Followers

25 September 2011

sedap mata memandang, indah telinga mendengar

Tadi tengok jap drama bersiri kat tv, Stanza cinta .. 

Tertarik dengan satu petikan bicara pelakonnya, Aaron Aziz:
“Orang kaya yang bersedekah lebih mulia daripada orang miskin yang bertakwa ..”

Orang kaya yang bersedekah atau orang miskin yang bertakwa?. Memang bila mendengar sepintas lalu, lebih memihak kepada orang miskin yang bertakwa. Tapi bila diamati dan direnung-renungkan rupanya lebih mulia orang kaya yang bersedekah .. kerana mereka bukan setakat buat amal untuk diri tapi juga untuk orang lain. Manakala orang miskin yang bertakwa itu hanya buat amal untuk dirinya saja.

Rumusan yang diberi oleh pelakonnya, Aaron Aziz, “Nak jadi orang kaya yang bersedekah dan bertakwa ..”

wah! kan hebat kata-kata sebegitu.  Sepatutnya lebih banyak lagi kisah drama sebegini ditayangkan kat tv. Banyak pengajarannya.

Terus-terang sejak kebelakangan ini, aku lihat sudah banyak kisah drama bersiri kat tv yang tersentuh dek hati, sedap mata memandang dan indah telinga mendengar. Lihatlah juga drama tahajjud cinta, nur kasih dan kisah Norman hakim berkahwin dua tapi meninggal dunia akibat serangan jantung (lupa tajuk dramanya tapi ia best sangat)

Sejuk hati bila mendengar kata-kata dan ucapan dari pelakon-pelakonnya. Sejuk kerana ada unsur-unsur keagamaan dan dakwah di baliknya.

Bukan setakat hati, mata juga tenang je melihat wajah-wajah pelakon yang mengenakan tudung ini  .. makin terserlah keayuan ..

Ikhlas pada pandangan aku .. mereka nampak lebih matang dan tenang bila bertudung … 



12 comments:

Lady Windsor said...

yerp..ok gak citer tu..some of them is more beautiful in tudung rather than togel macam tu saja..kalau lepas berlakon depa kekal bertudung kan bagus...lagi sejuk hati dan mata..

zati embong said...

harap 1 hari sebelum terlewat,diorg akan sedar. O.o

nyanyisunyi said...

Jika aktress di atas teruskan berpakaina gaya muslimah begitu tentu lebih bagus..mudah2an satu hari nanti terbuka hati mereka seperti Irma dan yg lain2.

Afida Anuar said...

Suka tengok kalau mereka2 ni berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah moga2 Allah bukakan pintu hati mereka tuk menutup aurat sebaiknya.

Rashid said...

Lady Windsor
hmm hmm .. moga-moganya.

Rashid said...

zati embong
Kita doakan yang terbaik kan jat ..

Rashid said...

nyanyisunyi
Kak ida. skrang ni dah ramai artis bertudung. Pengarah drama pun dah biasa dah tak kisah dengan artis bertudung .. baguskan ..

Rashid said...

Afida Anuar
Betul tu fida. Moga hati terbuka .. terima yang baik .. usah takut hilang saham. Kerana saham akhirat itu lebih mahal lagi harganya.

Mardhia Yusof said...

minat watak nur fazura dlm tahajjud cinta. cntik kn dia.. ;)

Rashid said...

Mardhia Yusof
hmm hmm .. memang cantik. Ada gaya ..

cik jue tomey said...

erm..stanza cinta mula2 best gak..tp bila dh hujung2 tu mcm bosan gile..tmbh2 bile tgok muka aron aziz...klu ya pun dh insaf,tk pyh lah wat muka..bckp mcm owg yg tk mkn sbulan..suke tgok fazura dlm cite tahajud cinta...mcm tulah muslimah islam...yg bleh inspire org lain..

Rashid said...

cik jue tomey
wah nampaknya marah kat aron aziz ni.. hehe

Fazura memang best!! kematangan terserlah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search