Followers

10 May 2010

Ketepikan rasa takut, kecapilah kehidupan dan masa depan ...



Aku tertarik dengan persoalan tentang perasaan takut.

Perasaan takut adalah perkara biasa pada sesiapapun. Ia lumrah. Ada yang takut gagal dalam pelajaran, gagal dalam bisnes, takut mengambil sesuatu keputusan, takut melukai dan dilukai. Malah kita juga takut kat peragut, takut kat mat rempit, takut harimau, takut lipas, takut hantu, takut gemuk, takut kurus (adake takut kurus?), takut terputus hubungan, takut kekasih, suami & isteri curang, takut berada di tempat tinggi, takut kemalangan dan macam-macam lagi jenis ketakutan.

Aku juga sama. Ada perasaan takut. Takut jatuh hati.. haha... 

Sebenarnya kita harus terima hakikat, apabila berdepan dengan ketakutan yang sebenarnya, kita memang takut. Jangan berpura-pura tidak takut kerana itu akan menjadikan kita lebih takut. Cuma apabila berdepan dengan ketakutan, jangan sekali-kali biarkan diri dibelenggu rasa takut yang terlampau amat. Jangan juga hanya berdiam diri, membisu membiarkan perasaan takut itu menguasai diri.

Aku tertarik dengan kajian pakar psikologi berkenaan perasaan takut. Menurut pakar: 60% daripada yang kita takuti adalah sekadar andaian, persepsi dan tanggapan yang tiada asasnya. 20% lagi adalah akibat daripada perkara atau peristiwa masa silam. 10% ketakutan adalah bersumberkan perkara yang remeh-temeh. Daripada 10% lagi,  kajian mendapati hanya 4-5% sahaja yang benar-benar perlu ditakuti dan dihadapi.

Hasil kajian ‘ketakutan’ mendapati, umumnya manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1. Orang yang lari dan menghindarkan diri

Golongan ini berusaha untuk lari daripada rasa takut. Mereka cuba mengelakkan daripada tempat, manusia, peristiwa dan keadaan yang boleh mendedahkan kepada rasa takut. Golongan ini bagi aku sebenarnya fobia.  Seolah-olah ketakutan itu terlalu hampir dengan mereka bila berdepan dengan suatu perkara. Oleh itu mereka berusaha untuk lari daripada situasi yang mereka takutkan.

2. Orang yang pasrah dan mengalah
Golongan ini sekadar pasrah. Menyerah sahaja kepada rasa takut. Mereka membina harapan kosong, sekadar berharap ketakutan itu akan berlalu dan kehidupan akan kembali seperti biasa. Bagi aku, jika sekiranya sekadar menyerah kepada rasa takut, lama kelamaan dibimbangi ia mendarah daging dan menjadi kebiasaan dalam diri. Tiada sebarang tindakan. Tiada sebarang usaha. Akhirnya mereka ini tidak akan ke mana. Sekadar menunggu dan hampa.

3. Orang yang merenungi dan menganalisis sumber rasa takut
Menurut kajian pakar-pakar psikologi, kebanyakan rasa takut tidak mempunyai asas dan fakta yang jelas. Ia suatu yang diandaikan berlaku. Ia tidak berpijak kepada akal yang rasional sebaliknya ‘terawang-awang’. Dengan menganalisis sumber rasa takut, kita akan tahu kedudukan kita dalam menghadapi rasa takut ini. Jika kita takutkan perkara tidak berasas, itu bermakna kita biarkan diri kita memegang ‘bayang-bayang’. Kita mendera perasaan sendiri sebenarnya.

Oleh itu kita perlu bertindak, berhenti dan jauhkan diri dari bayang-bayang ini!. Jika ketakutan pada perkara-perkara lepas, bergeraklah ke hadapan. Yang lepas lepaslah.. ia tidak akan berubah lagi.  Jika perkara yang remeh-temeh yang kita takutkan, adakah berbaloi untuk kita ingin terus menanggungnya? Adakah sanggup kita kalah dan rebah dibelenggu oleh ketakutan kecil ini?

Aku selalu dengar, besar atau kecilnya kejayaan dalam hidup ditentukan oleh besar atau kecilnya ketakutan yang selalu kita hadapi. Oleh itu, marilah kita untuk beri perhatian kepada perkara penting dan bermakna dalam hidup ini. Ketepikan rasa takut, kecapilah masa depan yang penuh harapan dan warna-warna indahnya.

Seperti yang pernah aku sentuhi dalam entri sebelum ini, Tuhan mendatangkan rasa kecewa bukannya untuk ditangisi. Begitu juga perasaan takut. Ia bukan saja-saja. Sebaliknya untuk kita renungi dan belajar daripadanya. Kan kita selalu dengar, semakin tinggi pokok yang dipanjat maka semakin kuat angin yang menggoyang dan semakin kuat angin yang menggoyang semakin takut kita untuk memanjat lebih tinggi. Tetapi kita harus memanjat kerana disanalah biasanya terdapat buah dan hasilnya.

19 comments:

Marzalina said...

banyaknya kategori takut..heheh...rasanya kita tak perlu takut kecuali kepada Allah saja kan...

blueCITY® said...

salam cikgu,

pernah baca buku dare to fail
sama juga la isinya kan
berani gagal

saya rasa saya jenis berani gagal
sebab tuh saya berani juga ambil risiko, tapi utk certain2 kes saja kot...
saya juga punya rasa takut yang kuat
kerana saya tahu mana kelemahan saya
so, saya tak berani juga utk ambil risiko kerana saya sedar diri, hehe..

cikgu takut jatuh hati?
hmmmm...
takut disakiti takut dikecewa atau takut melukakan insan lain?

saya juga sedikit takut
kerana akan banyak airmata dan duka yg bakal terjadi
hehhehe...

sihat ke
salam

Rowena Chasez said...

huhuuu..
sy takut tinggi..
dari dulu smpai skrg..
& skrg tgh amek kos yg kne prgi tmpat tggi2..
walo cmne pon..kne jgak face it..
skrg pn dh kurg ckit dh rasa gayat 2..(:

hani said...

siapa yg takut untuk mencuba pasti tak kan berjaya..takut letak tepi dulu..yg pentig mencuba...tapi ingat gagal sekali bkan untuk selama lamanya.....jangan takut untuk mencuba lagi..

Rashid said...

Marzalina
intan.. yup! padaNya kita takut akan dosa-dosa ..

Rashid said...

BlueCity

salam
iya saya ada buku itu. lama dah bacanya..
ermm.. kita berani dan takut kerana melihat kemampuan diri..
Walau bagaimanapun kita harus banyak berani dari perasaan takut ..

Biru.. naper airmata perlu jatuh jika ianya satu yang baik utk biru?

saya sihat je.. hehe.
tq biru..

Rashid said...

Rowena
Betul tu. Ubat gayat ialah dengan sentiasa berada di tempat yang tinggi. Lama-lama alah bisa tegal biasa. Malah boleh julurkan kepala kat atas bangunan tinggi lagi..

Rashid said...

Hani
Takut cuba maka akan gagallah selamanya. Berani cuba walaupun gagal itu sebenarnya satu kejayaan.. kan hani ..

annfrendly said...

err.. saya antara golongan no 2 dan 3.. macam mana tue.. hehehe

sesetengah hal saya pasrah jelah..
sesetengah hal pula saya cuba mencari jalan penyelesaian.

sebenarnya semua ni boleh dikawal tapi memerlukan kekuatan mental.

LiNda said...

yup !

kadangkala, saya takut pada diri sendiri .

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid....

Uchaaaaaakkkkkkk....hihihihi.

Cikgu sihat ke?

**Hidup mmg kena berani,kan Cikgu. Berani utk gagal, berani utk berjaya, berani utk bahagia, dan mcm2 berani lagi.....mcm besi berani.

Hmmmmm......Cikgu mesti seorg yg berani kan?? :)

ryann said...

kalau ketakutan yang memberi motivasi itu bagus

LiNda said...

Rashid,

saya takut pada renungan awak !

ayat skema - muahahahahaha

Rashid said...

Annfrendly
iyake ann? adoii.. hehe

Takper ann. Saya tau ann takut tapi berani. Dalam ketakutan ada beraninya.. tengok tu ann kan mesra kucing. Tak semua orang boleh bersama kucing. Ada yang fobia ngan kucing. Ann ada keberanian dan ‘mesra’ sana.. itu kan kelebihan ..

Rashid said...

Linda

ermm.. takut pada diri sendiri penuh makna tuuuu Linda.. nanti kita kongsi k..

Rashid said...

catwoman
salam zymaaaaaaaa…
ishh apa ingat saya baby ek.. uchakk uchakkkkk… dushhhhh….

saya alhamdulillah.. diberi kesihatan yang baik ..
Iya zyma. hanya orang yang beranilah biasanya akan berada kat atas.. bahagia ceria ..

Rashid said...

ryann
hmm hmm .. benar tu ryann. Tak semua ketakutan tak baik. Ada baiknya.. takut buat maksiat.. takut berdua-duaan rapat-rapatan jika bukan muhrim .. hehe

Rashid said...

Linda
takut pada renungan saya? hahahaaaa!!! sajaaaaaaa je ..
Linda saya tak nak renung. Saya nak tenung awak… hehe

mi said...

saya takut dengan tanggapan orang lain terhadap saya..huhu

selalu rasa macam, diorang suka aku tak, dan macam2 lagi lah..

susah nak hilangkan perasaan macam tuh..

ada tips tak , anyone?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search