Aku baru kenalinya. Hanya sekadar berbait kata di alam maya.
Kami selalu berbicara mesra. Saling usik-mengusik.
Sesekali bergurau tawa.
Bila hati terdetik. Lantas tulus menghulur salam.
Salam untuk sebuah persahabatan.
Walau tak pernah bersua tapi kami tetap gembira.
Berkongsi idea. Berkongsi rasa.
Aku sedari, hubungan kami bagaikan kenalan maya cuma.
Aku jua insafi, siapakah dia dan siapakah aku?
Aku mengerti semua itu. Aku sekadar meluahkan… mohon pengertian cuma.
Mengertilah, jalinan hubungan antara kami tetap bersempadan.
Kami menghargai akan sebuah ikatan yang suci.
Bila tiada lagi usikan darinya.
Bila tiada lagi bait kata-kata indah darinya.
Aku kini terasa... terasa kekurangan sesuatu.
Aku mula mengenal erti. Erti kesepian tanpanya.
Aku cuba memahami tentang usikan pada hati.
Yang pastinya aku… aku…
Aku tak mau kehilangannya.
Aku mohon padaNya.
Agar hubungan kami setulusnya hati…
Walau hanya sekadar teman bicara... di alam maya.
24 comments:
ketulusan hati..
hanya hati yg mengerti..
jiwa kadang kala memahami..
tapi fikiran cuba menafsir adakah hati itu benar.
dan akhirnya diri berada dalam 2 paksi antara akal dan hati..
=)
cikgu..
maaf jika pengasingan ini meresahkan.. menyepi bukan utk selamanya..sekadar mencari diri di mana kurang dan celanya..
indahnya persahabatan kita kerana terjalin tulus dari hati..
tersentuh di jiwa bila dihargai sebegini..tkaseh...
doakan semangat sy kembali pulih..
jika selama ini cikgu dan sy berikan 'bunga' pd sahabat2...kini sy perlukan 'bunga' yg ada pd cikgu..kerana 'bunga' di tangan sy hampir hilang harumnya..
sy tetap sahabat cikgu..cm saat ini sy tak bdaya utk bkata2..
terdetik di hati bersulam debar..
rasa rindu nak mengusik dan diusik seperti dl..
waaa peewiittt!!!
ade harapan makan nasik minyak nie hehe!!
Best gak wording2 ni ek. He..he..
Wah luahan hati yang terdetik.... ya Cik gu!! moga cik gu tak sepian lagi....
Salam...
Em....harap sahabat cikgu akan terus mengusik cikgu lagi.
Salam Cikgu.... bila baca biat2 ayat cikgu kali ni rasa tenang sekali.ingin nak mengatakan inilah indahnya PERSAHABATAN. tanpa suara yang menggetari jiwa, tanpa wajah yang melatari maya, jalinan yang wujud dari keikhlasan walau di ceruk bumi mana sekalipun, walau di atas walau di bawah.... indahnya tetap mendasari hati.
Cikgu....rindu kat sapa nih? hihihi
tu dia...
say i mish u when u are not around..
<< uwaaaa... sweet....
semoga terus berbahagia dengan ikatan persahabatan maya
Inilah puisi yang paling jujur yang pernah saya baca. Semoga ketenangan akan tetap bersama kita di mana2 sahaja...
yeah!
wawa tau pada sapa ditujukan luahan hati cikgu ini.
Semoga persahabatan cikgu dan dia berkekalan.
=)
semoga persahabatan kalian kekal slamanya :)
indahnya bahasaaaa
tu la kan cikgu, wpun kenal kt alam maya je, kte tetap rapat ngan kenalan2 kte kan
wow cikgu rashid biar betui nie kata2 bermadah mu begitu tertusuk di hatiku, bila membaca.
cewah cikgu nie jiwang juga yek.
hehehhe
cikgu jiwang ye sekarang..hik3 =P
moga persahabtn itu terus berkekalan..
tp en3 nie agak jieang lah... errrkkkkk.....
emmm.. semoga persahabatan maya itu menjadi realiti..
wow...indah sekali bait2 kata cikgu.boleh jadi penulis ni....
bersahabat biar beribu, berkasih biar satu.
Salam untuk rakan-rakan maya semua,
Terima kasih atas pandangan & komen yang diberi. Terima kasih atas segala doa dan 'usikan'. Saya amat menghargainya.
Segala bait kata-kata ini sebenarnya lahir dari hati saya pada saat itu.. saat di kala saya tersentuh dengan apa yang berlaku & berasakan diri ini turut menjadi 'sebahagian' dengan kehidupan & situasi yang sedang dialami oleh seorang kenalan di alam maya yang sentiasa 'bersama' saya.
p/s - Terasa begitu indah sekali hidup ini jika dapat memberikan 'bunga'.. seterusnya melihat ukiran senyuman ria dan bahagia.
Sahabat platonik?
cikgu...
Salam atiqah,
Sahabat platonik? wah, indahnya bahasa. Terima kasih atiqah. Saya terharu kerana ada teman cuba memahami situasi teman yang lain.
Untuk bunga,
hmmmm nape? saya ada..sentiasa ada bersama. Terima kasih bunga kerana dah tersenyum.
cikgu..
terima kaseh utk cikgu kerana ada..
'ada' cikgu yg buat sy kembali tersenyum..
Post a Comment