Followers

30 September 2012

Kupetik dosa


Tersentuh hati. Sedih .. bergenang air mata menonton cerita kat TV tadi .. “Kupetik Dosa”.

Kisah anak kecil yang menjadi mangsa nafsu kebinatangan lelaki yang dipanggilnya ‘pakcik’. Lelaki yang seakan-akan 'ayahnya'. Mungkin juga 'datuknya' ..

Walaupun sekadar cerita dan lakonan. Tapi jalan ceritanya memaparkan kisah realiti yang berlaku. Gara-gara kesibukan ibu bapa, anak menjadi mangsa. Gara-gara kesibukan kerja, anak kecil ditinggalkan bersama jiran. Jiran yang dipercayai, jiran yang diharapkan untuk menjaga dan mengasuh anak kecilnya. Akhirnya anak kecil itu menjadi mangsa. Mangsa dera dan rogol seseorang yang dikenalinya. Seseorang yang yang dipanggilnya ‘pakcik’.

Rasa nak bagi … je lelaki bergelar ‘pakcik’ tu. Memang celaka ‘manusia’ yang berkelakuan begitu. Memang durjana ..

Moral dari cerita  .. ibu bapa hendaklah sentiasa hati-hati apabila nak meninggalkan anak yang masih kecil kat penjaga atau pengasuh. Berhati-hati juga pada ‘manusia’  yang bersama dengan anak kecil itu. Walaupun dilihat fizikalnya seorang yang boleh diharap dan dipercayai. Berfikir sejenak akan risiko dan segala kemungkinan. Tak salah menaruh sedikit syak demi kebaikan anak.

Sentiasa juga peka dengan keadaan anak kecil .. watak dan perwatakannya .. cakap dan tingkahlakunya … bahasa badannya …

Dampingilah dia walau sesibuk manapun ... 

 Siapa budak kecil ini? Bisa buatkan aku sedih dengan lakonannya ..



6 comments:

4feet8 said...

modal cerita melayu klise sangat. kan bagus kalau drama-drama mcm keluaran kuasatek pictures dulu-dulu..byk sikit berfikir..

Mardhia Yusof said...



dah lama tak tgk cerekarama..yg last, 'perempuan neraka'..tu mmg sedih..

tapi bagi saya (my humble opinion),
walaupun klise, tapi sebenarnya itu lah yg berlaku di dunia realiti.
ada byk moralnya..pengajaran dan iktibar.supaya kita tak ulang kesilapan yg sama.ambil nlai2 yang baik.

just nak share experience.
sy baru2 ni dpt room mate..first three days, dia tak pandang muka sy. sy pelik. rupa2nya, mata dia bengkak, menangis. sy terdgr dia menangis,mengadu masalah dia kat kwn dia..sy curi2 dgr masalah dia, smpai dia ckp, nak bunuh diri,tak tahan hidup..sy trus tegur..dia terkejut..

mula2 sy ingat dia ada masalah dgn boyfriend..gadis ni muda lagi.biar sy perkenalkan dia sbg A. A tanya sy, "akk, berapa percent akk percaya husband akk?" pertanyaan dia buat saya terdiam. A lantas mnjwab, sbb mak dia percaya ayah dia 100%, mak dia merana.

ayah dia curang. ada perempuan lain. mak dia terpaksa bermadu. mula2 perit. lama2 tak tahan. terus mintak fasakh. nak tau apa syarat ayah A?

"anak-anak hak aku.dan kau(mak A)tak bleh tuntut nafkah." menderitalah mak dia..terpaksa lepaskan anak2 demi maruah.sy dgr cerita A pun menangis.rupa2nya..ayah dia kaki pukul. mak dia slalu kna pukul.sbb A anak sulung, dia protect mak dia,dia pun slalu kena pukul,dera.mentally dan physically.bukan ayah dia je kaki pukul, mak tiri dia pun kaki pukul.

couple months ago, lepas habis exam around bulan 6 kan,A balek rumah mak dia kat pahang sbb lama tak jumpa mak.ayah dia dtg,tarik rambut,heret sampai ke luar pagar rumah kat jalan raya,ayah dia tolak dia smpai terjatuh calar muka, tgn cedera.jiran2 mampu tgk.takut nak masuk cmpur.bukan kena pukul je, siap dgn maki hamun.A ckp, dia dah lali kena semua tuh.ya Allah, kesian A. adik2 dia pun slalu kena.tapi byk kena mentally,mak tiri dia tak berani pkul dpn ayah dia.tapi ayah dia tau,mak tiri dia pun kaki pukul.hmm

kalau nak tahu, A baru umur 20thn!muda sgt.sgt! 12 tahun hidup merana. masa A umur 8 thn dah kena pkul.ayah dia berubah sejak jmpa & kawen dgn mak tiri.

kalau nak kata klise bila tv buat drama mcm ni, sy dah tak fikir mcm tuh dah. pertama kali dgr pengalaman dari mangsa di dunia realiti.mmg biasa tgk dlm tv,kena dera, pukul. tapi bila A cerita kat sy,semua mindset terus berubah. at the same time, kesian,simpati. coz she deserves a better life than this.

tapi ada satu benda yang buat sy sangat kagum dgn A, dia sangat pandai. ambil course biologi. dean list last sem. A suka belajar.dia nak ubah hidup dia,bawak adik2 dia keluar dari rumah ayah.

Bagi sesetngah org yg bahagia, hidup senang(alhamdulillah),itu lah kisah benar di dunia realiti. takkan ada yang sempurna di dunia. akan ada ombak,ribut,tsunami melanda.cuma masa dan Dia yang tentukan.supaya kita lagi kuat.

p/s:sorry byk tergantung kisah A, sbb kna rahsia sesetgh part.just can share the surface problem.

LiNda said...

salam ,
harap awak sihat yaaa .. :)

jujur, saya tak tgk cerita ini. saya tak sanggup .

Rashid said...

4feet8
hmm hmm. Olahan ceritanya menarik … buatkan kita berfikir, tersentuh .. akan realitinya kisah.

Rashid said...

Mardhia Yusof
MasyaAllah mar. Kisah gadis itu … Moga mar dapat berikan dia semangat dan kekuatan okey.

Maaf, rasanya ayah dia itu dah ‘kurang betul’. Kalau tak tahan, laporkan saja kat mana-mana organisasi yang berkaitan. Jangan dibiarkan .. tapi susah jugakan. Sebagai anak, tentu masih ada rasa sayang. Tak sanggup diadunya .. ayah masih tetap ayah ..

Mak tiri diapun satu hal juga ..

Mar, tengoklah .. Kita ini boleh dikatakan bernasib baikkan. Tak alami semua itu. Ada ayah .. ayah yang pengasih .. ada emak .. emak yang penyayang ..

Kasihan gadis A itu. Tentu hidupnya tak gembira .. fikirannya tak tenang ..
Apapun kalau boleh mar dampingilah dia k .. ambil ruang jika berkesempatan untuk nasihat dan motivasikan dia ..

Mar, bukan semua orang bersedia dan sanggup mendengar kisah .. dan saya yakin, sekurang-kurangnya bila mar dengari kisahnya … si A itu pasti akan merasa lega ..

Mar, terima kasih share kisah .. moga kita beroleh sesuatu darinya ..

Sama-sama kita doakan A beroleh kekuatan dan berjaya dalam pelajaran dia … membantu adik-adik dan emak ..




Rashid said...

Linda
wassalam ..
alhamdulillah saya sihat .. moga lindapun sama ..
Tau .. Linda tentu nangis bila tengok kisah drama cam tu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search