Followers

11 December 2008

Aku terus merenung sungai… airnya.. arusnya..

Hari Raya Pertama. 8 Disember 2008. Jam 5.30 petang. Aku ke pintu jendela tingkat atas. Merenung sungai di depanku...

Gambar ini aku zoom dari tingkat atas rumah emak di kg. Inilah wilayah milik negara Thailand. Sungai inilah yang selalu menjadi 'kolam renang' aku pada zaman budak-budak dahulu ...

Wilayah Thailand? Maknanya.. zaman budak-budak, aku dahpun berenang dari Malaysia ke Thailand! hehe ...


Aku terus merenung sungai…

Bila tiba saja musim tengkujuh, aku akan tersenyum. Senyum tanda gembira dan suka. Kedatangan banjir sentiasa aku nantikan. Tak sabar rasanya nak bermain air banjir. Bila tibanya banjir maka aku adalah antara orang yang paling gembira sekali. Bukannya apa, bila banjir, aku dan rakan-rakan akan dapat bermain air banjir. Seperti kebiasaan, aku akan merenget pada ayah minta disediakan pelampung. Pelampung daripada getah tayar kereta mahupun getah tayar lori. hehe. Seronoknya masa itu…

Masa banjir juga adalah satu masa di mana aku akan bersaing dengan rakan-rakan. Bersaing untuk berenang dari pengkalan tepi sungai Golok, Kelantan ke pengkalan tepi sungai Golok, Thailand. Jaraknya lebih kurang 130-140 meter. Masih tergiang di telinga bagaimana orang-orang kampung masa itu marah dengan aku dan rakan-rakan. Mereka melaung-laungkan nama aku. Tapi aku pada masa itu agak ‘nakal’ dan ‘degil’. Aku dan rakan-rakan hanya buat ‘dhek’ saja. Akhirnya macam biasa, balik saja di rumah, aku pasti akan dicubit di paha oleh emak aku. Kadang-kadang oleh emak saudara aku. Kalau ‘bernasib baik’, kalau ayah ada, maka tali pingganglah akan menyinggah betis dan paha aku. Maka meraunglah aku. Sakit woiii..

Tapi macam biasalah, budak-budak. Dua tiga hari selepas kena ‘belaian kasih sayang’ itu, aku dan rakan-rakan terus melakukan aktiviti berenang itu lagi. hehe.. Apakan daya “aku dan aktiviti berenang tak dapat dipisahkan..”

Tapi itu semua hanyalah kenangan lalu… kenangan zaman aku di sekolah rendah mahupun sekolah menengah rendah. Masa itu aku tidak pernah memikirkan akan bimbangnya emak dan ayah aku terhadap keselamatan aku. Masa itu juga aku tak pernah terfikirkan akan bahayanya arus sungai. Dengan airnya yang terlampau dalamnya dan arusnya yang begitu deras sekali yang pada bila-bila masa boleh menenggelamkan dan menghanyutkan aku. Tapi aku.. aku di ketika itu hanya fikirkan keseronokan diri semata-mata. Seronok bila dapat berenang mengalahkan rakan-rakan aku yang lain.

Kini…

Kini kedatangan musim tengkujuh dan banjir menyebabkan aku rasa ‘tak sedap hati’. Rasa risau semacam jer. Aku risau memikirkan rumah emak dan saudara mara di kampung. Risau memikirkan kejadian banjir seperti tahun lepas. Pada tahun lepas, Kelantan telah dilanda banjir begitu teruk sekali. Buktinya, biasanya hanya tingkat bawah rumah emak saja ditenggelami banjir tapi pada tahun lepas, air telah mencecah ke tingkat atas juga (di paras buku lali kaki). Semua itu merisaukan aku…

Kini aku sedar. Aku sedar, kedatangan banjir rupa-rupanya banyak buruk daripada baiknya. Kedatangan banjir menyekat pergerakan. Kedatangan banjir merisaukan dan mencemaskan diri. Tapi semuanya mesti dihadapi dengan hati yang terbuka. Ini kerana kedatangan banjir bukannya kehendak kita. Semua itu sudah ketentuanNya. Yang penting kita hendaklah bersedia menghadapinya. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya…

p/s – Aku sudah serik dengan banjir. Sejak kecik lagi dah biasa dengan banjir. Kini sedang meninjau kawasan yang ‘tidak dibanjiri’ untuk membina sebuah rumah. Rumah idamanku. hehe.

30 comments:

azza_irah said...

salam..
indahnya zaman kecik2 dulukan...
sblm balik raya..harapan menggunung nak rasai balik zaman dulu2..tapi bila masuk je sempadan kelantan, mentari bersinar..
sehinggalah kembali semula ke penang smlm..bumi kelantan masih lagi disimbahi cahaya mentari..tiada lagi kesejukan tengkujuh seperti dulu..yang ada hanya lopak2 air..
rasa rindu nak kembali berhujan..merasai dinginnya nak mandi pagi..makan ubi di kala hujan lebat..

kuIna said...

ms 2 akai pendek.. ingat nk seronok aje... tp banjir ada jugak rahmat kn.

LYS said...

alhamdulillah....

n a r d indie winkie said...

sabarlah kerana itu adalah dugaannaya. moga impian cikgu untuk membina sebuah rumah impian d tmpt yg lebih selamat mnjadi kenyataan. :-)

Unknown said...

cerita banjir : semua orang tak suka.tapi ada orang suka.orang politik.memang suka kalau ada bencana macam ni...sebab ni lah peluang terbaik untuk berkhidmat....sebab ada KAJIAN tengtang orang MELAYU ni...kita kena TOLONG.perkataan tu akan membuat timbul perkataan MENGENANG BUDI.....dan seterusnya mari2 kita tolong menolong.....

seronok dengar cerita cgu ( cgu kan....)saya tgk kes kat bkt antabangsa ni dah macam2....

fAtrinA said...

salam cikgu...wah dasyat jugak ye banjir kat sana...tulah dugaan dariNYA kn...sama2 kita muhasabah diri...

Izzatul Azma said...

takotnye tgk air dia
dahla tataw berenang :D

Ada Dalina said...

erm...org 'sempadan' rupanya cikgu nih..hehehhe...

Rashid said...

Salam azza..
Wow!! indahnya bahasa.. terkedu saya membacanya. Ya azza, masa azza pulang tu mentari dah bersinar segar. Hujanpun dah renyai-renyai manja jer.

Kasihannya tak dapat mandi hujan. hehe..

p/s- Saya suka hujan tapi tak suka banjir. Suka sejuk..

Rashid said...

Kulna,
hmm masa budak-budak. Penuh kenakalan. Teringat masa terjun dalam sungaipun mesti penuh bergaya.. pusing-pusing badan sikit. hehe

Rashid said...

Salam makcik rokiah,
Alhamdulillah.. penuh makna tu.

Rashid said...

Salam n a r d indie winkie,
Rumah impian dah ada dalam fikiran.. sentiasa tergambar penuh kedamaian. Dedaun yang menghijau. Penuh bunga-bungaan...

Rashid said...

hi jinggo,
Orang politik & kisah banjir. Boleh buat satu filem tu.. hehe.
Jinggo, bila jinggo kata begitu, saya terus teringat bagaimana politik sudah menjadi satu industri yang menguntungkan bagi setengah-setengah pihak.. walaupun tak semua.

Moga mereka yang turun bersama membantu mangsa banjir tu benar-benar ikhlas hendaknya..

Rashid said...

Salam fatrina,
Ya fatrina. Banjir tahun-tahun sebelum ini kira okey lagi. Biasa je. Tapi tahun lepas, 2007 adalah antara terburuk sekali di kelantan ini. Tapi tahun ini hingga sekarang ni masih lagi okey, tak seburuk tahun lepas. Kelantan sekarang ini cuacapun dah kembali segar.. dengan mentarinya. Suka..

Rashid said...

Sweethoney,
Kenapa nak takut pada air. hehe. Tak pandai berenang ek. jom kita berenang...

Rashid said...

Ada Ayrissa,
Orang sempadan? hmmm hmmm, tapi saya masih lagi rakyat Malaysia ekk. Bukan rakyat Thailand.. hehe.

Bangganya jadi rakyat Malaysia!!

Papa-Itam said...

best giler kampong cikgu..........boleh melancung 2 negara dalam masa yang singkat....tenang dan damai....

Cikgu Kool said...

Daddy seumur hidup tak pernah rasa banjir...

tapi terjun parit selalu...berbirat la lepas tu bila balik umah..hehehe..

p/s: Semoga mangsa2 banjir dalam keadaan sihat2 hendaknya!

Rashid said...

Papa-itam
Hehe.. 2 negara macam 1 negara je. Tapi itu dulu. Saya sekarang dah lama tak ke sana.. hampir 12 tahun rasanya tak ke sana. Sejak bertugas di Sabah.

Rashid said...

Salam daddycool,
Terjun parit? hehe. Pengalaman indah tu. Susah nak dapat. Kalau sengaja cari memang tak jumpa punya. hehe.

ddy, t.kasih...

Redynne™ said...

cekgu,
Seperti biasanya... saya tetap suka hujan.. :)

Rashid said...

Reen,
hmmm hmmm sayapun.. terasa indah dan damai sekali. sejukkkkkk. hehe

n a r d indie winkie said...

saya tag cikgu.. heheh..

Miss Jaz said...

salam mr.rashid..jiwangs tul yer..terkenang kisah dolu-dolu...jue merasa la banjir..best gak kenang2kan saat tu..pelbagai emosi memenuhi benak hati waktu tu..he..he..sungai golok yer..dulu2 pernah p sana...memang senang air nak naik kat sana..dah dua kali rasanyer g rantau panjang ,umah kawan...nnti bleh ler jue g umah mr.rashid kat sana yer..he..he..

Signorina Syima said...

cikgu... sy nakal jugak dulu, (sampai sekarang..)tapi stakat panjat pokok, main basikal. tapi sy tak pernah merasa macamana banjir. sedihnya...

atleast cikgu nakal2 dulu dah jadi cikgu pun...

kecik2 selalu pergi oversea yea??

Rashid said...

Salam miss jaz,
Bukan apa.. tetiba je terkenang masa kanak-kanak.. suka sangat main banjir.

Miss jaz, sy ada di KK ni. Datanglah jalan-jalan sini (berdebar dah hati ini. hehe..)

Rashid said...

Syima,
Tak pernah main banjir ek. rugi tuu syima.

Syima, sy dulu memang nakal. Saya dulu selalu jadi kepala. bukan setakat berenang. Masa main tembak-tembakpun. Sayalah selalu jadi hero. tak pernah nak jadi 'org jahat'.. asyik nak jd hero je. (pernah anak itik jd mangsa tembakan saya.. berpusing-pusing kepeningan anak itik tu. hehe)

Masa kecik memang biasa je pergi oversea. Berenang je ke sana.. Sekarang dah tak pergi dah. Malas.

Miss Jaz said...

salam mr.rashid,ehem ehem..jue nak tulis kat sini pon berdebar-debar nie..pasai apa yer? he..he..tunggu kedatangan jue kat sana yer...tp,dalam mimpi lar..he..he..jgn mare...nak tanya plak kenapa u berdebar2?????kenapa ek????jawab gak!!!nak tau gak!!!he..he...ehem ehem ehem..

Anonymous said...

sana sini berdebar..
pandai tul ngayat..

Rashid said...

Salam bungaku..
Saya tau apa yang saya tulis di sini pasti bunga akan baca. Semua tu tak de apa-apa. Sinikan terbuka.. saya tak sembunyipun dari bunga..

Bungaku.. keharumanmu tetap bersama hati ini. Percayalah..

p/s - Saya juga tau, diatukan kawan bunga juga...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search