Lama menghilang
Kini dia hadir
Dengan satu sapaan
Dengan satu senyuman
Menyoal diri ini
Rupanya ada kisah
Kisah dibalik kebisuan diri
Rupanya ada hati tersentuh
Ekoran sedikit salah faham
Rasa cemburu lantas merajuk
Moga segala simpulan terurai
Tiada lagi kata
Tiada lagi tanggapan
Tiada lagi airmata
Masih sama
Masih sayangkan
Ikatan yang sedia terjalin
Teman tapi mesra
p/s - bila hati berbicara ...
42 comments:
salam..siapakah gerangannya tu cikgu..:)
salam..
lain ja bunyinya...
owhh patut la.. lama menyepi diri..
rupanya ada sesuatu yg trsembunyi.. klu tak ada usik mngusik.. cemburu2.. tak best hidup ini..
wake up!! hik..hik..
selamat kembali berkarya..
tahniah..
akhirnya bertemu jua teman tapi mesra..
tahniah skali lagi..
apa kes ni bro?
waaa...sape nieh cikgu? bila sha nak dpt mkn nasik minyak nie?:)
Salam Cikgu Rashid....
Zyma datang menyapa Cikgu nih.
Amboiiii lama menyembunyikan diri. Cikgu sembunyi kat mana? Kat celah pokok serai ke atau kat dlm bonet kete?
Jgn dok sembunyi selalu....kang hantu pocong terus sembunyikan Cikgu kat celah2 pokok Rhu. sy tak nak tolong!!! Heheheh.....
Semoga Cikgu berbahgia hendaknya bersama teman tapi mesra itu....
:)
slm..
lama tak update.. guana cuti hr tu? menarik? permohonan kawe bertukar ke rej510 sibu dah dlm proses... insyaAllah anual kem lepas pmr ni kawe mungkin sempat ikut di sibu hehhehehe.. nnt kalo gi latihan rej506, kim slam la ke semua sahabat den, abe sabri, YO-YO lain, kepada PW2 mustafa dll heh heh...
salam cikgu Rashid..
wah..kata2 dari hati yg tertulis untuk seseorg..
pastinya seorg yg istimewa..
mudah2an teman tapi mesra
akan berubah teman yg kau cinta..:))
p/s..kalau cikgu Rashid baca entri kak ida 'siapakah zainalputra' org yg dimaksudkan beri komen yg betul2 memahami apa yg kak ida rasakan ialah cikgu rashid (komen di entri..'apa kena dgn diriku)..katanya mungkin cikgu rashid merasa apa yg kak ida rasakan..so cikgu rashid jgn bersendrian lagi..segera teman berteman supaya tk sepi lagi.:))
utk siapa ni cikgu?
beshnyer..
kadang2 kita tak sedar kan...
shedap puisi ituu..bagai sedapnya almond biskut yg bakal ku buat:p
eiza in the house
salam eiza. sapa ek? hehe.. tuu ‘adik’ abang ..
MaizaC’joe
salam maiza. uiss ada bunyi ek? mandai je dia ni.
Maiza, a’ahh usik-usikan adalah vitamin bagi segarkan suatu ikatan hubungan.
Okey .. jom jom kita berlari..
Maiza, terima kasih kerana hadir..
bunga
teman tapi mesra .. cam ‘adik’ ngan abang.
bunga, terima kasih.
dayana
hehe.. tak de apa le yna. Maaf, yna tak faham situasi ini. Ada kaitan tapi lain belalang dan padangnya.
Cheryna Pires
sha.. dushhhhhhhhhhhhhhhhhhh (panjang ni.. tapi tak sempat sampai kerna letih puasa)
Zyma Saad
hah!! tengok je nama zyma tentu ada le tu nak kenakan saya ni.
Tak sembunyi mana-mana le zyma. Ada ni. Cuma sibuk sikit. Cutipun banyak habiskan masa kat tempat kerja.
Amboi sedapnya usik orang. Nanti tiba-tiba muncul kat belakang zyma ‘benda tu’ baru tau.
Apapun utk zyma, thanks atas usikan.
Cikgu Adham
Salam adham. cuti? adoii. nama je cuti. Masih banyak habiskan masa kat tempat kerja. Ada kerja yang perlu diselesaikan.
InsyaAllah..
Idalara
Salam kak ida.
ishh.. mana ada kak ida. Saya sukakan dia kerna dia adalah teman tapi mesra. Cam adik je.. Suka bercerita dan berkongsi suka duka. Cuma baru-baru ini dia menyepi. Rupanya ada kisah.
Untuknya saya doakan yang terbaik. Moga segala kekusutan yang hadir mungkin kerana diri saya.. saya mohon maaf. Percayalah, saya masih sama.. teman tapi mesra.
p/s – iyake kak ida. Tentang komen kat entri itu... saya cuba ‘untuk bersama‘.
Nur
Nur, kita tak akan tahu dan mungkin juga kerana kita lupa sesuatu yang berlaku itu bisa mempunyai erti dan tanggapan yang tersendiri. Situasi yang sama tapi pengertian yang berbeza. Ada sesuatu yang hadir tapi mungkin kita tak perasan akan kehadirannya.
hmm hmm. Tak de rahsia le nur. Tuu untuk ‘adik’ abang..
Ila
hah!! dah. Dah agak dah. Makin dekat raya makin menjadi le PJT ni. hehe.
PJT hati-hati masa buat biskut itu. Jangan mata je pandang tapi fikiran terbang melayang-layang tinggi.. nanti jatuh dalam air laut.. terdampar kat pulau..
Saya tak nak tolong. kan PJT ada meow meow .. panggil dia k .
Kasihan meow tu jadi mangsa 'pendengar yang setia'.
Salam Rashid
Uncle pernah alamiya dulu dan diakhirnya kedua-dua kami kecewa sebab sebagai teman tetapi mesra kami pendamkan perasaan masing-masing. Kami takut kehilangan "teman tetapi mesra"
Bila uncle sudah bertunang barulah uncle diluahkan isi hatinya. Nak buat macam mana sudah terlewat!
Salam Cikgu Rashid..,
Wajahnya suram menidak cahaya
berdiam sepi merenung bulan
bintang sepi tertunduk malu
dimanakah gerangan wahai temanku..
namun akhirnya terserlah jua
dibalik kerdipan dikau sapa
membawa senyuman riang ria
hatiku berbunga tidak terkata..
Wahai teman tapi mesra..
Bersahabatlah kita seadanya
tiada yang lebih dan terkurang rasa
masing-masing ada ikatan tersedia ada ..
itulah hakikat yang harus diterima.
Bersabarlah menempuhi dugaan dari yang Maha Esa .
note : saya doakan hanya yang baik dan terbaik menjadi milik CR.
ada orang merajuk kat cikgu ke? hmm...merajuk tu minta dipujuk le tu..cemburu tu tandanya sayang..siapa tu gerangan teman tapi mesra? ramainya peminat cikgu ni.
"DUSHHHHHHH" LMT!!!!
(alamakkk...tersasar le tembakan tuu..tekena dinding :p)
salam cikgu,
teman tapi mesra
dalam diam ada rasa
teman tapi mesra
dalam senyum ada ria
teman tapi mesra
dalam duka ada cinta
teman tapi mesra
memanga ada segala2nya..
hehhehe
selamat =)
Cikgu Rashid....
Usik-mengusik ni sebenarnya adalah salah satu drpd bahan perasa dlm kehidupan kita. Mcm rempah ratus la......kalau terkurang sedikit, tentu la masakan kita akan jadi hambar dan tawar.
sy mmg suka mengusik org.....tapi usikan yg menyenangkan. :)
Mountdweller
Salam uncle
Rupanya uncle juga pernah melaluinya. Tapikan uncle dalam situasi ini saya memang jujur dan ikhlas menganggapnya ‘teman tapi mesra’. Mesra kerana ‘teman tapi mesra’ ini seorang yang terbuka, berani berbicara dan sangat percayakan saya. Kepercayaan yang diberi buat saya sangat menghormati dan menghargainya.
Uncle, sehingga sekarang saya tak pernah terlintas untuk berfikiran lain terhadap dirinya. Sekadar ‘teman tapi mesra’.
Linda
Salam Linda.
Tiba-tiba rasa segan pula dengan Linda. Tak tau kenapa…
Apapun saya perlu ucapkan (dari hati) akan rasa terima kasih saya pada Linda.
Terima kasih kerana menjadi ‘teman’ saya.
Terima kasih kerana puisi yang sentiasa indah.
Bait bicaranya ada ‘sentuhan rasa dan nilai’.
Linda, jangan risau okeh. Saya mampu..
p/s - Linda, hanya kita…
Marzalina
Intan, eeee salah faham pula dia ni. adoii.
‘Teman tapi mesra’ tu ‘jauh tapi dekat’.. hehe. jangan fenin fenin ek.
Ila
Ila kan saya dah bagitau hari tu. Ila memang tak ada bakat menembak. Sering tersasar. Lain kali biar saya ajar ila cara nak menembak. Menembak ni ada petuanya. Jika ikut petua tu pasti bidikan akan tepat..
Tapi sebelum saya ajar macam biasalah kan kan. Mesti ada pengerasnya.. kek puding buahan .. hehe
biru
salam biru.
wah cantiknya bait kata.
‘dalam diam ada rasa.. dalam senyum ada ria .. dalam duka ada cinta..’
ermm ni tentu biru ada pengalaman ni.. boleh nak kongsi?.
Zyma Saad
zyma, usikan zyma sangat menyenangkan sekali. Penuh perisa. Enak je rasa tanpa pengawet. Macam-macam rasa ada.. Ori gitu.
Cikgu Rashid.....
Macam masakan Ikan 3 Rasa la pulak...
Tapi sesekali rasa macam ASTRO .....macam2 adaaaaa. :)
siapakah gerangan nya iteww
Zyma Saad
hehe.. jgn disebut ikan 3 rasa tu. rasa terliur dah ni.. ishh zyma ni.
cubaan..
Rozita
nak tau ke.. 'dia itu sentiasa ada menjengah blog ni'.
lumrah kehidupan..teman tapi mesra..
makin dkt..makin ia terbang...
let by gone..be by gone..
stay da same
Anonymous
KetentuanNya..
Mengenalinya buatkan kita ceria..
Mengenalinya buatkan kita senyum..
Mengenalinya buatkan kita rajuk..
Mengenalinya buatkan kita marah..
Mengenalinya buatkan kita tunduk..
Mengenalinya buatkan kita gagah..
Apapun terima kasih padaNya kerana dapat mengenalinya..
Uik
huhu. puitis betol ni
mendalam maknanya
=)
nadia yuna
uiss mana ada nadia. Sekadar bila hati berbicara je..
salam cekgu,
Ikatan mesra jgn terlerai,
jgn diabai hati yg rajuk,
syukurlah rahsia sudah terungkai,
yg cemburu yg t'sentuh mintak dipujuk.. :)
Selamat Hari Raya cekgu..
Redynne
salam reen
wah comelnya pantun tu (pantun ke tu? hehe).
Reen, tergaman saya baca. Tak sangka.
Cemburu tanda sayang reen ..
Post a Comment