balik umah.. rasa tak mau kuar pula. Seronok duk chat berblog dsb..

Rashid said...

salam aie bahri,
hmmmm begitulah aie.. masa free. Esok bila masa keje banyak yang perlu dibuat..

Rashid said...

bunga,
Saya ada.. ilang time ada kerja kat sek - mesyuarat dsb. Kalau tak ada apa-apa, saya pasti ada.. sentiasa ada ..

Rashid said...

Salam azza,
ooo celik-celik mata je terus buka blog ek. Ni tentu tak sempat-sempat basuh muka. hehe..

Azza, sayapun. Sedetik hati sentiasa di hati saya. Azza tau, juga kemestian untuk saya klik sedetik hati. Kalau tak no.2 selepas saya.. no.1 sebelum saya.

Moga persahabatan kita kekal mekar selamanya...

@LiYaNNuaR said...

ketagihan blogging nih... huhuhu... blogger mmg camtu... kan cekgu kan... sya pun lah... sesungguhnya... masa2 yg tluang... harus dihabisin depan lappy... ada stuju kah??? semua pun stuju... terutama yg ada stimix ato pun bodben.... hehehe... bg yg takdo... ada juga yg sanggup ke cc sana... sgt santai aje, kan... gitulaaaah...

Sufi Idany said...

Salam Cikgu.... wah meriah nye ujung minggu cikgu.... :)

Signorina Syima said...

cikgu... jatuh cinta ngn blog ker?? tak kan tak de sangkutan dengan owner blog?? hihihi sakat2 di hari ahad...

Daddy Cool said...

Huih! Penuhi aktiviti dengan kerja yang berpekdah! Best! Online 24/7!

Rashid said...

@LiYaNNuaR,
hehe.. rupanya kita sama ek. Saya rasa ramai blogger yg lainpun sama juga. Dengan berblogger kita rasa ada sesuatu yang bermakna.. menggembirakan..

Rashid said...

idany,
Itulah antara yang saya lalui.. biasa-biasa je.. yang penting kita laluinya dengan rasa hati yang suka.

Rashid said...

Syima,
psstttt.. ada. Memang ada.. hehe.

p/s - Syima, jgn bagitau orang lain ekk..

Rashid said...

Salam ddycool,
Saja je.. on9 sentiasa bila kat rumah.. kira berfaedah lah ya.. juga perkongsian ilmu antara blogger.

marzalina said...

wah..sama la kita..jatuh cinta ngan blog..tapi intan kat opis jer leh online..kat umah xder..huhu

Wawa_Nadwa said...

Salam Cikgu,

Wahh!
bkn main lagi cikgu tersenyum lebar ye.
Sonok tgk cikgu tersenyum cam gini. Manisss n sedap mata memandang.
ok2! sudah2 la komen cikgu nye senyum.
Kang kembang ssh plak.
kekkeke!

Wawa pon begitu juga.
Sudah jatuh cinta pd dunia blog.
Rase tak kena kalu tak update blog n tak jenguk blog kwn2 terutama blog cikgu.
hiks!
sib baik kt umah takde line tenet klu ade agaknye tak buat kje umah ashik dok ngadap pc je la.
hiks!

Rashid said...

Intan.
ooo padanler.. tak dapat nak chat ngan intan. takde on9 kat umah rupanya..

Rashid said...

salam wawa..

hehe.. tang senyum tu. saja je. nak lawan 'ketua kelas' yang dari entri pertama lagi dah penuh dengan senyuman.. anak sapa ni ekk. Murah dengan senyuman.. sejuk hati mak ayah. hehe

sama ngan intan lah ni. tak de line i.net kat umah?

alaaaa camana nak chat ngan 'ketua kelas' ni kalau apa-apa nak disampaikan nanti.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search