Followers

06 October 2012

Dendam gadis cantik pada lelaki bermata nafsu ..




“Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.

Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.

Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.

“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

>>>>> 

Baca kisahnya buatkan aku terfikir sejenak. Betapa marah dan dendamnya gadis yang boleh dikatakan masih remaja itu. Marah dan dendamnya pada sang lelaki yang bermata nafsu. Lelaki yang mata hatinya sudah mati. Lelaki yang jiwanya sudah kosong. Lelaki yang hati dan jiwanya sentiasa bergelora, bertempik memukul diri kerana haus dan dahagakan seks. Lelaki yang gilakan keseronokan dan inginkan kepuasan diri tanpa fikirkan erti kesakitan dan kepenatan kudrat. Kudrat dan daya seorang gadis yang tak mampu untuk bersuara. Tidak mampu lagi untuk meminta tolong. Tidak mampu lagi untuk mengatakan tidak dan jangan ..

Akhirnya suara gadis itu mulai perlahan, kedengaran sayu dan sakit, “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”, “Alang-alang mengenggam api biar sampai menjadi abu “  dan ...  “Alang-alang aku dah sakit dan dah nak mati .. biar semua orang sakit dan mati juga”.

Aduhai dunia. Balasannya belum sempat dibalas di sana ..

Itulah hakikatnya yang berlaku pada dunia hari ini. Kerana angkara nafsu, nilai kemanusiaan semakin hilang. Makin sirna. Tak lagi ada rasa …

6 comments:

dee said...

:)

THE AUTHOR said...

Tak terkata....

Rashid said...

dee
senyum ada makna tuuu dee ..

Rashid said...

hanif idrus
semua kena fikirkan dan waspada ..

KakNi said...

itu lah hakikat kehidupan...

Rashid said...

Kak ni
Kasihankan gadis itu ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search