Followers

03 August 2008

Adoiiii sayapun kena tagged juga

Wah, akupun tak terkecuali juga kena tagged. Terus terang pada mulanya aku terkejut juga bila baca di ShoutBox – “encik syed, dah kena tagged dengan saya. huhu!! – Anaiz (29 Julai). Akupun selamba je jawab “» kena tagged? apa tu anaiz.. hee hee tima kasih”

Selang tak lama kemudian adoiiiiiii kena tagged lagi. Kali ini dari cikgu Nadia Yuna pula (1 Ogos). hmm hmm. Aku tersenyum jer.

Anaiz & Nadia Yuna – terima kasih kerna sudi tagged saya. InsyaAllah saya akan tunaikan permintaan anaiz dan nadia. Saya kan jenis tak suka menghampakan permintaan kawan-kawan. hee hee… apatah lagi dari Anaiz & Nadia. Antara blogger yang saya sayangi.

Untuk blogger Anaiz;

1. kali pertama naik kapal terbang

Kali pertama saya naik k/terbang pd Okt 1996. Masa tu posting pertama. Kena ngajar kat Sabah. Terus terang, seronok bercampur takut bila naik k/terbang kali pertama. Maklum ler baru tengok cerita dalam TV - tentang k/terbang jatuh terhempas. Takut.

Tapi rasa takut hilang sebab di sebelah aku masa tu ada perempuan (cikgu juga). Aku tengok cikgu perempuan tu lagi takut. Mungkin kali pertama juga dia naik k/terbang. Aku tengok dia pejam mata je masa k/terbang naik ke udara. Gelihati aku melihatnya. Terus hilang rasa takut. Apa taknya, ada lagi orang yang lebih takut dari aku. Malah sempat aku mengusik. “ish mana bumi? tak nampaklah. Ke mana kita ni?”. Cikgu tu aku tengok jeling semacam je kat aku. Tapi yang kelakarnya, time makan tu bukan main lagi berselera.. he he ‘makan boleh menghilangkan rasa takut’- aku rasa ler.

2. kali pertama ke oversea

Aku dah tak ingat bila tarikhnya. Yang pastinya sejak sek ren lagi aku dah ke oversea. Biasanya 2 @3 kali sebulan aku pasti ke oversea. Bergantung keperluan. Biasanya aku pergi dengan perahu jer. Kadang-kala time malas naik perahu, aku berenang jer. Berenang dengan kawan-kawan. Malah kami bersaing siapa yang sampai dulu ke oversea. Berenang ke oversea dulu tak kenal air pasang atau tak. Malah masa banjirpun aku dan kawan-kawan berenang ke oversea. Nama oversea tu Siam (Thailand). Tak percaya? kena percaya sebab aku dulu belajar di sek ren & men Rantau Panjang. Sek tu tak jauh dari sungai Golok, Thailand… dulu aku boleh dikira jaguh renang la. Selalu kena marah kerna suka berenang w/pun air pasang.

3. kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga

Kali pertama aku berjauhan ialah masa aku belajar di SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas - tingkatan 6. Aku tinggal di asrama (boleh kira berjauhan la kan walaupun seminggu sekali aku balik rumah). Tak boleh kira? Okeylah saat berjauhan yg aku rasa betul-betul jauh ialah bila aku ke UKM. Di sana aku rasa aku begitu ‘jauh’ ngan keluarga. Rindu semacam je. Apa taknya, setahun sekali baru balik kampung (masa raya jer). Sebabnya aku masa kat UKM tu adalah anggota ROTU (PALAPES). Masa cuti selalu penuh aktiviti. Macam-macam - berkawat, masuk hutan, menembak, kelas taktik, kelas senjata, kelas baca peta dsb. Pendek kata masa kat UKM tu – aku tak de cam ler nak keluar dating. hee hee. sorry amoi…

4. ingin melancong ke...??

Mana-mana je la. Aku ni jenis tak memilih. Janji tempat yang penuh dengan kehijauan & kebiruan. Tempat yang boleh beri ketenangan pada diri. oh ya, aku suka resort / tempat peranginan. Suka tengok & berada di tepi pantai, tepi tasik, tepi sungai. Lagi best kalau ada air terjun. Mungkin aku ni jenis sentimental (yake?) tak suka tempat yang bising-bising. riuh rendah.

5. favourite accessories

Aku hanya ada jam tangan jer. itupun aku pakai kerna nak tau masa. Jika tak pakai jam 1 hari rasa semacam jer. Macam kehilangan sesuatu. Sebenarnya aku bukan jenis suka pakai aksesori kat badan. Rimas.

6. perkataan yg selalu di sebut

Salam
hi
hullo
hmm hmm
terima kasih
senyumlah
keindahan warna-warni (ayat? bolehla kan)

7. kalo ader duit * juta..juta..juta..*

Juta juta. wah banyaktu. maaf ler tak boleh nak fikir. hmm hmm. sebenarnya banyak yang nak dibuat kalau ada juta juta tu. Satunya ialah saya nak jadikan bumi ini selamat utk didiami bersama.

8. siapakah yg mahu ditag??
Sapa ya? ramai rasanya. tapi tak per lah. (maaf ya, saya langgar peraturan satu ni. bolehkan?)

P/S - Cikgu Nadia, tunggu ya…

16 comments:

Zu Ismail said...

ha ha ha .. saya kalau kena tagged sebulan dua bulan baru langsaikan.. tapi kesianlah Fika.. muda2 lagik dapat sakit buah pinggang..camna die yerr???

~ mizzAmy ~ said...

~ siap boleh berenang nak g oversea. best tuh... tak yah nak berabis duit kan? hehehehehe... skang leh ker nak g seberang sana dgn berenang? ~

Rashid said...

Azura,
hmmm tu la Azura. skrg ni musim tagged mentagged. tapi takpa perkara baik. dapat mengeratkan silaturrahim antara bloggers. Malah sedikit 'rahsia' dpt dicungkil dari blogger yg kena tagged tu.

Rashid said...

hi mizzamy,
tu zaman kanak-kanak - sek ren & men. Dulu air sungai tu bersih & telus sampai kita boleh tengok anak ikan @ udang dlm air.Malah kalau nak minum air sungai pun takdak masalah. Berenang dah jadi hobi saya. Tapi skrg ni sungai dah kotor. nak berenang pun dah tak ada minat. nanti tertelan air sungai. nahas. tapi kalau nak berenang juga tak jadi masalah.. mau cubake? hee hee

kuIna said...

hehehe pigi ovrsea... sy kat sini pn selalu pigi ovrsea, pigi makan2 then balik la... border pas tu dh jd mcm kain batik oooo..

Anonymous said...

wah, terrornya berenang. mmg over the sea betul. hehe..

tapikan kalau sesekali layan tagged, best gak kan. nanti apa2 nak tagged kasik la saya. haha..!!

cheryna zamrinor said...

huwaaa....jaguh renang!

yg mane satu nieh...aku ke saya?
huhuhu...kompius jap penggunaan tatabahasa nieh:D

::.. a t i q a h ..:: said...

Kena tag mula-mula memang seronok. Lama-lama, boleh kering idea. Ha ha.

Hoo..saya terkagum sebentar bila cikgu kata hari-hari gi oversea. Rupa-rupanya..aiyak! Ha ha ha.

Zu Ismail said...

yer biler bacer balik nanti.. then the memory remains

Rashid said...

hai kuina,
nampaknya kita sama. pergi oversea tu dah mainan sejak kanak-kanak lagi. tapi nampaknya kuina 'org kaya' kerna pergi oversea sekadar makan-makan jer kmudian balik rumah. hii hi

w/b/p Jom kita take 5.

Rashid said...

okey anaiz,
nanti saya rekacipta soalan tagged lain dari yang lain. bolehkan? tungguuuu. itupun kalau ada. hmmm hmmm

Rashid said...

cheryna,
wah bagusnya cheryna ni. prihatin terhadap tatabahasa. sama je tu saya ke atau aku ke. Di kalangan rakan-rakan sek. & kenalan baru, saya bahasakan diri saya 'saya'. tapi untuk kawan yg dah rapat, saya bahasakan diri saya 'aku'.

Dalam blog pula, bila saya nak ceritakan s/c spontan mengenai diri sendiri, saya bahasakan diri saya 'aku' kerna ia lebih menyentuh diri- dari dalam diri (macam dlm novel tu). tapi kadang-kadang saya gunakan juga 'saya'. ah, sama je 'saya'ke @ 'aku'ke - itu semua tentang diri yang bernama Rashid. hee hee

p/s - maaf buat cheryna keliru. jgn terlalu fikir ttg ni ya cheryna. rileks...

Rashid said...

Atiqah,
tagged boleh 'kering idea?'. kalau macam tu saya tak mau ditagged lagi. takut 'kering idea' ..takut tak boleh menulis lagi. hee hee.

kisah oversea tu saja nak bagi suspen sikit. sekali sekala.

Rashid said...

Azura,
benar tu. semuanya boleh mengembalikan kenangan lama. indah pula rasanya.

Ada Dalina said...

hehehhehe...selamat kena tagged lah yer cikgu....

Rashid said...

Ada ayrissa,
ya pertama kali kena tagged.. mesra blogger kena jawab. hee hee



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search