Pada mulanya aku tertanya-tanya kenapa hanya 4 orang saja jurulatih lelaki yang tersenarai? Terasa hilang mood kerana tak ramai jurulatih lelaki yang terlibat. Mood aku semakin hilang apabila dimaklumkan sasaran peserta kali ini semuanya adalah pelajar perempuan.
“Semua pelajar perempuan? Ahhhhh boringnya” – inilah keluhan spontan aku pada hari pertama di kem.
Tapi setelah dimaklumkan bahawa peserta kem adalah pelajar perempuan yang ‘dipilih khas’ oleh unit Disiplin Sekolah-Sekolah & HEM JPNK, maka terdetik si hati kecil aku.
“Tentu ada sebabnya aku dipilih ni..” aku memujuk diri sendiri.
Dan selama terlibat dengan kem ini, aku hanya dapat mencuit sedikit masa untuk membuka blog - masa rehat pada waktu malam.
Banyak cerita sebenarnya aku ingin berkongsi bersama rakan-rakan blogger sepanjang aku terlibat dengan kem tersebut tapi aku rasa aku mau menjawab tagged Nadia Yuna dulu (dah seminggu tagged tu – Nadia, maaf lambat sikit – maklumlah aktiviti kem agak padat sampai ke malam).
So now, on to the questions...
1) What were you doing 5 years ago?
Masa tu aku masih bertugas di Maktab Sabah, Kota Kinabalu Sabah (8 minit dari Airport).
Selain mengajar di MS, aku juga terlibat sebagai Tutor UMS (dari tahun 2001 hingga 2005). 10 semester di UMS. Di sana aku mengajar kursus wajib di Pusat Penataran Ilmu Bahasa. Masa mengajar – petang dan malam selama 6 jam seminggu. Bayangkanlah kadang-kadang jam 11.00 malam baru habis kelas. Esok mengajar pula. Letih tapi seronok. Seronok mengajar pelajar-pelajar IPT ni.
Pada waktu itu juga aku terlibat dengan Askar Rej. 507 Kota Kinabalu. Setiap hari Sabtu dan Ahad (3 kali sebulan) aku akan ke kem – juga mengajar. Kali ini mengajar ilmu lain – ilmu ketenteraan seperti ilmu taktik, baca peta, senjata, kepimpinan ketenteraan dsb.
(p/s - buku-buku ilmu tentera ni pun tebal-tebal. Tak habis nak baca).
2) What are 5 things on your to-do list for today?
1. Kerja seperti biasa (cikgukan.. )
2. Nak reso soalan latih tubi untuk pelajar. Maklumlah SPM makin hampir.
3. Tengok surat-surat yang perlu tindakan segera
4. Surf internet – baca berita dan layar blog
5. Mau pergi KFC – mau makan-makan sambil tenangkan fikiran (suka suasana KFC)
3) What are 5 snacks you enjoy?
1. Keropok lekor Terengganu
2. Keropok keping
3. Kacang goreng (masuk ke?)
4. Kacang itik
5. Apa lagi? aaaaa sebenarnya kurang makan jenis snack ni kerana lebih suka makan buah-buahan. Asyik ada je buah-buahan kat rumah.
4) What are five things you would do if you were a billionaire?
1. Nak mengerjakan Haji (tak billionaire pun kalau ada rezeki dan mampu insyaAllah...)
2. Nak bina rumah yang ada ‘library’ (tak kayapun nak bina juga tapi sekadar bilik bacaan je)
3. Nak bina satu bilik gym (perlu juga jaga kesihatan kan? Jutawan tapi kalau asyik sakit je manjang apa gunanya)
4. Nak bina kolam renang (nak berenang macam zaman kanak-kanak dulu)
5. Nak jadikan dunia ni selamat untuk didiami bersama. Bantu mana yang perlu dibantu.
5) What are five jobs you've had?
1. Cikgu
2. Motivator
3. Part time Pegawai di Bn. 3 Rejimen 506 Kem Sungai Durian Kelantan
4. Jurulatih Pusat Kokurikulum Kelantan
5. Peneroka (jalan-jalan masuk kebun getah – sekadar nak pastikan kebun okey je. hee hee)
Now to tag… (sapa ya..sapa ya..sapa ya……….hmmm hmmm)
p/s - lega rasanya. Tiada hutang lagi..
6 comments:
waaaa...kacang itik tuh ape?
hi cheryna,
soalan awak tu buat saya ketawa je..org kelantan panggil kacang itik. tuuu kacang kuning dalam plastik tu yang dicampur dengan garam halus. ada dijual kat pasaraya. pergilah beli - sedap.
Yo Mr Rashid,
This is the first time pocket is writing ere, often stumbled upon your comment in other blog...
first time reading your blog today and i'd say u write from the bottom of the heart ..hahahah,
will be here again :D
KFC idaman ku selaluuuuu, tte pocket memang suka sangat KFC, pasal tu berat badan mencecah 92 dah ni.. hohooooo
huhu. banyak pengalaman cikgu ni. kagum saya.
er..nak keropok lekor terengganu bleh? sedapnyee..
Salam sahabat utk pocket,
TQ kerna dtg sini & beri komen.
hah!! 92 kg? biar betul.. tapi takpa janji sihat & hati gembira selalu.
saya ni paling tidakpun 2 kali sebulan je ke KFC. Tak boleh selalu. Kena jaga badan. mau nampak fit sikit. yes! yEs!!!
hullo Atiqah,
Pengalaman tu indah atiqah. Sekurang-kurangnya saya mau sahut seruan, "kita ni sebahagian dari masyarakat, so, sumbanglah sesuatu pada masyarakat".
keropok lekor memang best! cecah ngan air pencecah. wah, mau meleleh air liur tu.. saya baru beli keropok lekor - masih ada dlm peti. mau? hee hee
Post a Comment