Followers

16 April 2011

"iya cikgu .. rogol .. budak perempuan tu masih belajar .. "


Situasi yang pertama

Baru-baru ini, semasa result SPM keluar, terima ucapan dari beberapa orang pelajar, melalui sms .. facebook ..

“hye cikgu .. terima kasih .. dapat juga saya A+ Sejarah”
“Cikgu terima kasih ..  atas tunjuk ajar cikgu ..”
“Cikgu .. saya tak sangka. Saya dapat A sejarah cikgu .. terima kasih cikgu ..”

Situasi yang kedua

Baru-baru ini juga, aku terima panggilan dari seorang bekas pelajar SPM beberapa tahun yang lalu ..

“Cikgu .. apa khabar?”
“Cikgu baik .. Z pula camana sekarang? Ada apa-apa ke telefon cikgu ni?”
“Saya baik.. takde apa-apa cikgu. Saja tanya khabar cikgu… Lama tak borak ngan cikgu”

Kami terus berbual. Bukan main banyak pula cerita bekas pelajar aku ni ..
Dikisahkan teman sekelasnya yang lain-lain yang kebanyakannya juga telah berjaya sambung belajar ..  kat Universiti .. kat kolej ..  



“Cikgu .. cikgu masih ingat tak Fazli?”
“Fazli?.. lupa le muka dia. Tapi nama tu cikgu masih ingat .. Naper?”
“Cikgu .. fazli kena tangkap baru-baru ini. Kena penjara ..”

“ishh naper dia .. ada buat salah ke?”
“iya cikgu .. dia kena tangkap. Kes rogol. Sekarang kat penjara. Dengar-dengar 2 tahun kena penjara“

“Rogol? .. uiss .. rogol sape?”
“Iya cikgu.. budak perempuan. Budak tu masih belajar ..  suka sama suka...”

Tiba-tiba aku teringat. Memang dalam kelas itu pelajar lelakinya agak nakal sikit. Suka ponteng dan malas belajar. Selalu juga aku selitkan nasihat .. “Cikgu berharap kamu semua akan jadi pelajar yang baik. Jadi Manusia yang berperikemanusiaan. Sentiasa  jaga diri. Jaga kelakuan .. tidak terlibat dengan perkara-perkara yang salah  ..”

Dan kini ..  situasi yang kedua itu buatkan aku teringat kata-kata seorang ustazah ..
“Nabi Muhammad s.a.w sendiri tak mampu memberi hidayah. Baginda hanya mampu menyeru ke arah kebaikan. Sesungguhnya hidayah itu bukan hak kita .. ia hak dan kepunyaan Allah s.w.t .


12 comments:

nyanyisunyi said...

Rasanya kalau kes suka sama suka tu bukan kes paksa..nape hanya budak laki2 tu je yg kena hukuman...nampak mcm tak adil je..

kak ida ada dua ank lelaki sdg meningkat remaja..terlalu bimbang dgn situasi sekarang..godaan diluar sgt kuat.hanya doa setiap hari muga mereka dijauhi perbuatan yg tk baik..

HonEyBuNNy said...

salam cikgu..macam2 masalah remaja kan...bila mereka berjaya...seorang guru pasti rasa gembira...

bila mereka kurang berjaya,melakukan jenayah rasa sedih & sebak ja...anak2 murid mama ila ramai begitu...masih berhubung di FB..hehe

HonEyBuNNy said...

salam cikgu..macam2 masalah remaja kan...bila mereka berjaya...seorang guru pasti rasa gembira...

bila mereka kurang berjaya,melakukan jenayah rasa sedih & sebak ja...anak2 murid mama ila ramai begitu...masih berhubung di FB..hehe

Bapak said...

kita boleh membantu tetapi tiada apa yg boleh berubah kalau tuan punya badan masih tak dapat hidayah. apa pun takdir Allah mengatasi segalanya...

mardhia yusof said...

biar saya teka..
masa kat skolah..mesti ramai student pancing2 cikgu rashid kan?
hehehe.
bagus btul ex-student cikgu.
maseh keep in touch.

situasi kedua tuh.
kalau sy kat tempat ckgu,mesti tak sangka..mesti terkejut kan..
hmmm.

rumah kuning said...

mcm2 kerenah anak2 kita cikgu. ada yg masa sek elok hensen, smart, tapi bila dtg ambil result periksa, tengok rambut diorang pun rasa nak pengsan.

Rashid said...

nyanyisunyi
Kak ida. Dah undang-undang negara .. walaupun suka sama suka tapi budak perempuan tu masih belajar.. bawah umur ..

InsyaAllah doa kak ida .. moga anak-anak kak ida dalam lindunganNya.

Rashid said...

Honeybunny
Benar ila. Seorang cikgu akan gembira hatinya bila dapat lihat dan dengar pelajar-pelajarnya berjaya .. dan pasti sedih bila sebaliknya ..

mama ila tentu dapat rasainya ..

Rashid said...

Bapak
ya bapak .. kita sekadar mampu beri nasihat .. mendoakan ..
Segalanya mereka yang pilih jalannya.

Rashid said...

mardhia yusof
hah!! pancing? eee macam ikan je saya rasa ..

mar .. kat sek kita sebagai cikgu kena pandai control tau. Kena professional. Tak boleh layanzzz pelajar sangat .. diorang tu memanglah. Berani amat. Tak macam kita sek dulu-dulu.

Mar .. memang saya terkejut .. tak sangka.

Rashid said...

rumah kuning
hehe .. memang gitu cikgu. Hari tu ada 2 pelajar pompuan .. mak aiii .. datang ambik result spm .. siap berbedak bergincu. Pakaianpun cam artis. berbeza masa dalam kelas ..

Ada Dalina said...

huhu..sentiasa berdoa agar Allah bg petunjuk & hidayah kdpku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search