Jam 10.20 pagi
“Cikgu rashid, saya mau jumpa dengan cikgu”
“Ada apa nor?”
“Ni cikgu, surat ni cikgu” nor menyerahkan 4 helai kertas bertulisan tangan. Agak teruk tulisannya.
Aku mengambil kertas itu lalu membacanya… ada bahasa kasar bernada marah berbau ugutan.
“Dari sapa ni?”
“Dari Aiz cikgu” kata nor. Aku lihat matanya dah bergenang dengan airmata.
“Okey, pergi bilik cikgu. Kita bincang sana”
………………….
Sampai di bilik, aku mempersilakan nor dan nadhirah duduk.
“Hmmm, cuba nor cerita apa yang berlaku ni?” aku meminta nor ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. (Nor pelajar tingkatan 4. Budak Perak. Baru sebulan dua posting kat sekolah sini. Pelajar baru).
“Begini cikgu, surat tu. Dia ugut saya….” kata nor, matanya makin bergenang dengan air mata. Kemudian mula menangis.
“Nor dah bincang dengan cikgu Disiplin?” aku inginkan kepastian.
“Dah cikgu. Minggu lepas. Cikgu tu dah panggil kelas kami semua. Bagi amaran…tapi surat tu baru hari ini saya terima cikgu”
“Saya syak Aiz, Faz, Es, Azreen terlibat cikgu. Mereka semua pernah mengejek saya dalam kelas…”
“Saya takut jika surat ni sampai pada ayah saya. Dia akan marah cikgu. Ayah saya polis. Saya takut dia akan datang ke sekolah.”
“Di Perak dulu pernah berlaku macam ni cikgu. Saya diusik. Saya bagitau bapa. Bapa marah. Dia datang ke sekolah, terus cari pelajar lelaki tu. Dia tampar budak tu…”
“Cikgu, itu juga sebab kami kena pindah ke kelantan ni cikgu”
“hmm hmmm ...” aku terus mendengar dan mencatat sesuatu.
“Okey, sekarang nor dan nadhirah masuk kelas. Belajar seperti biasa. Cikgu akan uruskan kes ini.”
……………….
Jam 10.55 pagi
Aku terus ke kelas yang terlibat. Minta izin dengan cikgu yang sedang mengajar agar 2 orang pelajar yang dimaksudkan nor ke bilik – untuk disiasat.
“Cikgu, saya tak terlibat cikgu. Saya tak tau apa-apapun…” salah seorang pelajar menafikan.
“Hmmm hmmmm. cuba cakap yang sebenar. cikgu tak suka…”
“Cikgu, bukan saya yang tulis. Afiz yang tulis cikgu…”
“Ya cikgu. saya hanya tolong beri je surat tu pada nor…”
Kedua-dua pelajar tersebut terus menceritakan apa yang berlaku… nama Afiz diberi.
“Okey sekarang pergi masuk kelas. Belajar seperti biasa. Jangan lupa panggil Afiz. Bagitau cikgu rashid nak jumpa…maklum pada cikgu yang ada dalam kelas”
……………….
Jam 11.25 pagi
“Okey masuk Afiz, duduk”
“Afiz tau apa sebab cikgu panggil Afiz ni?” Aku tengok Afiz tunduk je. Diam.
“Ceritakan sikit Fiz…”
“Cikgu saya tak buat apa cikgu. Bukan saya yang tulis tu cikgu…”
“Fiz, Afiz tau cikgukan… cikgu tak suka Afiz pusing-pusing dengan cikgu… cuba cerita yang sebenar…” Aku memandang tepat ke muka Afiz. Serius.
“hmmm hmmmm Cikgu semua pelajar dalam kelas tu tak suka nor cikgu. Dia tu sombong. Sejak dia mari sekolah sini, dia sombong cikgu. Kami nak berbual dengan dia, dia tak layan kami cikgu… “
“Saya mengaku cikgu kami pernah mengejek dia cikgu… kami sindir dia sebab dia sombong…”
“Cikgu, saya juga mengaku cikgu. Saya yang tulis surat tu.. Masa tu saya tengah marah cikgu. Saya marah pada dia cikgu…”
“Dah berapa kali dalam kelas saya panggil dia cikgu, tapi dia buat tak layan je cikgu. Saya hanya nak berkawan dengan dia je…”
“Mungkin dia anak orang kaya… sombong.”
Afiz terus menceritakan segala-galanya…
“Afiz, Afiz suka dia?” aku menduga.
“Tak lah cikgu..”
“Afiz, Afiz suka dia?”
“Mana ada cikgu. Taklah cikgu. Dia tu sombong.”
“Afiz, pandang cikgu… Afiz suka dia?” Aku perlahankan suara. Aku tengok Afiz diam membisu. Lama juga Afiz tunduk.
“hmmmmm ya cikgu. Saya ngaku saya memang suka dia. Tu masa dia mula-mula datang sini. Sekarang saya tak suka dia. Sebenarnya ramai pelajar lelaki suka pada dia cikgu…”
“hmmm hmmmmm. Begini Afiz… bla bla bla”
“Okey sekarang Afiz boleh masuk kelas. Belajar seperti biasa… ingat pesanan cikgu. Jangan sampai cikgu panggil kali ke-2.
“Baik cikgu. Terima kasih cikgu…saya janji dengan cikgu”
p/s – sekadar mengeleng-gelengkan kepala…
32 comments:
macam2 hal budak sekolah skrg ni ye...
Salam cikgu.... :) cerita student sebenarnya cerita kita satu waktu dulukan? bila baca cerita cikgu...teringat saya pada Khus dr Batu Pahat yang dtg ke skolah sy waktu saya tingkatan 3.... smpai skang sy igt dia.... sy pnah sukakan dia...dulu. tp skang tk lagi...
cikgu sihat? sy balik kelate ptg esok lepas skolah.... doakan saya slamat....
selaamt bersahur...
hehehe...budak2...kate task suke tapi sbnrnye suke...hape2lah!
salam cikgu..
wah..
kisah suka menyukai di sekolah..
selalu jadi mcm ini kan..
ambil pengalaman dari sekolah dulu..
ugut-mengugut atau cemburu selalu jadi..
dan bila masuk alam univ pun juga begitu..
mungkin alam pekerjaan juga begitu..
ragam manusia..
=)
selamat hari raya aidilfitri
cikgu rashid..
begitu lah kisah anak2 kita..
penuh dengan pelbagai emosi yang berbaur...perkara yang kita pandang remeh tetapi sebenarnya cukup berat utk mereka. sedari kecil kita diberi pilihan, sehingga kini kita tetap dengan pelbagai pilihan. hanya akal fikiran yang dapat membantu kita mbuat pilihan yang betul.
jika diingat2..kita juga pernah punya perasaan n sifat seperti afiz kan..
seolah flash back kisah kita dulu2..hehe
salam nrina,
begitulah bebudak sek hari ini.. banyak ragamnya.
p/s - terima kasih nrina kerna sudi singgah blog ini.
salam sufi,
hmm hmmm yake? saya tak kot..hehe. Biasanya pelajar perempuan yg selalu mudah jatuh hatikan???
saya sihat. sufi,hat-hati di jalan raya...
hi cheryna,
Bebudak sekolah cam tulah.. w/pun dah men atas tapi masih belum boleh fikirkan yang mana baik buruknya.
hullo nora,
Ugut mengugut & cemburu mencemburui di alam sekolah, alam universiti & alam kerja ..menarik tu. Macam dalam filem pula.
Tak pernah mengugut.. tak suka cemburu...tapi tak taulah kalau ada orang lain cemburu.
eida,
selamat hari raya. maaf zahir & batin. Moga eida ceria & suka sepanjang raya nanti..
Azza,
saya sedang fikir & renungkan kata-kata azza "perkara yang kita pandang remeh tetapi sebenarnya cukup berat utk mereka".
Afiz mungkin cerminan masa lalu kita.
Suka, sedih, marah, benci..
cikgu..
perkara yang kita pandang remeh tapi cukup berat utk mereka..
azza kata begitu kerana kita ada pengalaman ke sekolah n blaja spt mereka...
azza penah nangis tak nak g skolah semata2 kerana cikgu kata sapa tak hafal sifir cikgu akan rotan.tekanan bg azza..malam tido tak lena.. bg cikgu sume ni simple..tapi cikgu tak tahu bahawa prasaan n hati anak murid terdera hanya dengan sebaris ayat cikgu. sedangkan esoknya..hanya sorang dua yg dipanggil baca sifir...prasaan takut tu dibawa sehingga meninggalkan alam prsekolahn..mjejaskan emosi..
sb akal n tahap pemikiran budak tak sama ngn kita...
bg kita segalanya mudah..tapi tidak pd jiwa murid2 kita..
assalamualaikum cikgu..
eheheh..~
citer2 zaman skolah la yang selalu kita sebut2 nanti bila dah dewasa kan?
selamat hari raya..
hihihihihi..
bebudak neh lawak btul..
seb baik I skolah pompuan dulu..
bagusla cikgu leh berlembut dlm situasi neh.. syabas =)
kembali berblogger...hihhi....
cikgu still bercuti ke? ntah la... mungkin ppuan mudah kalah dengan permainan perasaan dan emosi.... seringkali gagal dlm menafsirkan sst perkara.... kan ?
setuju dgn opaq... cerita zaman sekolah menjadi gula2 bila kita dewasa....
erm...mungkin betul ppuan ni mudah kalah dgn permainan perasaan.... seringkali silap dlm mentafsirkan sst perkara....
sebagai manusia, kita byk belajar melalui pengalaman sendiri kan ?
ppuan...seringkali kalah dengan permainan emosi dan perasaan.... benar bagai di kata... ppuan punya 9 nafsu dan 1 akal.... sedang lelaki miliki 9 akal dengan satu nafsu.... hakikatnya mcm tu....tp ida sering melihat idup ni sebagai satu circle... ada timbal balas nya...
wah, azza. pengalaman azza tu sunguh bermakna sekali. Buktinya sehingga kini azza masih lagi mengenangkannya.
saya juga kesihankan pelajar masa kini.. kerja rumah bertimbun-timbun. dahlah balik sekolah sampai petang - dengan tuisyennya, dengan sukannya.. eeeee tapi apakan daya. sekolah kini semacam bersaing - nak skor dalam akademik dan segala-galanya.
salam opaq,
Memang. Kenangan di sekolah adalah yang paling indah sekali.
Opaq terima kasih sudi singgah & beri komen.
hai miss riben,
saya ni suka dekati pelajar dengan macam-macam cara.. diorang ni perlu dididik dengan macam-macam cara dan gaya.
ohhhh miss riben sek pompuan rupanya dulu... hmm hmmm ada banyak makna tu..
salam sufi idany,
dah..saya dah abis cuti dah.
Memang perempuan mudah kalah dengan mainan perasaan berbanding lelaki. Sebab tu mereka perlu dilindungi...
Sufy, pengalaman itu sesungguhnya medan ilmu yang sangat bernilai jika kita memberi tafsiran yang bermakna padanya.
hahahah...
best2!
suke ar bace citer gini...:D
hi ryehanna,
ni tentu memori lama ryehanna kembali menjengah tu.. ada persamaan kisah ryehanna dulu-dulu ke?
cerita zaman sekolah lakarannya menjadi cermin dari hati kita bila kita meniti usia.
cikgu rashid..
benar..
contoh terbaik ..anak sdara sy..
umur 5 tahun..kindergarden kat selayang. cuti raya kita 5 hari dia bg keje umah 3 lai mukasurat. siap cop kat setiap muka surat.."kerja sekoalh semasa cuti"..mgkin utk dimaklumkan kpd ibubapa. perasaan azza bcampur baur..rasa geram..kesian pun ada kat anak sdara..apalah sgt yg boleh dipikir oleh anak umur 5 tahun..time raya pulak tu..selain seronok bmain dengan sepupu2 sesekali balik bcuti..berlari kesana sini mengira duit raya..
tak paham kekadang dgn sesetengah sistem yg kita pakai.. mndidik tak kena gaya..
semoga kisah cikgu ni dpt sy ingat, jd panduan bila mula mengajar nanti. :)
ish... ish...budak sekarang ni...
time sekolah sibok nak bercinta.. zaman saya dulu sibok dok panjat pokok mangga n pkok ceri...tak tau cintan cintun ni... adeh...
sufy,
hmmm betul tu sufy, akan jadi kenangan bila kita meniti usia.
azza,
hmm sekadar bersimpati dengan sistem..
salam adalicious,
saya doakan moga adalicious berjaya menjadi seorang guru yang baik & seronok dengan kerjaya nanti.
syima,
yake ni? yake? hehee
sekadar tersenyum bila sebut cinta di alam persekolahan..
Post a Comment