Followers

30 December 2008

Kisah burung terbang tinggi-tinggi dan jauh



"Sahabat jangan nakal-nakal tau .." (nada usikan)
"Nakal. Saya nakal dengan siapa?"

"Adalah ..." (saja aku mengusik)
"Siapa? bagitaulah saya."

"hmm hmm .. sahabat tau tak?"
"Tahu apa?"
"Saya sebenarnya ada .. sentiasa berusaha untuk ada di sisi sahabat."
"Iyake. ikut ke mana saja saya pergi ek?"
"Taklah sampai begitu sekali. Saya tak mau sahabat rasa kekok pula."
"Ikutlah. Saya okey je .. malah suka."
"Sahabat, saya teringat satu kisah. Kisah burung terbang tinggi-tinggi .. dan jauh ..."
"hmm hmm"

Kisahnya ..

Biarkan burung terbang bebas
Jangan sangkarkan ia
Jika ia terbang .. Biarkan ia terbang tinggi-tinggi ... dan jauh.
Berikan kebebasan padanya
Mungkin ia mahu ke penjuru sana
Biarkan ...
Biarkan ia terbang bebas
Terbang dengan riangnya
Cuma
Temani burung itu
Walaupun dari jauh
Perhatikan ia
Jangan biarkan ia jatuh
Jangan biarkan ia terluka
Jangan biarkan burung itu tak berdaya untuk terbang
Terbang tinggi-tinggi ... dan jauh ...
Jika burung itu terluka
Segera ubatinya
Jika ia dalam kesedihan dan menangis
Sapukan airmatanya dengan lembut
Hiburkan hatinya
Damaikan perasaannya
Percayalah
Jika burung itu pulang jua
Pulang ke pangkuanmu
Itu tandanya
Burung itu ... masih dan tetap sayang padamu.




42 comments:

azza_irah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tirana said...

Dalam maksud puisi ni, cikgu Rashid..ahem..ahem..

aliadijamina said...

hehehehehehe.....
Ada makna tu....
hehehehehehe.....
ha......
mana mau sembunyik muka...
yang tersurat dan tersirat...

kuIna said...

setinggi tinggi terbang helang
ke tanah akhirnya ...

Isdaniya said...

emm..semoga burung itu tidak menjadi mangsa si pemburu..

akuduniaku said...

ini erti bagi seorang sahabat..

salam

namun in pengertian untuk dunia fantasi dan bukan dunia realiti...jadi mana mungkin ada lagi sahabat yang sebegitu...

salam n mohon maaf..

Signorina Syima said...

kalau burung itu pergi jauh.. dan tak kembali, bermakna kita perlu redha dengan pemergian dia kan??

*saya tengah sedih...

Redynne™ said...

cekgu,
Salam Maal Hijrah
:)

*Semoga x jemu m'beri kedamaian pd yg memerlukan..

mommy otai said...

eii suke la cite burung ini..
nk copy letak kat blog leh tak abg rashid..

Anonymous said...

sangat2 terharu..
semalam ingt nak copy cerita tu..tapi terlelap dulu..badan masih tak sehat kan..

tak tahu nak kata apa sbnrnya..
hanya ucapan tkaseh..
sy tahu ke mana kaki ni melangkah, pasti sy tetap ditemani oleh sahabat yang begitu tulus menghulur tangan membantu kala kebuntuan melanda. insyaallah akan sy ingt smpai bila2...

temani selagi termampu..
tkaseh kerana sentiasa berusaha utk ada...

Rashid said...

Salam tirana,
iyake.. ia datang spontan dari saya bila berbicara dengannya..

Rashid said...

hi alia..
Mana ada.. adake?. tak delah.. segala sesuatu yang terluah itu sekadar bicara spontan saya.. bicara dari hati untuk seorang sahabat.

Rashid said...

kulna,
Iya.. ke mana kita pergi..kita masih perlukan sahabat untuk menemani kita.

Kita perlukan sahabat untuk kita berkongsi suka dan duka.. untuk kita mengatur langkah agar tidak tersilap langkah.

Walaupun kadangkala sahabat kita ini telah 'terbang tinggi-tinggi dan jauh'.. Seorang sahabat akan sentiasa berusaha untuk ada demi sahabatnya.

Sebagai sahabat, hanya satu keinginannya.. ingin melihat sahabatnya sentiasa sihat ceria dan gembira..

Rashid said...

Eida..
Terbukti dari kata-kata eida.. 'perlu dan pentingnya seorang sahabat dalam kehidupan kita..'

Seorang sahabat akan harus tau peranannya terhadap sahabatnya.. sebagaimana kisah burung terbang tinggi-tinggi dan jauh..

ermm..

Rashid said...

Salam akuduniaku..
hmm hmm.. satu pandangan yang baik.

Maaf, bagi saya kitalah yang harus jadikan 'fantasi?' yang penuh kebaikan ini untuk direalitikan. Kita tidak mengharapkan untuk menjadi dan mendapat seorang sahabat yang sempurna.. tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi seorang sahabat.. dan berusaha menyumbang sesuatu dalam dunia persahabatan.

Bagi saya, kitalah yang harus berusaha dan memulakan langkah.. untuk menjadi seorang sahabat.. barulah akan mendapat sahabat..

hmm hmm..

Rashid said...

Syima,
Iya.. jangan bersedih syima..

Kita jangan mengharapkan sesuatu dari seorang sahabat. Kita harus rasa gembira melihat (mengetahui?) sahabat kita sedang gembira dalam dunianya - sedang terbang tinggi dah jauh. Walaupun ia makin jauh dan jauh dari pandangan kita..

Rashid said...

Salam Redynne,
reen.. hmm hmm jika diizinkanNya. Moga kita sama-sama berusaha dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada dunia persahabatan.. walaupun sekadar di alam maya.

Dan jika diizinkanNya.. pasti kita akan ke realiti jua. Bertemu di sana..

Rashid said...

Salam mommy otai,
Sila.. saya izinkan. Malah suka dan gembira kerana mommy otai bersedia untuk sama-sama memberi ruang kepada kisah ini untuk didengari oleh kekawan blogger kita yang lain..

t.kasih..

Rashid said...

Bunga.

Bunga perlu berehat. Rehatkan diri secukupnya...
Jika hadapi kerisauan.. Bangun dan aturkan langkah. Melangkahlah… moga bunga dapat atasi segala persoalan yang merungkai diri.

iya.. saya akan cuba sedaya dan termampu mungkin untuk temani bunga. Seadanya saya.

mommy otai said...

BEGITU BERMAKNA KATA2 NI..MEMANG SAYA MKSUDKAN DITUJUKAN BUAT TERSAYANG..TERIMA KASIH EN RASHID MEMBENARKAN IA..MOGA ORG TERSAYANG MEMAHAMI HATI SAYA..

said...

Percayalah
Jika burung itu pulang jua
Pulang ke pangkuanmu
Itu tandanya
Burung itu.. masih dan tetap sayang padamu


yanie suka ayat nih.....

ada makna tersirat di dalam nyer.....

(^_^)

a.b geldofg said...

smblik betul pkataan burung tu hehehehe

sakurasa 2 said...

Cantik buruk n puisi untuk burung he he he

Marzalina said...

burung diibaratkan seperti manusia yer..hmm...puisi ni menyentuh hati...saya dah lama biarkan burung terbang jauh tau..hehe

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah 1430,
moga pertukaran tahun & pertambahan usia akan lebih mematangkan & memudahkan perjalanan hidup yang berliku..

Firdaus said...

mmg shahdu citer lu..

Rashid said...

farah..
Saya doakan juga untuk farah. Moga sidia tersayang akan memahami farah..

Oh ya. Janganlah berencik-encik ngan saya. Panggi je rashid ke.. abg rashid ke.. hehe

Rashid said...

Yanie..
ni tentu ada mengena dengan yanie.. kan kan.

Moga dia masih dan tetap sayang pada yanie..

Rashid said...

ab geldofg
hmmm memang saya simbolikkannya..

Terima kasih kerna singgah & beri komen..

Rashid said...

salam sakurasa..

Iya..Puisi untuk burung yang terbang tinggi dan jauh..

Rashid said...

Marzalina,
Jangan biarkan ia terlalu lama terbang tinggi dan jauh tanpa marzalina tau ke mana ia. Sekali sekala risiklah khabar darinya.

Mungkinkah ia masih terbang?..

Rashid said...

Rohaizan.
Moga kita semua berhijrah.. sentiasa berusaha untuk berhijrah ke jalan dan laluan yang baik.

Selamat berhijrah..

Rashid said...

Apei..

hmm hmm syahdu ekk..

y.a.r.n.i.e.i.r.i.s said...

hohohoh..
sungguh mendalam.

ada van de kamp said...

susahnya sy nk fhm puisi cikgu ni.hUhu~

tp skrg sy rasa ramai sahabat yg menghilang. jumpa yg baru, lupa yg lama.

Anonymous said...

uish, puitisnyer cekgu.
hehe..

Rashid said...

salam yarnie.
iyake.. itu cuma dari hati. spontan..

Rashid said...

Adalicious..
alaa biasa je tu.. bukannya pusing-pusing.

Tak nak lupakan sahabat.. Biarpun yang baru selalu hadir..

p/s - Kena fikirkan sesuatu agar persahabatan kekal selama-lamanya..

Rashid said...

anaiz..

hmmm sekadar tersenyum. Saya tak tau dan tak terlintaspun akan mahu ia puitis.

n a r d indie winkie said...

punye maksud mendalam. best2!! tapi kalo burung pndai kenang jasa manusia, apatah lagi manusia dgn manusia. hope lebih menghargai.:-p

Rashid said...

salam n a r d indie winkie,

hehe iya..
Memang seronok jika kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa bersama kita..

Dengannya.. kita akan akan rasa gembira sangat. Hari-hari yang dilaluipun akan rasa bertenaga jer. Oleh itu, hargailah dirinya selagi ia ada dan masih bersama kita..

Anonymous said...

hargailah dirinya selagi ia ada dan masih bersama kita..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search