Followers

06 April 2009

Lagi lama.. lagi merdu.. markahpun tinggi..

Secara kebetulan, dalam perjalanan melihat tanah di Bt Tandak, aku melihat ramai orang di satu kawasan. Kereta berderetan di tepi jalan. Aku berhenti melihat apa yang berlaku. Wah!! rupanya ada pertandingan Burung Candik. Terasa pula nak tengok. Dalam duk tengok-tengok tu, aku sempat menemubual dengan seorang pakcik. Berikut antara temubual aku:

“Pakcik, berapa ramai peserta terlibat ni pakcik?”

“ermm ramai. Lebih 100 orang. Burungpun lebih 100 ekor.”

“Cantik burung-burung tu. Burung apa yang bertanding semua tu pakcik?”

“Burung Candik..” Aku tengok pakcik tu merenung aku. Mungkin dia hairan.. (hairan dari mana asal budak ni!! jenis burungpun tak tau.. hehe)

“Macamana burung tu dinilai pakcik?”

“ ermm tengoklah bunyi burung tu. Merdu atau tak suara dia. Lama atau tak dia berkukuk. Lagi lama .. lagi merdu.. markahnya pun tinggilah.

“Banyak burung tu pakcik. Camana hakim nak pilih yang terbaik?..”

“Ada 4 pusingan semuanya. Dia nak 12 mata. Satu pusingan kalau dah dapat 3 mata kira okeylah. Tapi yang penting peringkat akhir tu.. 30 saat akhir tu. Masa tu hakim akan menilai. Burung mana yang berkukuk paling lama. Paling merdu.. burung itulah menang.

Tapi kira nasib juga. Masa hakim ada depan dia.. masa tu burung berkukuk.. hah!! menanglah dia.Tapi kalau hakim ada depan dia.. burung tu diam semacam je. hehe. takde harapanlah.”

“Berapa orang hakim terlibat semua pakcik?”

“ermm 3 atau 4 orang je. Mereka ni pakar burung..”

“Pakcik, berapa harga seekor burung candik yang masuk bertanding ni?”

“Macam-macam. Ada yang berharga RM2,000.00 Ada juga berharga RM4,000.00”

“Yang paling murah seekor berapa pakcik?”

“ermm yang paling murahpun RM100.00 - RM140.00 seekor. Tapi yang murah ni suara dia tak merdu. Tak berkukuk sangat!! Kukukpun sebentar je. Masih liar”

“Hadiahnya pakcik?”

“Hadiahnya tak mahal sangat. No 1 dan 2 akan dapat basikal budak. Harga lebih kurang RM140.00 sebuah. No.3 akan dapat kain selimut Narita.”

“oooo okeylah pakcik. Pakcik, boleh saya ambik gambar pakcik?”

“Boleh boleh.. Ni nak masuk dalam apa ni?”

“hmmm masuk dalam internet pakcik. Nak promosi..”

“oooo yake?” Pakcik itu membetulkan bajunya..hehe.

“ops!! lupa tanya. Nama sebenar pakcik?’

“Pakcik, Wan Adi Wan Lah.. Orang panggil Pak Wa Colek Rantau Panje.”

“Pakcik, terima kasih..”


>>> kepada teman-teman.. Jom kita layan gambar..

Peminat burung.. tak kisah duduk di tengah panas terik mentari.

Menunggu dengan sabarnya..

Pelbagai jenis sangkar diukir indah

Wah!! banyak juga burung candik ni. Disusun macam askar. Berbaris bertiga-tiga. hehe..

ishh.. kenapalah kau diam je ni sayang? adooiii .. berkukuklah sayang ..


Inilah pakcik yang sempat aku temubual.. terima kasih pakcik..

Hadiah pemenang pertandingan burung candik.. tak seberapa. Tapi yang penting kepuasan bagi peminat burung!!!

p/s - Kenapalah aku tak minat bab bab bertanding burung ini? Mungkinkah kerana aku tak suka tengok burung terkurung dalam sangkar. Macam dipenjarakan. Aku suka tengok burung yang terbang bebas!!!.. terbang dengan tenang ..

32 comments:

Tirana said...

Ha'a la..kesian tengok burung yang terkurung dalam sangkar. Kalau kita kena kurung tak boleh keluar rumah, apa agaknya yang kita rasa ye?

Marzalina said...

arwah tok wan intan pon suka bela burung tau cikgu..tapi memang rasa kasihan kan tengok mereka terkurung, sedangkan manusia pon nak idup bebas..apatah lagi haiwan yg bersayap..kesian kan..hehe.

Shamsudin said...

assalamaualaikum..wah sangt unik pertandingan burung candik...ermmmm hehe sangt menarik kalau ada peluang ke semenanjung nak jugak tengok..burung candik tak pernah dengar pon sebenarnya ..hehe kalu di tawau sabah ....tak pernah ada pertandingan burung camnih pertandingan ayam adalah.....(hehehehe pahm2 ajelah..tapi yang pertandingan itu memang haram..tak baik mendera haiwan..) apa2pun satu post yang menarik cikgu rashid....

kuIna said...

jentayu nak masuk bertanding gak...

Mohd Ridwan said...

ehm...
burung oh burung...
mgkn bagi sesetengah orang sedih melihat burung terkurung.
tak bebas harungi kehidupan...
tapi sama jg spr manusia yg hidupnya hanya mengikut kata.
ibarat terkurung tapi tak nampak sangkarnye...
ape2 pun, selagi sesuatu pertandingan tu tak lari akidahnya, ok la...

:p

Rashid said...

Kak Tirana,
Yup betul tu.. kalaulah kita kena kurung rasanya bolehjadi 'biol - biolaa' kot... boleh sasau!! 2 ari tak kuar rumahpun rasa dah pening kepala..

Rashid said...

Marzalina,
Ia ramai orang lama dan baru suka sangat pelihara burung.. bangun pagi burung.. balik keje burung. Rapat sangat dengan burung.

Saya tak sanggup le nak pelihara dan kurung burung..

Rashid said...

Shamsudin,
Kat tawau takde ek.. hehe.
Saya pernah ke kota belud. Sana lagi unik. pertandingan kerbau yang dihias cantik.. ditunggang lagi. eee sangat seronok tengok diorang naik berlumba-lumba ..

din.. jom datang kelantan..

Rashid said...

kuIna Jentayutiara
ishhh.. nak masuk bertanding juga? hmmm tak nak kawan le.. hehe

Rashid said...

Ewan The Lagend,

TErkurung tapi tak nampak sangkarnya.. hmmm ada kebenaran juga tu. Tapikan jika kita rasa terkurung tanpa sangkar sebenarnya ada masalah kat hati tu.. Hati tu tak tenang agaknya. so, perlu dibersihkan.. hindari dari pencemaran..

Signorina Syima said...

burung2 macam ni.. susah tak nak bela?? ayah saya pun peminat burung... tiap2 hari kena beli betik... kuat tul makan.. tp sangkar burung tu agak besar la jg...

Unknown said...

Salam anakanda Rashid.

Dekat rumah uncle pun ada satu gelanggang tanding burung. Ramai juga pesertanya berderet-deret kereta di tepi jalan. Entah apa jenis burung pun uncle tak tahu. Uncle memang jahil bab burung-burung ni. Nak bela pun menyusahkan jer.

Nampak gaya hadiah pun lebih kurang sama dengan n3 Rashid. Paling mahal TV besar.

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid, kalau tak silap, permainan ni ada kat kelantan jek kan?..kat trg tak penah dengar pulak ada..

tu la pasal...sy pun suka tengok burung2 terbang bebas di angkasa raya..kalau tengok burung-burung ni terperap dalam sangkar, kesiannnnnn

BEiB said...

Salam...
Teringat lagu "Burung dalam Sangkar"- Emillia Contessa:
Wahai kau burung dalam sangkar
sungguh nasibmu malang benar
tak seorangpun ambil tahu
duka dan lara dihatimu

Reff:
Wahai kau burung dalam sangkar
dapatkah kau menahan siksa
dari kekejaman dunia
yang tak tahu menimbang rasa

Batinmu nangis hati patah
riwayat tertulis penuh dengan
tetesan air mata

Sungguh ini satu ujian
tetapi hendaklah kau bersabar
jujurlah kepada Tuhan

* kemerduan suara burung adalah rintihan kesedihan yang disalahanggap.

DUN Behrang 2020 said...

Cikgu,
Camne ropa burung candik tu dari dekat ye!

sakurasa 2 said...

Cikgu Rasid
dengar merdu tak suara2 burung tu...???
he he he

sakurasa 2 said...

Cikgu Rashid
kenapa tak diadakan pertandingan burung pungguk ek?
he he he

Idalara said...

apa rasa jika kita dikurung dalam sangkar walaupun sangkar emas?...mata terlepas jiwa tersiksa...

Rashid said...

Syima,
ermm tak tau pula saya syima. Tapi kalau tengok jiran sebelah rumah saya tu.. pagi-pagi lagi dah bersama burungnya. Sebelum pergi keje.. balik je dari keje.. tu dia, asyik bersama burung je. hehe.

Rashid said...

Ayahanda mountdweller,
oh iyake.. nampaknya uncle sama je dengan saya. Tak biasa dengan burung-burung tu..

Saya tengok diorang tu bukannya nak sangat hadiah tu..tapi diorang sangat bangga jika burung diorang menang.. mungkin juga kepuasan bagi diorang tu uncle.

Rashid said...

Afida,
Mungkin juga kot pertandingan ini hanya dikelantan je. Malah bahagian Pelancongan Malaysia dah nak jadikan pertandingan ni sebagai Festival bagi menarik pelancong asing datang..
nampaknya jadi rezeki juga bagi peminat burung ni.

Rashid said...

Beib,
Wow!!! hebat betul lagu tu beib. Saya tabik pada beib - masih ingat. Pertama kali saya dengar.. sarikatanya sungguh memilukan..

"kemerduan suara burung adalah rintihan kesedihan yang disalahanggap"..

moga kita sama-sama renungkan ..

Rashid said...

DUN Behrang..
Saya tengok burung tu macam ada jambul je.. cantik. hehe..

Rashid said...

Sakura,
Suara burung tu saya dengar bercampur baur le.. hehe (mungkinkah kerna saya tak pandai menilai kemerduan suara burung.. )

Pertandingan burung punguk??? adoiii pening-pening.. tapi bagus juga idea tu..

pssttt!! kita kumpulkan perindu-perindu kemudian kita pertandingkan dari segi gaya dan luahan perasaan.. tentu meriahkan sakura.. oh ya satu lagi, Sakura mesti jadi ketua hakimnya..hahahh!!

Rashid said...

Idalara,
iya saya setuju dengan idalara.. kasihan sebenar saya tengok burung tersangkar tanpa pasangan.. tentu resah gelisah je jiwa batinnya (iyake ni?)..

ILA said...

Salam buat cikgu di sana:D
Rata2 menyimpulkan ttg pertandingan tersebut & mgaitkan burung sebagai 'kiasan' .
Tapi ila hanya nak sentuh 1 sajaaa..
Masa cikgu mbuat temuramah dgn 'pak cik Hensem' tu..adakah mgunakan pita rakaman@ sebarang catitan??Kalau tak..pastinya daya ingatan cikgu sangat bagus..hehe
Kerna masih ingat fakta2 yg di beritahu oleh pak cik tu dan serlahkan di entry ini;)

Tersenyum saya...lantas berimaginasi gaya cikgu sebagai 'wartawan'..kehkehhhh!!

adehhhhh!!jgn mareeee..ila nyakat jerrr..kehkehhh!!!!

pB said...

Salam

lebih kurae srupo me'ching ikae .
Ado reseki , ado ikae hok sa'kok.
Kalau tak dok tu , duduk bre'jae pun tok dpt dpt ....

Keno banyok sabar ....

Rashid said...

salam ila,

wow!!! bagusnya soalan ila tu.

Sebenarnya masa saya temubual pakcik tu..saya kuarkan satu kertas kecil.. catat beberapa patah perkataan je.. hanya isinya..

ooo duk imaginasi tentang gaya saya sebagai wartawan ek? hahahhh!! imaginasi gaya je tau!! Ila, saya memang layak sbg wartawan tau.. masa saya duk temubual tuu ada bisik-bisik dari beberapa org kat sana.. 'wartawan kot'.. heehe. Apa taknya selain dari pegang pen - catat - saya siap snap gambar sana sini..

Rashid said...

pB.
Betul tu. Mereka kena banyakkan sabar. Sebab burung tu kadang-kadang banyak suspennya.. masa nak bertanding tu le buat hal - diam je.. tapi masa kat rumah bukan main lagi kukuknya..

Bapak said...

salam cikgu rashid.

ada gaya cam reporter la cikgu tanya pakcik tu..hheheh..mesti mua2 pakcik tu ingat cikgu dari surat khabar Sinar, Kosmo!, Metro ker...heheheh bole jadi stringer nie..hehhe

Rashid said...

salam bapak..
Hahahh!!!! ketawa je saya bila kenangkan kisah tuu.. tersenyum bila pakcik tu betulkan baju bila saya nak ambik gambarnya. Pakcik tu tanya.. saya kata nak masuk dlm internet..

Tersenyum juga.. kerana pakcik tu beria dan bersungguh citer ngan saya.. t.kasih pakcik..

Shukri said...

burung apa nak?
burung murai
burung apa nak?
burung murai


burung apa nak?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search