6.45 pagi tadi - dengan berpakaian loreng tentera aku bertolak ke Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan.
Mengajar kawad asas kepada bakal-bakal jurulatih pusat kokurikulum negeri ..
Gelihati aku melihat gelagat dan cara berkawad peserta. Apapun aku tabik dengan semangat berkawad yang ditunjukkan. Mereka sedia berpanas berpeluh. Bagi aku bukan semua yang sanggup berkawad apatah lagi di bawah panas terik matahari. Kena pula perempuan anak manja atau yang suka manja manja .. yang suka berhias make-up bagai .. hehe
2.00 petang - Terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kota Bharu. Bukan nak bayar cukai tapi nak bertemu dengan orang yang belum pernah aku temui, kakak Aiton Hamzah .. nak bincang pasal tanah .. nak bincang pasal perancangan nak bina rumah kedai .. harap-harap semuanya okey.
4.00 petang – singgah KB Mall – beli seluar jeans, kasut sukan & cool pad ..
Habis shopping terus drive - pulang rumah ..
Malam – hujan turun dengan lebatnya. Selepas solat isyak, terus rebahkan badan – dengan tenang mata kupejam rapat .. sedang hati terus berkata-kata ..
“Tengoklah bila malam hadir .. sepi menjengah diri ...”
“Lihatlah bila esok menjelang pagi .. kesibukan mendatangi diri lagi ...”
6 comments:
wah cikgu...busy yer harine..macam2 aktiviti..;-)
ingat sepi sebelum ria...
lapang sebelum sibuk...
huhu..saya suka time hujan turun.... :)
Honeybunny
Siang memang sentiasa ada je kerja ila .. cam cam nak buat ..
ahmad humairi
Benar tu ahmad .. sepi itu banyak berikan kita masa untuk fikirkan tentang kehidupan ..
Ada Dalina
hah!! sama kita .. lagi suka kalau dapat mandi hujan ..
Post a Comment