Followers

15 August 2010

Di saat bersama tubuh yang kaku dan sejuk


Petang tadi, semasa memandu pulang, terdengar celoteh juruhebah radio Kelantan FM. Katanya, setiap bulan purata 20 orang ‘warga tua’ memasuki rumah orang tua atau lebih dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan. Mereka ke rumah orang tua sama ada atas kehendak diri sendiri, di hantar oleh anak-anak mereka sendiri dan juga kerana faktor kemiskinan.

Tiba-tiba aku teringat semasa hadir solat jumaat dua minggu lepas. Antara intisari khutbah  yang aku masih ingati ialah kata-kata imam, “jangan sampai kita berada di sisi tubuh yang kaku dan sejuk baru kita rasa menyesal … ”. Imam ada menyebut tentang rahmah dan keredhaan Allah ke atas anak-anak yang menjaga orang tua mereka. Usah dirisaukan kesusahan dan kesibukan kerja dengan mengenepikan hak kita sebagai anak-anak. Hak dan tanggungjawab kita untuk bersama mereka, mengembirakan hati mereka dan memastikan mereka ‘bahagia dan sihat ceria’.


Aku agak sedih bila terdengar suara imam yang agak sebak bila mengingatkan para hadirin agar membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih berpeluang untuk bersama kita semua. Usah dibiarkan diri kita kesibukan teramat dengan kerja dunia hinggakan mengabaikan ibu bapa. Kita senyum dan tawa mendengar suara anak-anak dan gurauan teman-teman sedangkan suara ibu bapa kita, sebulan sekalipun sukar untuk kita dengarinya. Ingatilah, ibu bapa yang sudah tua hanya menanti saat untuk pergi meninggalkan kita semua.
  
Imam ada menyebut, sudah menjadi kebiasaan anak-anak menangis bila kepermergian orang tua mereka untuk selamanya. Di saat bersama ‘tubuh yang kaku dan sejuk’ itulah rasa sesal dan sebak menguasai diri. Namun segalanya sudah terlambat. Tak ada lagi ulangan. Tak ada lagi harapan. Tidak ada lagi teguran, ingatan dan nasihat. Tidak ada lagi kasih sayang yang ikhlas seikhlasnya dari orang tua bila mereka pergi tinggalkan kita dan dunia. Oleh itu, sentiasa luangkanlah masa untuk bersama mereka selagi kita diberi peluang untuk masih bersama mereka.


p/s – Jangan sampai kita menyesal setelah tiada lagi doa mak dan ayah …

16 comments:

annfrendly said...

salam..
betul.. nanti dah menyesal tak guna sebab dah terlambat untuk menyesali.
Sedihkan.. sampai pulak hati nak hantar ibubapa kat rumah warga emas..
isk.. begitu kering hati.. kalau saya tak bolehlah cikgu..

tapi saya pelik..
ada anak dikalangan orang yang berjaya.. tapi sanggup hantar mak & ayah dorang kat rumah warga emas.
kenapelah dia tak kenang jasa mak & ayah dia..
tak ke takut masa dia tua nanti, anak dia buat macamtu pulak kat dia?

eMMe said...

Cikgu: i only dotter in a famili, adik bradik pun tak ramai, kalo mak ayah leh jaga 10 org anak, ngape kite takleh nak jaga 1 mak n 1 ayah kan? love them so much...sampai kapan pun...Insyallah...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

semoga diri ini tidak akan pernah terleka dengan tanggungjawab pada umi dan walid

Afida Anuar said...

Cikgu dah buat mata saya bergenang dengan air:(

insyaAllah nuzul Quran ni saya balik kampung..saya rindukan mak ayah saya..amat...dan saya tau, mak ayah saya pun terlalu rindukan anak-anak dia..

Noor said...

hargailah mereka selagi mereka masih ada

Idalara said...

Salam
rasanya tidak terfikir membuat sesuatu yg akan melukan hati mak dan abah..apa lagi menghantar mereka ke pusat penjagaan org2 tua...
Tiap saat doa buat mereka agar diampuni dan diberkati hidup mereka.

blueCITY® said...

salam,

cikgu, sedihkan...
saya akan rasa geram dan sakit hati kalau ada antara kami anak2 yg akan buat mak ayah mengalir air mata atau bersedih...
apa ntah lagi yg sangat kedekut dan berkira2 bila nak bagi sedikit duit pada mak ayah. begitu juga yang takut bini atau laki bila bab nak hulurkan duit pada mak ayah
ishhhhhhhh.. saya mmg sedikit emo bila cerita bab2 nih, sebab berlaku depan mata saya sendiri..

semoga kita bukan anak yang derhaka pada mak ayah, amin

Rashid said...

annfrendly
salam ..
hehe.. gelak saya bila ann guna istilah ‘kering hati’.. Saya amat setuju ngan ann. Orang bila kering hati, akan hilang segala rasa. Tak ada rasa lagi. Kalau melihat tak ada indahnya.Kosong.

ann, juruhebah tu kata memang ada ramai bila diselidiki anak-anak yang hantar emak ayah diorang kat rumah orang tua kebanyakan adalah bekerja. Ada pegawai atasan lagi tu. Saja je. Mereka tak mahu jaga. Mereka takut kebebasan mereka terhalang kerana ada emak ayah yang sudah tua, tak berharta.. rasanya kalau mak ayah berharta tak timbul soal ini.

Kalau lah semua fikir masa tua nanti.. tak akan jadi kes begini ann.

Rashid said...

eMMe
yup! saya rasa bangga baca kata-kata eMMe.. terserlah kekuatan kasih sayang seorang anak pada mak dan ayah.. rasa berdiri roma..

Rashid said...

Gadis kampung separa Bandar

Moga-moga.. sama juga saya.

Rashid said...

Afida Anuar
ermm.. bagile saya tengok afida nangis..
Afida. Pakar kata aura rindu dan sayang biasanya bertaut. Ia ada timbal baliknya.
Apatah lagi bila ada ikatan darah dan keluarga. Ia benar.
Bila kita rindui mak dan ayah.. sebenarnya rasa rindu itu adalah rindu mak dan ayah pada kita juga.. auranya mengalir ..

fida cepat balik kg. peluk mak ..

Rashid said...

Noor
hmm hmm.. selagi mereka masih ada..

Rashid said...

Idalara
salam
Kak ida. Moga kita semua miliki hati seorang anak yang baik. Seorang anak yang ‘tak terlintas’ secuitpun untuk jauhkan diri kita dari mak dan ayah. Malah kita ingin lebih lagi luangkan masa walaupun kita sibuk ngan kerja..

Rashid said...

blueCity
salam
Saya tertarik juga bab ‘berkira’ duit dengan mak dan ayah. Rasanya ramai juga anak yang bersituasi begitu. Saya juga terfikir biru, kenapa perlu ada perasaan berkira ngan mak dan ayah.. tak pernah kah terfikir berapapun kita bagi pada mak dan ayah .. ia tak terbalas jasa ..

annfrendly said...

heheh.. hati kering..
memang banyak orang yang hati kering ni.. saya pun setuju gan cikgu.. kalau orang tua berharta.. pasti anak-anak dia takkan buat macam tu kan.. isk.. sedih.. terfikir ann.. camnelah nasib kalau ann dah tua nanti. ~~risau~~

Rashid said...

annfrendly

Hati kering perlu disirami dengan air solat. Air keimanan ann..

Harta dunia kian mengaburi mata. Nafsu dunia menidakkan segalanya. Lupa tuhan.. lupa mak ayah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search