Khamis 12 Mac 2009 - Jam 8.30 pagi. Aku terima satu panggilan telefon.
“Asssalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
“Ini Leftenan Rashid ke?”
“Ya. ya.. Siapa ni?”
“Tuan, saya Sarjan Rosli dari Kem Pengkalan Chepa..”
“ooo ada apa Sarjan?”
“Ni nak maklumkan pada tuan. Esok tuan kena hadir temuduga. Temuduga dengan Timbalan Komander Rejimen”
“Esok?” aku sedikit terkejut.
“Ya tuan. Jam 9.00 pagi. Pakaian No. 3”
“Okey. InsyaAllah esok saya pergi”
Adoii . Pagi ini telefon esok terus temuduga.. camana ni? . Aku mengeluh sendirian. Apa tidaknya. Masa suntuk sangat. Aku mana ada bersedia. Pakaian no. 3 belum bergosok. Kasut no. 3 pun belum berkilat. Rambut agak panjang. Dahlah jam 2.30 petang ini aku kena hadir mesyuarat. ishhh.
“Rashid.. Rileks!!! Ingat anda adalah seorang pegawai. Seorang pegawai mesti sentiasa tenang. Seorang pegawai bukan menimbulkan masalah… dan bukan juga membiarkan ia terus bermasalah. Seorang pegawai akan sentiasa cuba untuk selesaikan masalah...” Suara hati aku seakan-akan berbicara.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih memiliki suara hati...
Pakaian no. 3 dah standby untuk dipakai - Siap bergosok jam 10.30 malam.
p/s – Suka hati apabila dipanggil temuduga. Moga ia berjalan dengan jayanya. Teman-teman doakan saya berjaya ek..
44 comments:
Cikgu Rashid,
Taniah
kerana dipilih untuk temuduga,
moga Allah permudahan segala urusan dan moga berjaya.
cikgu... kawin cepat.. tak de la kena gosok baju tu sendiri kan.... hehehe
good luck.. semoga cikgu berjaya dalam temuduga ini... komander tu...
Cikgu Rashid..
Temuduga tu untuk apa? Untuk naik pangkat ke? Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik.
Tengok pakaian tu, teringan pakaian suami kak tirana, dulu dia pun dalam tentera, jadi doktor tentera...
Good luck cikgu!
owhhhhhhhhhhhhhh!!
baru wawa tau pakaian no. 3 gitu.
pakaian no 2 plak camne ek.
ekkekkee!
=P
Cikgu, gud luck!
Didoakan semua berjalan dgn lancar dan moga berjaya. Amin!!!
selamat berjaya cikgu..saya doakan semuanya berjalan dengan baik. all the best!
wah wahh...gud luck bro!
do da best lahh..
of course u will...
gud luck.... erm sure dh balik ni....canner interview td? hihihi
semuga hari ini lebih baik dari semalam...
semuga landasan yg disediakan kepada kita mampu - dimanafaatkan sebaiknya.
Salam sakurasa,
Terima kasih kerana doa itu. Moga semuanya berjalan lancar.
Syima.
hahahhh dah biasa gosok pakaian tentera ni.. cuma agak singat je rasa masa utk hadir temuduga...kerna pada hari yang sama ada dah komitmen lain tapi apakan daya.. kena fokus utk temuduga le nampaknya..
Syima..terima kasih ek.
Tirana.
Kak tirana. Yup!! temuduga untuk kenaikan pangkat. Tadi pagi dah selesai semuanya.. mudah-mudahan berjaya. Tengoklah nanti..
oo iyake. baru tau rupanya suami kak tirana tu bekas doktor tentera. Tentu macho suami kak tirana tu kan..
Bapak.
Terima kasih..
Wawa,
Ada banyak pakaian tentera ni. Nak tau ke.. okey. Pakaian No. 1 - Pakaian Istiadat. Pakaian No. 2 - Bush Jacket. Pakaian No. 3 - Pakaian Kerja. Pakaian No. 4 - Pakaian Kawad. Pakaian No. 5 - Pakaian Loreng (Operasi dan
Latihan Medan. Pakaian No. 6 - Mess Kit (utk dinner). Pakaian No. 7 - Pakaian Kebangsaan. Pakaian No. 8 - Pakaian Khidmat, Pakaian No. 9 - Simpanan. Pakaian No. 10 - Pakaian Sukan.
hehe.. banyakkan..
T.kasih atas ucapan.
DUN A.RANI,
Salam .. terima kasih atas doa. Moga-moga..
Marzalina..
Intan. terima kasih..
Saya bertuah.. kerana ada teman-teman seperti intan semua.
Mommy Otai,
fArah..wah wah. apa tu?.. ee ada je dia ni. Apapun terima kasih farah atas ucapan.
InsyaAllah..
Sufy Idany,
a'ahh dah balik rumah ni. Okey je temuduga tu. Semuanya berjalan dengan lancar.
Sekarang ni tunggu je la keputusannya.. ada rezeki ada le tuu..
hi jinggo.
Yup!! moga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. Moga hari ini senyuman lebih ceria dan menceriakan..
Alamak..mungkin sy orang last kasi komen..xpe la. hehehe
Alhamdulillah, saya kira cikgu dah buat yang terbaik.InsyaAllah moga cikgu dapat yang terbaik.
Cikgu, macam mana jadi cikgu dalam masa yang sama boleh jadi pegawai tentera ni ek? Maaf kalau bertanya..tapi saya ingin tahu..hehe
Slam cikgu....
em....lepas ni kapten rashid lah ek..congrats
wah Leftenan Rashid uh..
haha brebet..brebet!!
kiri kanan kiri kanan..
kuar baris skang!
haha
merapu jer i ni..
smart la bang..:)
Uncle doakan Rashid berjaya. Huh.. mesti segak anak Saddam Husein di dalam uniform....
Salam afida,
T.kasih kerana doakan saya.
Afida, saya masa kat UKM dulu PALAPES. Selepas ditauliah oleh YDPA, saya lapor diri di kem Pengkalan Chepa - 3 bulan di sana. Kemudian masa di Sabah - saya aktif di REJ 507 (kem Harrington Kota Kinabalu). Kemudian posting kelantan - lapor di REJ 506 - kem Sg Durian K.Krai hingga sekarang..
Skrg w/pun keje tetap saya cikgu tp masih aktif dlm Rejimen 506 berpengkalan di Kem Pengkalan Chepa Kota Bharu..
Saya hadir latihan tempatan setiap bulan. Hadir juga masa latihan lanjutan dan Khemah Tahunan. Juga hadir dalam kursus / latihan tentera / Hari Pengajian Pegawai yg diadakan dari masa ke semasa..
Cukuplah ek.. sikit info ringkas.
Maknanya saya ni ada 2 dunia yg berbeza.. hehe..
Salam cikya..
a'ahh Kapten Rashid..
Moga-moga cikya. Doakan ek..
Farhana..
hehhe.. ketawa abang. kiri kanan kiri kanan terus kuar baris ..
Cepatnya kuar baris!! bila berbaris, ingat nak kuar baris je ek ..
p/s - seronok tengok sesetengah orang berbaris mcm robot.. hahahhh
Mountdweller.
Salam uncle. haahhh anak Saddam Hussein.. hehe..
p/s - Saya cuba klik tengok gambar anak saddam hussein - UDAY HUSSEIN & QUSAI HUSSEIN. Tengok serupake?
hehe.. mandai je uncle ni.
Salam cekgu,
'Ketinggalan bas' daaa.. hehe..
Mcm mana pun tetap nk bgtau yg sy sentiasa doakn yg t'baik utk kwn2.. :)
Semoga berjaya..Insyaallah.. Amiin..
saya berkawan dgn seorang leftenan.
:)
cmne interview?ok x..kekdg berdebar2 kan..samapi sume hlg...huhuhuhu..neway.chekgu musti orait punye..")
TErlampau lama tk menjenguk..rupanya orang d sna bakal naik pangkat kerrr??
hehe:p
apa skalipun..semoga berjaya.sebagai sahabat maya,tumpang gembira skali:D
Redynne,
Reen ketinggalan bas ke.. biasanyakan selalu naik kete. Camana boleh ketinggalan bas pula? hehe..(gurau jer.)
Reen..t.kasih..
Ajwin ajeera,
Hati-hati ajwin ajeera kerana berkawan ngan seorang leftenan. Nanti.. hahahhh.. pssttttttt!!!!
Nurul iman,
Interview okey jer. Mula-mula tu rasa 'sikit berdebar' kerna memang saya tak sempat bersedia.. 'hari ni bagitau esok pagi ada interview'. kan kes naya tuu.. Tapi biasalah askar ni. Dia nak tengok kita 'gentleman' atau tak semasa interview..
Saya dah biasa. so jawab dengan tenang tapi tegas. Penuh yakin..
Ila,
InsyaAllah. Itupun kalau ada rezeki. dari Leftenan ke ...
T.kasih atas doa & ingatan dari sahabat maya.
cikgu,
interview nak naik pangkat ke?
erm, apa2 pon gud luck yer...hehhehe
Ada ayrissa,
iya ada ayrissa.. insyaAllah..
t.kasih atas ucapan. Moga berjaya ek..
slm.. heh heh so bila dpt pakai Kapten Rashid?
saye konpius la..
bj no 3 mkne nye bj 3 helai er?
hee~
gudluck2..
satu lg konpius, ckgu utk tentere ke?
cm tu ye?
adham..
tak tau lagi .. baru temuduga ngan TK ari tu. Nampaknya k je.. insyaAllah harap tahun ni gak..
kapten rashid? hehe..
nur-al-AIN,
hehe.. nur al ain buat saya ketawa je. Soalan tu.. adehhh sakit perut saya ketawa ni.
Baju no 3 dlm tentera ni maksudnya baju kerja.. bukan 3 helai le..hahhaahh
saya ni 2 alam le nur-al-ain.. 2 tugas..
T.kasih atas ucapan tahniah tuu..
tahniah..
Bunga,
terima kasih.. insyaAllah..
Post a Comment