Wah! cantiknya UMT.. pertama kali aku tengok secara dekat. hehe.. kasihan 'orang Sabah' pulang ke gagang jua..
Mesyuarat berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 malam. Kadang-kala berlanjutan sehingga jam 11.30 malam. Dalam mesyuarat kali ini, macam-macam topik dibincangkan. Antaranya Pengurusan Kurikulum, Perancangan Strategik, Kepemimpinan, Penilaian dan Peperiksaan, HeadCount & Post Mortem, Program 3PK – Pelan Pembangunan Pendidikan Kelantan, Star Rating, Program P’INTU, Program Q-Net, Program Sekolahku Mahliga Gading dan sebagainya.
Aku snap secara curi-curi.. tak nak nampak sangat.
Jam 8.05 pagi, hari ke-2 sebelum mesyuarat bermula, aku disapa oleh seorang guru perempuan yang berada di depan aku.
“Cikgu Rashid, cikgu tau tak?”.
“Apa dia?” Aku bertanya kembali.
“Saya semak kehadiran tadi. Saya tengok cikgu adalah cikgu yang paling muda sekali...” Ujar cikgu perempuan itu sambil tersenyum pada aku.
“Yake.. oooo kiranya saya ni adik bungsulah dalam mesyuarat ini.” hehe.. Aku turut tersenyum sambil ketawa kecil.
>>>>>>>>
Adoiiiii sahabat, seronoknya bermesyuarat. Banyak yang perlu dirancang dan dilaksanakan sebelum dan apabila buka sekolah pada 4 Januari 2009 nanti.
Dalam perjalanan pulang, terlintas dalam fikiran aku tentang perlunya perancangan dan tindakan … perlunya anjakan dari buat kerja-kerja rutin… perlunya ada gaya dan cara dalam bertindak dan cara berfikir.
Bagi aku, aku akan laksanakan sebaik dan termampu mungkin. “Yes Yes!!!”. (Aku mengenggam tangan sambil kenyitkan mata kanan pada diri sendiri. hehe.)
28 comments:
Luth tak pernah menjejakkan kaki ke terengganu lagi..
adui.. mengidamnya..
Cikgu, kita perlukan anjakan dan perubahan dari dlm minda kita utk sst yang lebih baik kan .... ? saya akan ke sarawak nnt....
salam,
cekgu bongsu..hehehe..
Salam..
Agak malang cg. ke KT tetapi saya ke Langkawi..kalau tidak mau saja ketemu..hehehe..
Ada rezeki dilain kali mungkin..
Selamat merancang untuk tahun 2009.
cikgu plg muda ke?
umur cikgu bpe ek?
*tnya je ni, tak jwb pn xpe*
selamat meeting cik. rashid, semoga semuanyer berjalan dgn lancar.
Moga-moga rancangan yang dirancang akan dilaksanakan secara terancang.. Kata orang, azam di awal tahun, berbeza dengan pelaksanaanya sepanjang tahun... ye ke?
permai inn..kenangan yang tak mgkin dilupakan..
biar terkubur tanpa jejak..
luth,
yake? hehe..kasihan luth. Mengidam ekk.. tu tentu mengidam keropok lekor terengganu tu...
salam sufy idany,
ya.. sy dah tau idany akan ke srwk. Tak perlah idany. Cari pengalaman kat sana dulu..cari kekuatan kat sana.. moga semuanya selamat. Saya yakin idany akan beroleh sesuatu kat sana.
Dah bersiap ke utk ke srwak nanti tu?..
he redynne,
aaaa reen ni selalu je nak usik saya ekk.. cubit baru tau.. hehe
Beib,
hmmm hmmm. InsyaAllah ada masa dan ruang, kita akan jumpa jua.
Adalicious,
Gambar saya dalam entri kebelakangan ini semuanya yang terbaru & terkini.. tanpa editpun. Teka la. hehe..
Salam Erinsza,
Terima kasih.. Suka dan sejuk je hati bila dapat doa dari teman-teman..
Azlanlin,
Kita sekadar merancang. Segi pelaksanaanya sudah tentu ada sedikit sebanyak perubahan. Tapi yang penting kita ada perancangan awal dan cuba laksanakan terbaik mungkin..
Azza,
“kenangan yang tak mungkin dilupakan.. biar terkubur tanpa jejak..”
eeee tentu ada kisah di sebalik semua ini. Tiba-tiba timbul je rasa ingin tau.. tapi memandangkan ‘biar terkubur tanpa jejak’.. terus je saya abaikan. Tak mau kenangan yang sudah berkubur (dikuburkan?), kembali semula mengamit memori.
sy prnh ke ganu tp masa tua2 dulu erkkk 4- 5 thn lepas. mgkn dh byk berubh kot...
cikgu bongsu kenyit mata kat diri sndiri..... hehehe sy gatal hati la..
Kulna,
Terengganu saya tengok makin pesat juga pembangunannya..
oooo gatal hati ya. tuu tentu duk senyum kat saya tu. Kulna, Saya kenyit mata sekadar untuk refresh diri.. beri motivasi pada diri sendiri je. hehe.
30? 32? 35?
btol tak? huahaha
kenangan walau pahit tetap bguna ut diri kita.
sebagai benteng, sebagai sempadan menahan diri dari tersilap langkah lagi..
Adalicious..
hehe.. pandai anak mammi ni..
Azza..
semakin ingin tau..
permai inn..?
oh aritu baru pegik..
kebtulan my uncle from ipoh
ade kursus kat sane gak..
die pon cikgu ehe..
salam nieja,
yake? hmm tak kebetulan kot. Di permai inn tu selalu ada wat kursus sana. Warga pendidikan Kelantan selalu ke sana..
sesuatu yang pahit tak elok dikenang kan..
tak elok utk kesihatan ..lagipun pala asyik denyut2..eheh..
azza.
ya. jangan dikenang kisah yang melukai hati. tapi kalau nak kongsi juga.. saya sudi mendengarnya..
bila nak mesuarat kat Putrajaya lak nih cikgu?
hehhehhee
(^_^)
::_Yanie Putrajaya_::
Yanie..
Naper.. nak jemput saya ke?..
Post a Comment