Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.
Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
49 comments:
nak sntiasa ada..
spt ungkapan cikgu selama ni..
Azza, itu sememangnya ungkapan saya...ops!!!!
Nice entry.... dekat ngan jiwa n hati sy tak tidak seberapa ni....
sy dh cuba beranikan diri.... cuba amik risiko.... tp sy tak sanggup di anggap mencuri kenikmatan dari bakul kehidupan insan lain.... dan risiko skang.... sy tanggung.... pohon pengertian dan mencari harapan baru utk sy berpaut.... :)
CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Bila kita jatuh cinta, kita dibuai perasaan yang kadang-kala kita sendiri pun susah untuk memahaminya..hehehe..
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…"
oh susahnyaa..
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
hahaha..cute!
cinta memang suatu perasaan yang pelik,
kadang2 kita suka seseorang, tapi kita tak mahu nak ucapkannya atas sebab-sebab tertentu,
itu yang paling menyiksa sebenarnya
Cik gu jemput ke blog sakura ya
hapasal semenjak 2 menjak nie en3 soal hati aje... eeemmmm........
adusssss.....
bila baca, rasanya macam sgt sukar cinta itu....
salam cekgu,
sangat indah bait kata2nya... i'm speechless. :)
Cinta tak datang kalau tak dicari, cinta tak dapat kalau tak memberi :)
Salam idany,
Sekurang-kurangnya Idany dah jalankan tanggungjawab pada hati.. yang selebihnya serahkan saja kepada takdir & ketentuanNya.
Yakinkan pada diri.. harapan akan sentiasa ada jika terus beranikan diri untuk mencari pautan..
Benar tirana,
Terasa ingin berlari..
Kernanya kita alami perasaan yang terlalu indah, kernanya kita akan rasa berdebar.. kernanya kita akan mulai risau, dan kernanya juga kita mulai mengenal erti...
adalicious,
hehee... jangan cepat mengalah..
salam makcik rokian,
Apa yang cutenya.. dahhh, tuuu kena pada dirilah tu.. hehe. kalau betul baguslah.. jagai ia.
salam bro rohaizan,
Itulah sebabnya..“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
sakurasa,
saya pasti ke sana..
Salam kuina,
ee kuina ada perasan ya..
Itulah masalahnya. sayapun tak tau kenapa. nanti saya tanya pada hati ya.. hiks!!
ku tak sempurna,
Sebenarnya apa-apapun tak ada jalan mudahnya.. begitu juga soal cinta. Banyak yang perlu dilalui.. perlukan masa & kematangan dalam menanganinya. Ia bukan sekadar soal hati...
w. hussin,
hmmmm sin dah okey ker? masih bengang lagike dengan seseorang.. sebagaimana dalam entry sin tu. banyakkan sabar ya..
watashi pernah baca statement tuh
mmg ada benarnya
betul tu cikgu ungkapan yg meberi 1001 makna pada saya.
Watashi,
Moga ia beri kekuatan & kebenaran kepada kita semua agar menghargai apa itu erti cinta yang ikhlas..
Salam azwani,
"Cinta tak datang kalau tak dicari, cinta tak dapat kalau tak memberi"
itulah kebenarannya.. so, berilah bunga kerna ia dapat berikan keharuman pada semua.
"hanya dirimuuu yg bisa membuat kuteeenang....
tanpa dirimuuu aku merasa hilang...
dan sepiiiii....."
heh..heh..heh..
Ha! Redynne dah tau... :P
akhir2 ni.. entri cikgu.. soal hati jer.. tengah dilamun cinta ekk..
bagus entry ni...
tapi ada jek tak reti bahase.
org dah amek berat sbb suke.
tapi x reti2 juge dia nak suka.
haa...yang tu cane tuh?
ni pengalaman dulu lah.
lalalalala~~
tq for sharing ! hehe
Wah......jiwang lagu latar baru nih...:)
Ada orang boleh menjadi penyajak yang hebat bila menjadi pencinta. Cintanya, inspirasi seninya. ;)
ekekkee..
seronok baac komen2 ni..
hi redynne,
heee romantiknyer redynne.. tak sangka saya.
"tanpa dirimuuu aku merasa hilang...
dan sepiiiii...."
redynne... saper gerangan yang macho tu? bagitau ler..
eida..
tak lah.. sajer jer.
sekarang musim hujan kan... so, (apa kaitan hujan ngan hati. garu-garu kepala. hehe).
chadachada..
Pengalaman dulu ke atau baru semalam. hehe.
senang jer. kalau dia buat dekkk jer. baling jer ngan ayam kfc ke, pizza ke.. bagi dia kenyang... bila kenyang dia tido. Bila dia tdo, pergi picit-picit idung dia. hiks!!! adake laki tu tak paham-paham..
cian chadachada.. "gadis melayu terakhir.."
Sama-sama cikgu wiween..
salam erinsza,
101 makna? berdoalah agar dia bisa memahaminya..
salam cikya,
jiwang? yaker.. tak perasan lak. hehe saya dengar je. saja jer..
Atiqah,
sayang ya saya tak ditakdirkan untuk menjadi seorang yang hebat dalam berpuisi.. uhukk uhukk
azza,
suka bila tengok azza senyum.. hilangkan beban kerja yek.. yup!
oh..saya pon tersenyum-senyum je baca etry ni...tapi yang mmbezakan saya ngan cikgu rashid is, saya takde gambaran si lelaki itu, while u have (kan kan kan??) hehe!
Salam najlaa raihana,
eeee sebenarnya kita sama jer.. tak ada apa-apapun. Diorang ni sajer jer tu. usik-usik.
Najlaa.. jom kita sama-sama dush diorang ni. okey 1,2, 3 dush!!!! hehe
cikgu..
hati terusik..
ada rindu yang bertandang..
jumaat 28'nov..
10.24pm..
salam merah,
Bersyukurlah kerana rindu itu ada bersama merah. Ia satu anugerah dariNya. Senyumlah... jaga diri baik-baik.
Ops! jangan lupa, jaga rindu itu. Jangan biarkan ia berlalu. Kerna bila tiadanya rasa rindu maka hidup ini pasti kesepian.. dan kita akan tercari-cari akan rasa rindu itu.
Jangan lupa...tak semua bunga berbau dan wangi,bunga semarak api,cantik dan mempesonakan,tapi tak berbau...bunga tahi ayam,juga bunga,tapi bau?
Jangan terlalu baik, kerana saya akan merindui awak.. ini le jawapan paling tepat untuk cinta datang dari hati baru lah ke mata.
hati terpaut dengan bait kata kata walau belum berjumpa. 2 insan tapi satu rasa, satu keserasian..cuma menunggu masa untuk bertemu
Cikgu Nurin
hehe.. adake bunga t.. ay.. eeee geli le. dushh dushhh..
suka bunga orkid..
cat
ermm.. sapa ni? bagitau le.. eee rahsia ek. tak adillah cam tu..
maaf, :) sbb cat tumpang lalu je. melihat dari blog seseorang dan ternampak tajuk ni. tangan laju je nak menulis.
Post a Comment