Followers

23 July 2009

Majlis Pemakaian Pangkat .. Kapten Rashid ..

Pagi kelmarin - 22 Julai 2009 - lebih kurang jam 9.00 pagi, satu Majlis Pemakaian Pangkat kepada pegawai dan anggota tentera dari rejimen telah berlangsung sempena Perasmian Latihan Kem Tahunan Rejimen 506 Negeri Kelantan.


Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 506 Kelantan, Leftenan Kolonel, Mohd Zulkipli, bertempat di Batalion 3 Kem Sg. Durian, KK. Hadir sama adalah para pegawai dari Rejimen 506 Pengkalan Chepa dan Machang.


Seramai 2 orang pegawai telah dinaikkan pangkat dari Leftenan ke Kapten, 3 orang dari Leftenan Muda ke Leftenan dan 7 orang dari Prebet ke Lkpl / Kpl.


Dalam majlis ini, aku telah mendahului pemakaian pangkat…


Semasa pemakaian pangkat, hati kecilku berbisik pada diri,


“ermm, nampaknya sekarang ini semakin bertambah tanggungjawab kau rashid.."

"Kapten Rashid… Pangkat itu adalah satu tanggungjawab dan tanggungjawab itu semakin berat kerana kau kini akan merangkap OC batalion …”


Aku berbisik pada hati,

“Okey, demi agama, bangsa dan negara, insyaAllah aku akan laksanakan tugas dan tanggungjawab ini sebaik mungkin, sedaya yang termampu… ”



Timbalan Komander Rejimen 506, Leftenan Kolonel Mohd Zulkipli (dari Rejimen Artileri Di Raja)

Anak buah yang sentiasa gagah perkasa ..


p/s – Aku ingin dan akan melangkah gagah …







34 comments:

dayana said...

adehhhh...patut r sonyap jo...naik pangkat sudaaaaa...congrate bro...tggungjwb sgt berat...pikul atas bahu k...

pssssssttttt...nape cr dok tepi sekali tuh...ikut rangking ketinggian ekh...hiks!

ILA said...

TAHNIAH TUAN KAPTEN!!!!!!!
yeesszaaaaa!!!ila tumpang gembira k;)

Unknown said...

Salam

Tahniah Kapten Rashid!

Tanggung jawab mesti dipikul berpadanan dengan pangkat yang disandang.

Bapak said...

Selamat pagi Kapten..heheh

tahniah cikgu Rashid!

Tirana said...

Tahniah cikgu Rashid...Seronok naik pangkat...hehehe...suami kak tirana Kapten(B)...Dulu dia jadi doktor askar..

MizShuai said...

segaknye!
macam abah b!

Catwoman said...

Selamat pagi Kapten Rashid....

Wahhhh,dah naik pangkat ye. Best gituuu.

Lepas ni dah tak leh panggil Cikgu Rashid la ye. Kene panggil Kapten Rashid.

Pangkat dah naik, gaji pun mesti naik jugak,kan. Ini bermaksud ada org tu kan kene belanja sy makan KFC & Pizza. Hihihihihi..... :)

Gurau je dgn Cikgu. Jgn mare,nanti kene jual. :)

kuIna said...

TAHNIAH kapten... moga terus berbakti kepada agama dan bangsa..

Muallim Adham said...

slm.. wah terus aktif dlm wataniah heh heh heh... tahniah.. memang demo layak lama dh pakai kapt sebab dh lepas semua kursus tu... mcm kawe ni, semua kursus x ikut lg heh heh..

selepas kawe gi anual kem tahun lepas bersama rej506, kawe terus menunggu surat kelulusan dr rej506 utk bertukar ke rej510...

nampaknya permohonan kawe tu seolah tak diproses menyebabkan kawe tak dapat ikut latihan di rej510 sibu huhuhuuu...

insyaAllah kawe balik hujung tahun ni, kawe nk aply la mohon tukar ke sibu

Rashid said...

dayana
a’ahh sibuk berkawat & raptai.. t.kasih yna.
ishh.. besele. Paling senior & kanan kat kem mesti terima pangkat paling awal sekali. hehe

Rashid said...

Ila
ermm t.kasih ila. Jom sy belanja ila.. tapi rasanya semua makanan ila dah boleh wat / masak sendiri so tak jadilah nak belanja.. masakan ila lagi sedap dari kat kedai. YES!!

Rashid said...

Mountdweller
salam uncle.. ya uncle. Tanggungjawab bila berada kat kem tu makin berat le.. nak kena jaga anak buah tu semua..

Rashid said...

Bapak
T.kasih bapak..
pssttt!! nak ajak bapak sekali join tentera ni .. nak tak? hehe

Rashid said...

Tirana
T.kasih kak Tirana. Dr askar lagi hebat..dia suntik sana sini..
eeee pernah tengok kawan cina kena suntik masa kat dalam hutan.. kerna serangan nyamuk dan agas bertubi-tubi hingga bengkak seluruh muka dan leher..

Rashid said...

Lady B
heehe.. segak cam abah ek? ingatkan segak macam imran hasmi ke.. adoii.. dushh!!! .

Rashid said...

Zyma Saad
Pagi zyma...(ehemm lain je bunyi tuuuu.. ini mesti ada apa-apa ni..)
hehe.. best apa.. tanggungjawab beb!! makin berat..
alaa setakat belanja KFC & PIZZA utk zyma tak jadi masalah.. jom le..
Saya tunggu jam 3 ptg esok k.. lewat 1 minit atau cepat 1 minit kira batal terus.. hehe

Rashid said...

Kulna LadyInRed
Kulna.. terima kasih. InsyaAllah..

Rashid said...

Cikgu Adham
adham.. kat sana tu mohon le pergi kursus senjata ke .. ketua platun ke. Seronok kursus kat PLAW perak tu..
iyake tak de respon.. dah call rej? cuba follow up slalu..

Chenta said...

Wah..tahniah okeh !

Moga yang baik dan terbaik sahaja menjadi milik anda .

Rashid said...

Linda

terima kasih linda atas ucapan dan doa itu.

Nanti kita bicara k..

Idalara said...

salam Kapten Rashid!
tahniah..mudah2an kapten berjaya menjalankan amanah yg di pertanggungjawabkan.mudah2an selamat dn sentiasa dirahmati Allah

Rashid said...

Idalara

TErima kasih kak ida.. insyaAllah..

Raihanna said...

WAH TAHNIAHHHH....
teringat pula kat ayah sy...
bekas tentera juga...
hehhee..
wah dah naik capt tu!!!!
moga lagi semangat menjalankan tugas...

Redynne™ said...

salam..

Tahniah cekgu.. :)

Muallim Adham said...

slm.. nk tanya Kapt Rashid, kawe dah call BN3, tp just kata antar surat mohon pertukaran ke OC. Bila kawe antar surat, dia kata beres. tp smpai skrg xdak berita..

adakah kawe kena contact HQ Rej506 d Pengkalan chepa?

kawe mmg teringin nk g kursus ktua platun dan senjata bantuan heh heh

Rashid said...

Raihanna
terima kasih raihanna. InsyaAllah semangat tu sentiasa hadir.

ermm.. salam pada ayah k..

Rashid said...

Redynne

Reen..t.kasih.
Moga reen juga tiba jua..

Rashid said...

Cikgu Adham

k. Saya hari tu ada juga dengar permohonan adham tu kat kem. Memang dah betul dah tu. Hantar surat kat OC Bn. Bn akan uruskan & ajukan kat Bgd seterusnya.

Walau apapun cuba contact sekali lagi kat Bn. Tanya Kpl yang bertugas..

Kursus tu memang best!! tido ngan uniform loreng lengkap dalam hujan di kala malam.. hehe

Muallim Adham said...

heh heh teringat mcm anual kem masa kadet plak.. ok beres

Wawa_Nadwa said...

ehem ehemmm..
tuannn..
hehehe.
makin emcem la cikgu wawa nii..
muke tu jgn la serius sgt.
tak0ttt.
hiks!

Marzalina said...

walaupun dah lambat..tetap nak ucapkan tahniah!

Rashid said...

Cikgu Adham
iyake.. hehe. Kenangan indah tu.

Rashid said...

Wawa Nadwa
uisss mana ada serius. Nampak je serius tapi paling baik hati. hehe

wAwa, itulah saya wawa.. ori tu. Seadanya..

Rashid said...

Marzalina

Terima kasih intan..
tau..intankan sibuk menelaah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search