Aku terima surat.. Panggilan sebagai Jurulatih Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar di Pusat Kokurikulum Negeri. Kem kepimpinan itu berlangsung selama 3 hari - pada 10 Feb - 12 Feb 2009. Peserta terdiri daripada pemimpin pelajar. Semua perempuan - pengawas & ketua-ketua kelas.
"Siapa kita nak pilih jadi kem komandan ni?" Pengerusi bersuara.
"Siapa lagi.. cikgu Rashidlah.." salah seorang ahli mesyuarat bersuara."Bagilah peluang orang lain pula. tuu Haslipun boleh" aku bersuara. Senyum. (Hasli kawan rapat aku. Aku seronok bersamanya. Sama-sama satu kepala).
"Okeylah. Rashid dah tak mau tu. Camana yang lain. Setuju kita lantik Hasli?" pengerusi bersuara lagi.
"Setuju..""Okey sekarang siapa kita nak lantik jadi ketua jurulatih?" Pengerusi terus bersuara.
"Siapa lagi.. cikgu Rashidlah.." Seorang lagi bersuara. Pantas je..
Aku tersenyum.. "okeylah.."
Jom kita layan gambar yang sempat aku rakamkan.. (ada lagi aktiviti yang tak sempat aku rakamkan - seperti kembara malam, keyakinan di air, berakit, aktiviti berkumpulan dll - kerana aktiviti berdasarkan base - jurulatih dah diagihkan).
Pertolongan cemas - CPR. Terdengar juga suara usikan antara peserta. "Kalaulah orang tu mulutnya busuk .. tak berus gigi". hehe.
Salah seorang jurulatih sedang memberi tunjuk ajar.
Pertolongan cemas ke atas bayi.. juga turut diajar kepada peserta.
Pertolongan cemas ke atas bayi.. juga turut diajar kepada peserta.
Peserta tekun mendengar dan melihat demo tentang cara-cara pemakaian dan teknik 'terjun' dari aras tinggi.
"Okey, sekarang kamu pergi panggil guru pengiring kamu. Suruh diapun ikut terjun.." aku mengarahkan peserta .. (jahatnya aku..)
hehe.. sampai nak menangis guru pengiring kerana diasak / dipujuk oleh pelajar untuk sama-sama 'terjun..' (aku hanya tersenyum..)
Masa untuk tidur - "tidurlah wahai permaisuri.. tidurlah. Pejam mata .. jika kau tidur lena. Mimpikan bahagia.. "
"Tuan, saya rasa macam zaman batu pula.." salah seorang peserta bersuara. hehe.
30 comments:
salam kenal... bila aku tengok pelajar2 menyertai kem yg semacam ini.. aku rasa mcm seronok aja.. maklumlah tak penah merasa....
Berbaktilah kepada anak bangsa walau di mana dan bagaimana peluang wujud. Kitalah pemimpin generasi akan datang. Semoga usaha Rashid mendapat keredaanNya. Insya Allah.
Salam cuitnazz,
yake tak pernah? adoiiii rugi. aktiviti semacam ini memang menyeronokkan sekali. Takper ada masa lagi..
mountdweller,
Uncle.. insyaAllah selagi ada peluang dan ruang saya akan terus di sana. Bersama-sama memekarkan bunga-bungaan bangsa dan negara ini. Mereka inilah pemimpin generasi kita akan datang..
kebanyakan aktiviti ni zura penah bt time kat BTN dulu..
mmg seram time nk kene terjun tu..rase cm nk bunuh diri je..
bl da terjun, smpai bawah terus menangis..huhuhu..
**kenangan terindah tu semua!
eii saje je tau..
iye la cam best je singgang ikan tu ekk..
errr bahan2 cukup ke tak tu..hehehee
sdp tak rase die..
kalo sdp kalah la ii!!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sian kat cikgu tu..
kene buli dgn budak2..
wahhh mcm best jer!! teringin nyer nak join bdk2 tu..
teringt zaman sekolah... huhu
segala usaha dan tenaga yang dicurahkan memang mbawa kesan yg dalam dalam diri setiap seorang dr anak didik..cm samada mereka sedar atau tidak.
biar pun jarak rumah dan Pusat Ko jauh..namun minat dan komitmen yang tinggi pasti saja menjadikan itu hanya sebagai halangan yg kecil..
Cikzura,
Masa terjun tu rasa macam nak bunuh diri? hehe..pertama kali saya dengar istilah ini. Lucu pula rasanya.
Yup!! hari itupun ada juga 2..3 orang pelajar menangis..
Mommy.
Setiap kumpulan hanya diberi beras, ikan, garam sikit, sayur sikit, kunyit sikit..
Tentang ikan singgang yang pelajar masak tu sedap ke tak? eeee tak larat nak cuba .. geli jer rasanya...hahahh
Mommy otai,
Nasib le sapa cikgu yang jadi guru pengiring kalau saya ada.. standby le untuk lariks!!!!
Ryehanna,
Jommmmmm ikut sekali lagi.. imbas kenangan zaman bebudak dulu-dulu..
Azza,
Ya saya hanya berharap pelajar mendapat sesuatu semasa menghadiri kem kepimpinan tu.. Saya tak harapkan dalam masa 3 hari tu pelajar sedar. Ia mungkin memakan masa..
Yup!! dari rumah ke pusat ko.. 1 jam 40 minit.. macam tau je azza ni. Psikik ekk..
salam mr.rashid..bestkan..teringat waktu sekolah menengah dolu-dolu..he..he..pengalaman beginilahlah yg mematangkan kita....semoga sentiasa menjadi 'ketua' yg baik kepada semua...
Salam cikgu..sekolah kita pun buat kem kepimpinan tapi utk pengawas ja. Seronoknya tengok pelajar2 bersungguh-sungguh dan enjoy ngan aktiviti tang telah dirancang.
salam.. selamat ber kem kepimpinan.
Insya-Allah sekolah kita oun nak buat kem macam ni jugak tapi namanya Kem Kembara Iman..mencari hidayah Allah..
amboi...
bestnya derang ni survive kan?
Miss jaz,
Semua pengalaman ini mewarnai kehidupan kita.. dan kita semakin matang bersamanya.
fay,
Salam kenalan..
Yup memang seronok dengan pelajar ini. Dunia mereka sebenarnya penuh warna-warni dan kita cuba bersama-sama untuk mencantikkan lagi warna itu..
kengkawan..
ermm t.kasih kengkawan.. kerna ada bersama saya di sini.
Nik Zulina,
Kem Kembara Iman.. bestnya. Moga kita semua mendapat cahaya keimanan dariNya..
IdzaRis
hehe.. memang best sangat. Seronok tengok telatah dan 'kenakalan' dari aspek pergerakan dan tutur bahasa..
sgt suke aktiviti cmni..mungkin suatu hari nanti leh join..")
sy suka program mcm nie... skarang dah jadi hobby lak.
nurul iman,
jommmm kita 'terjun' sama-sama.. Tengok sapa cepat sampai ke bawah dengan penuh bergaya..
Kulna,
iyake?. adoiii dah jadi hobi tu yang bikin suspen ni..
Best nye zaman2 camni.
Teringat zaman sekolah dlu, mmg ske mende2 lasak nih.
Skrng blom j0in BTN lagik.
Owhh tak sabo nye.
=P
owhh tak sabar.. tu pasti ada sesuatu tu.. (bukan tak kenal wawa ni..) hiks!!!
Post a Comment