Followers

06 February 2010

Bila rindu terhenti ...


“Sehari sebelum kejadian, bekas teman lelaki ada menghantar SMS dan mengugut akan membakar rumah saya jika tidak menerima cintanya, tapi tak sangka pula kejadian itu benar-benar berlaku ..” cerita seorang gadis yang rumahnya dilontar dengan 2 bom Molotov cocktail oleh bekas teman lelakinya.

“Saya mahu menyaman bekas teman wanita saya. Saya kecewa kerana dia berterusan memburukkan nama saya sejak percintaan putus dua tahun yang lalu. Kesabaran saya ada batasannya .." luahan kecewa seorang jejaka terhadap bekas teman wanitanya.


>>>>>>

2 petikan kisah dari akhbar semalam. Kisah seorang gadis dan satu lagi daripada seorang jejaka. Puncanya agak sama, perasaan marah dan kecewa. Kecewa kerana putus cinta.

Persoalannya mengapakah semasa ‘fall in love’ dulu segalanya baik. Nampak indah. Mesra dan sentiasa bahagia. Selalu bersama bergurau senda berbual mesra. Tetapi apabila saja hubungan putus, segala yang indah menjadi sebaliknya. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi perasaan hormat-menghormati. Sebaliknya masing-masing mula mengungkit kata dan kisah lalu. Saling menunjukkan keegoan dan cuba menegakkan kebenaran pada pandangan mata sendiri. Malah ada yang nekad untuk ‘mengajar’ bekas teman wanita / lelaki dengan tindakan yang boleh membahayakan, mencederakan dan memalukan.

Sungguh menyedihkan rasanya jika inilah yang berlaku. Aku tertanya-tanya, ke mana perginya perasaan sayang akan sebuah perhubungan yang pernah terjalin? Mana hilangnya rasa suka dan senyum manis, gelak tawa dan ‘take care’ yang ada pada diri masing-masing semasa rindu-rinduan dahulu? Mana pergi semua itu? Adakah bila rindu terhenti maka segala hati budi hilang dan perlu dilupai begitu saja?

Aku terfikir, alangkah baiknya hubungan cinta yang terputus diterima dengan hati yang terbuka. Redha akannya. Terputusnya cinta tak beerti terputus segalanya. Apa salahnya jalinan itu diteruskan dengan sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas. Masih lagi berhubung dengan cara yang profesional. Matang dalam menangani keadaan. Memang adakalanya perasaan kecewa dan terluka bisa menimbulkan rasa tidak puas hati dan kecewa yang teramat. Namun hati dan diri perlu dilembutkan untuk menerima kenyataan, kerana segalanya sudah ketentuan dariNya.

p/s – Sedih andai ‘tertutupnya tirai sufi’..

42 comments:

Putri said...

Mungkin kerana wujudnya perasaan dendam dan tidak berpuas hati apabila janji dikhianati. Terlalu sukar untuk menerima penolakan setelah kita berkorban apa sahaja untuknye, tetapi si dia tidak pernah menghargai. Rasa betul2 tak berbaloi pengorbanan selama ini.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sebenarnya bukan mudah apabila terputusnya ikatan kasih itu kemudian mahu bertukar menjadi persahabatan...

apatah lagi bila cara putusnya bukan dengan cara yg baik...

dan memang emosi yg memainkan peranan dalam perkara ini..

tapi jika ingin bertukar menjadi sahabat seelok-eloknya biarlah ikhlas..

yg penting mencuba dahulu, jika tidak biarkan ia jadi kenangan tanpa perlu ada dendam

hana said...

Teruskan dengan persahabatan yg ikhlas..? Teori & practikal berlainan bila ianya tentang soal hati...Tidak pernahkah 'tirai sufi; itu tertutup walau seketika?..

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid..
xpaham jugak sebenarnya..lps berkasih boleh berdendam pulak..alahaii....

klu sama2 maafkan ..lupakan...jadi kawan.... kan bahagia mcm tu..hati pn tak derita..iyer dak?

Mama Danish said...

Cikgu..mmg dh lumrah,mase bercinta sume cantik sume indah..yg buruk depan mate pun kate cantik..kalau dh putus sebesar2 zarah pn nmpk keburukan pasangan...sampai ade yg balas2 dendam tuh..ish ish

DUN Behrang 2020 said...

Tu la...sepatutnya kena la terima dah takde jodoh...kenapa terus-terusan membenci...lagi teruk bila baca kisah suami isteri berpisah yang sanggup memburukkan pasangan yg pernah berkongsi segalanya...

HonEyBuNNy said...

cikgu..ila setuju sgt2...kenapa eh bila pts ja akan jd musuh>>> dulu time bercinta berksh2 syg.....skrg...hurm...

MaizaC'Joe said...

Salam

begitulah.. bila perasaan cinta di turuti dng ketidakikhlasan.. semasa bercinta.. busuk pun wangi.. hitam pun nmpak putih.. indah semuanya, tapi bila di teruskan makin lama2 makin nmpak belang yg ada.... akhirnya putus di pertengahan jalan, dah tak dapat di selamatkan.. dah tue di paksa pula.. hati bagaikan kaca, bila dah retak.. pecah berderai punah semuanya.. " fall in love ".. indahnya... "I'm fall in love" lagi indah.. hee.... (lebih baik cinta lama2 sikit bkn terlalu lama biar betul2 kenal, kwn2 dl jng br ja kenal terus ja ucapkan "I love u" mengharapkan pengakhiran terbaik dan menarik.... InsyaAllah..

ann frendly said...

Bukan mudah utk melupakan orang yg pernah kita sayang..
walaupun kadangkala kita telah dikhianati berulangkali..
Hati masih gagal membenci malah tetap menyanyangi.

p/s: ann percaya org yg bertindak di 'luar batasan' ni selalunya org yang telah dianiaya dgn teruk oleh pasangannye..mungkin cintanye telah dipermainkan dan bila ia menyedari kesabaran sudah tiada lagi.

Super Nia Hana said...

:)

ye..watashi pun pernah alami camnih...

cinta ditolak..siap kena ludah tepi jln..

aduhai lelaki...

blueCITY® said...

salam cikgu,

siapa sufi tu?
ekekkekek....

gitu la hakikat manusia ni
masa suka semua indah
bila tak suka busuk sana busuk sini
sukar terima hakikat

sebaiknya
let it be..
hidup mesti diteruskan
cari bahagia lain
cinta tak semestinya bersatu..

heeeeeeeee

LiNda said...

Rashid...

Saya setuju kata-kata awak .

Manusia semakin tercabar dgn dirinya sendiri . Hingga lupa pada norma kehidupan dan hubungan sesama insan .

Idalara said...

Alhamdulillah..
walaupun ikatan yg termetri hampir 20 tahun dulu telah terputus..kak ida tidak pernah memusuhi atau membenci dia(arwah)bila kita terima semua itu dgn hati terbuka dan redha dengan takdir Allah pasti tiada dendam di hati.

zaijb said...

salam tuan umah...

entry yg menarik...
bila kasih tiada lagi... tak perlulah bercaci maki... anggaplah semua sudah suratan takdir... dan dia bukan jodoh kita...

jika tak boleh sbg kawan... berdiamlah diri... jauhkan diri...
moga dia sedari yg kita tak lagi boleh bersatu....

Rashid said...

Putri
Putri, pengorbanan perlu keikhlasan. Memang benar, rasa diri seperti terlalu dipermainkan setelah kita korbankan segala untuknya.

Itulah sebabnya, pernah dicadangkan oleh pakar, jangan berikan dan terima cinta 100%, sediakan juga ruang 10% untuk terima keadaan yang sukar.. mungkin rasa kecewa, rasa marah .. kerna perhubungan tak semestinya akan berakhir dengan impian yang indah-indah..

Rashid said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

hmm hmm benar tu gadis.. memang sukar. Hanya yang benar-benar ikhlas menghargai ikatan sahaja yang mampu untuk teruskannya. Seakan-akan ada penolakannya dari dalam diri.

Kenangan indah tanpa dendam .

Rashid said...

Hana
hehe.. marah nampak hana? saya dapat rasakan ada rasa yang bermain di hati hana bila isu ini disentuhi. Tenang k..

Tirai sufi terlalu suci. Ia hanya ada pada hati tertentu yang bersih yang sentiasa berusaha untuk menjadikannya suatu yang baik untuk semua. Tak ada dendam berpanjangan, tak ada rasa amarah yang keterlaluan membelenggu diri.

Kemaafan… sesungguhnya darinya terlalu indah untuk digambarkan.

Rashid said...

Afida Anuar
Itulah afida. Cinta bisa mengubah segalanya. Kebencian dan rasa dendam juga begitu.

Saling memaafkan akan bisa menjernihkan segalanya. Walaupun agak sukar untuk semua lakukannya.

Rashid said...

Mama Danish
Betul tu lily, bak kata Socrates, cinta bisa menjadikan seseorang itu ‘ahli falsafah’ penuh dengan bait kata dan reaksi yang romantis. Tapi bila putus, nafsu amarah dan kecewa bisa merubah bunga menjadi racun, rasa cinta bertukar rasa benci.

Singa keluar dari rasa benci.. hehe

Rashid said...

DUN Behrang 2020
Suami isteri yang berpisah yang membongkarkan segala rahsia keaiban pasangan pasti bukan seorang yang waras. Tentu imannya sudah pergi dari hati..

Rashid said...

HoneyBunny
Ila.. hati sesungguhnya sukar untuk dimengertikan. Bertambah sukar jika diri tidak berusaha melembutkan hati untuk menerima ketentuan dariNya.

Rashid said...

MaizaC’joe
Cinta itu indah. Mereka yang kemaruk cinta sebenarnya yang tidak dapat melihat akan nikmatnya hati yang telah dilembutkan dengan cinta.

Saya setuju maiza, sebab itu hubungan perlu berperingkat. Kenali diri dan iman InsyaAllah segalanya akan selamat.

Rasa cinta tak semestinya perlu memakan masa yang lama. Mereka yang ikhlas keranaNya akan pasti saling menikmati darinya.

Rashid said...

Ann friendly
‘Walaupun dikhianati berulang kali tapi hati masih gagal membenci malah tetap menyayanginya…’
Ikhlasnya cinta itu ann … terkedu saya ..

p/s – ann, emosi bila menguasai diri segalanya mungkin … bisa merubah kelembutan sutera menjadi sekerasnya batu.

Emosi akan membuatkan hati tega melakukan suatu di luar batas keimanan dan kemanusiaan.

Rashid said...

Super Nia Hana

Watashi.. begitu sekalikah diperlakukan? ermm.. nasib baik watashi sedar sebelum serius bersamanya.

Syukurlah

Rashid said...

bluecity

sufi? eeeeeee … ia juga ada pada blue. Sentiasa ada cuma perlu dijaga dengan baik.

Pantai dan suara ombak biasanya akan selalu dihampiri oleh mereka yang sedang dilamun… juga masih suka dihampiri oleh mereka yang sudah terhenti rasa rindu di hati.

Yup! Cari bahagia lain… usah ditangisi yang pergi. Jika nak nangis juga, jom pergi atas bukit, luah dan laungkan segalanya. (masa laung itu, jangan lupa tengok burung terbang.. terbang tinggi-tinggi dan jauh … )

Rashid said...

Linda
Linda, rasa keinsanan dalam diri makin hilang bila keegoan menguasai diri.

Moga keredhaan sentiasa bersama dalam diri kita . insyaAllah ..

Rashid said...

Idalara
kak ida, sungguh ikhlas hati itu ..
keikhlasan yang diberikan pasti akan ada timbalnya..

Bila hati redha segalanya, pasti ketenangan dan kedamaian akan bersama kak ida k.
Kak, saya akui walaupun kekadang sepi itu mampir, anggaplah dan jadikan ia suatu yang indah.

ops!! jangan lupa jaga kesihatan. kerja-kerja juga .. kesihatan perlu dijaga …

Rashid said...

Zaijb
salam zaijb

betul tu. Tak ada gunanya kita teruskan dengan bermasam muka, berkeluh-kesah. Rugi je rasanya.

Berdiam diri dalam meredakan keadaan suatu yang baik.
Jauhkan diri dengan doa kebaikan suatu yang mulia ..
walaupun hati disakiti tapi doa jua yang diberi..

Zyma Da` Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid.....

Iman kurang, nilai k`manusiaan juga akan ikut kurang. So, inilah hasilnya!!!! Molotov Cocktail !!!!
Kebabommmmmmmmmmm...........


:)

Marzalina said...

jawapannya mungkin kerana ego...bila ego menguasai..cinta akan jadi benci..

Arianni said...

Salam,

Bukan semua org blh menerima kekecewaan itu dgn hati yg terbuka..
Tapi jika dia merasa ini adalah ketentuanNya maka perkara sebegini tak akan berlaku..
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui:
(Al Baqarah: 30)

Rashid said...

Zyma
salam zyma..
huh! ingatkan hasil apa.. Molotov cocktail rupanya. Itu kira tahap melampau le segi moralnya. hehe

Amoi bukan main ajuk bomm bommm.. kalau ada yang sebenar bunyi tu rasanya kat bawah katil le zyma bersembunyi.. ahaks!!

Rashid said...

Marzalina
Benar tu intan. Tertanya.. mengapa harus ego? terlalu kuatkah diri. Rasanya naik tangga 2 tingkatpun dah tercungap cungap..

kan intan..

Rashid said...

Arianni
salam .

Ari begitulah. Rasanya ramai juga yang tak dapat terima kekecewaan bila gagal. Rasa sebak di dada bikin perasaan terganggu. Emosi terusik.. hilang kawalan kewarasan.

azizi said...

Gagalnya otak utk memahami bahawasanya tak semua cinta kan bersatu....

Gagal untuk menghayati rasa cinta, kasih dan sayang boleh berubah2. Kata2 hanya untuk memujuk dan memuji kerana ada yang dikejar..

Cinta yang suci mestilah berlandaskan keimanan...

Apa yang Allah bagi, sampai masa akan ditarik balik. Kita semua pernah bahagia, sedih dan kecewa.

Yang pasti rasionallah dalam mengambil tindakan kerana sesuatu yang berlaku ada hikmahnya....bagi sayalah.

sakurasa 2 said...

Cikgu Rasid tq ;-))

sakurasa 2 said...

Cikgu Rasid tq ;-))

Rashid said...

Azizi
Yup cinta dan iman perlu ada.

Masalahnya di kala sedang dilamun, kata pujian mudah menyentuh hati. Lupa segala akan sesuatu yang berkemungkinan terjadi.

Semuanya hanya sementara Cuma. Sesaat pasti kan hilang jika itu sudah suratan dariNya.

Rashid said...

sakurasa

sama-sama sakura.

Senyum melihat kegembiran kawan-kawan blogger..

ILA said...

alamakkkkkkkkkkkkkk!!!
ermmm...hehehheheh
(terkena kat batang idung sndiriii)

ok cikguuu...entah mgapa mau skodeng sini di ptang ini..ila dah dah lepaskan 3 komen:)
semoga tenang slalu buat cikgu;)

Rashid said...

Ila
uiss.. ada je ila ni. skodeng ek. hehe.



pssttt... ada sesuatu berlaku pada ila?

Moga ilapun tenang juga.

Wawa_Nadwa said...

penah terjadi pada wawa sendiri.
wawa sendiri minta putus.
masa tuh memang di maki, kutuk segala-galanya.
ungkit mcm2.
tp wawa bersyukur kerana kita tau perangai dia yg sebenar.
ada hikmah disebaliknya..

masa bercinta semuanya indah belaka..
kentut pun bau wangi cikgu.
hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search