Followers

06 May 2009

Tidur membolehkan seseorang itu langsing dan awet muda?


James b. Maas, Profesor Psikologi dari Cornell Universiti New York mengatakan, tidur yang baik adalah selama 9 hingga 10 jam meskipun ada yang mengatakan 8 jam sudah memadai.


Menurut Prof. itu, antara jam ke tujuh dan lapan, tidur adalah saat di mana sel-sel tubuh memperbaiki diri manakala otak melakukan proses memori. Selain tubuh, mata turut berkaitan dengan tidur. Otot-otot sekitar mata akan tertarik setiap kali kita melakukan ekspresi wajah – ketawa, menangis, sedih dan sebagainya. Sebab itu tanda kedutan boleh dilihat jelas pada sekitar mata. Oleh itu mata perlukan rehat yang secukupnya.


Kajian dari Universiti Columbia, New York pula mendapati mereka yang tidur kurang tujuh jam berisiko menghadapi masalah kegemukan.


Adoiiiiiiiiiii biar betul ni? Tidur cukup akan buatkan kita langsing dan awet muda... kalau tak cukup tidur akan buatkan kita jadi gemuk dan cepat tua!!!! ishhh macamana ni. Macamana aku nak bertambah ‘macho’ kalau betullah kajian ini. Ini kerana aku biasanya hanya tidur 5 jam je sehari. hahah!!!!!


Nampaknya kali ini aku kena tidur 9-10 jam sehari. Tapi rasa macam tak yakin je. Bolehke aku tidur sebegitu lama? Tambahan lagi blogger mana ada yang tidur awal. hehe.


p/s – Artikel ini dipetik dari majalah yang baru je aku beli petang tadi - majalah Mingguan Wanita, 1-7 Mei 2009.






34 comments:

Ija1202 said...

Cikgu Rashid, kalau macam ni tiap2 mlm kena tido awal ler...kata nak macho hehhee...

kuIna LadyInRed said...

yg pasti tido adalah rehat yg penuh nikmat. klu terlebih lak mcm mana.. awek muda gak tak? sy suka tido.

ije said...

patut la berat naik 1 kg, kurang tdo rupanya.

*padahal tdo petang x penah tinggal. haha.

SRISUFI said...

Salam cikgu,

~benarkah petua ini? hehehe

~emak saya kata banyak tido lagilah menternak berat badan...

menarik..menarik...

Rashid said...

Ija.
a'ahh kena tidur awal le ija. Tapi rasa mustahil pula boleh tidur awal. Saya ni tidur awalpun jam 12.00 mlm..

Takperlah kalau tak macho pun.. janji sentiasa cool.. damai ..

Rashid said...

kuIna LadyInRed,
Setuju ngan kulna. Tidur memang ada nikmatnya.. Tapi kalau lebih tidur alamat jadi Ular sawalah.. berdengkur bukan main kuat. Tak sedar diri..

Bila senyum, orang tuapun akan nampak muda..

Rashid said...

ije
hahah!! kuat tidur rupanya ek. pecah rahsia.

ps/ - alaa lamanya tak tidur petang.

Rashid said...

SRISUFI
Itulah yang saya masih ragu dan was-was ni. Setahu saya jika terlebih tidur berat makin naik. Takper srisufi.. kita ambik jalan tengah. Tidur sedang-sedang.. (adake tidur sedang-sedang? hehe..)

Wawa_Nadwa said...

tipuuuuuuuuuuu..
wawa tdo doblas jam tak cantik pon.
lagik tua ade.
kekekkeke!`

Idalara said...

kwn2 kata kak ida ni awet muda..langsing tu mng tepat sekali..tapi kalau nak kata cukup tido tu tak gak..kalau dah mula pegang novel tu..nak2 lak kisah cinta..mau berjaga satu malam...

sbnrnya tido yg cukup tu mng penting sgt..kalau terlebih tidor akan mengundang pening dan menternak berat..

Nik Zulina said...

Betul ke petua tu ??? Yang pastinya kalau saya tidur over 7 jam...esok ngantuk memanjang...makinla tak ceria..

Ryehanna said...

tidur byk ni bkn x elok ke?

pendek umur. huhu... sape ckp ni ek... aaa bkn la pendek umur ape... just byk buang masa kat tidur jer...:P

tp...saya mmg kuat tido!!

tu pn kalau dah asyik berjaga malam.. mane taknya... heheh... dh jd musang plak..

tp xdinafikan, kalo rehat cukup, mmg la awet muda. :)

nurul iman said...

iman kes terlebih tido..tu berat naek..heheheheeh..")

mountdweller said...

Salam Rashid.

Rahsia awet muda sebenar ialah wudhu', selawat dan zikir.

Nadia Yuna said...

kene byk tido la camni

xleh men tenet dah cenggitu

heheh

=p

Rashid said...

Wawa nadwa
hehe..wawa. bukan saya yg tipu..tuu kajian tuu.

oooo 12 jam tidur ek. lamanya. tu terlebih tidur dah tuu. dush!!! adake banyakkan tidur dari hidup..

Rashid said...

Kak ida,
yup! saya tengok kak ida steady jer. Ni tentu jaga badan ni..
ooo peminat setia novel cinta rupanya. Tentu selalu dalam 'dunia' yang pelbagai ni.

Teringin badan seperti masa kat UKM dulu..

Rashid said...

Nik zulina,
entahlah nik zulina. tu cuma kajian je. Sebagai perbandingan. Kalau saya.. bila tidur 6 jam seharipun rasa segar ceria je bila bangun pagi. Tapi kalau tidur kurang.. 3-4 jam je misalnya akan rasa tak bermaya letih keesokan paginya..

Rashid said...

Ryehanna
saya memang tau.. ryehanna selalu tidur lewat malam. Kat Shoutbox tu .. dah dapat agak. Naper selalu tidur lewat ni? banyak keje ke?

p/s - Tak suka tidur lama.. rasa singkat je kehidupan ini. Terlalu bernilai..

Rashid said...

Nurul iman
hahah!!! takper hati suka tu sebab itu badan naik sikit. Ada orang kata, sikit temban nampak cantik .. hehe

Rashid said...

mountdweller
Yup uncle.. wuduk penyeri muka. Terserlah kejernihan air muka..

Rashid said...

Nadia yuna
ee rasanya akan sepi le kalau takleh berinternet ni nadia..

tidur tu alaa janji tidur je. hehe (ajaran sesat ..)

mommy otai said...

ahaa..skit pale ni..atoittt...
nk tdo jap..
tido mengelakkan penuaan cpt berlaku..

Rashid said...

mommy otai
tidurlah wahai permaisuri..tidurlah. Jika kau tidur lena..mimpikan bahagia..

dushhh dik farah!!! tidur tidur.. tidur tidur. Bila pula nak masak. Lapar ni?

Tirana said...

Cikgu Rashid...

Ada blogger tidur awal..hehehe..kak tirana la tu..lepas isya'..siap dah belayar..hehehe

Rashid said...

kak tirana
saya dah agak..kak tirana memang tidur awal tapi taklah lepas isyak..
wah! awal betul tidur?

Wawa_Nadwa said...

bkn byk tdo.
tu tido ganti hari2 yg lepas2.
wakakaka..

Rashid said...

wawa

eee tidur berganti pula. tuuu posa tuu bila nak ganti oiii.. hehe

adawiah.zaini said...

rasanya betul la cikgu, bila kita asyik tido je, kita pn tak mkn. kalau jaga pulak, asyik nk mkn je.
betul tak teori sy ni? hehehehe

Rashid said...

Adawiah
Yes!! rasanya tepat sekali tu. Bila tidur mana ada makan.. proses manjang. Tapi bila bangun je.. nyumm nyumm je lebih. Dah jadi tabiat.

Marzalina said...

lambatnya intan komen hehe..tapi nak komen jugak..intan mmg tergolong dalam golongan yg tido awal dan kuat tido hehehe..selepas isyak mmg time intan tido..pssttt..intan nampak awet muda tak? :p

Rashid said...

Marzalina
ooo padanle. mata tu selalu nampak kuyu ayu..
Lepas isyak terus tidur? aaaa kalau sayalah cam tu pecah rekod le. hehe

pssttt!!!! ermm... psst!!! hehe..

eiza in the house.. said...

mana yg sahih nie cikgu?...

Rashid said...

eiza..
ermmmmmmmmmmmmmmmmm entah le eiza.. ala kita baca dan fikirkanlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search