Anak buah sedang menyiapkan peta ..
Sebenarnya aku bukannya ke mana. Cuma macam biasalah – bila tiba masanya kena pergi menyahut panggilan negara. Hampir 2 minggu aku terlibat dengan latihan tentera. Latihan tentera kali ini adalah CW - Conventional Warfare (Satu bentuk peperangan terbuka yang melibatkan penggunaan senjata dan taktik peperangan antara 2 dan lebih negara yang bersengketa).
Latihan tentera kali ini melibatkan Mara, Pertahanan dan Serangan. Semua anggota dikehendaki Mara, iaitu berjalan kaki dengan menggalas pek dan membawa senjata. Perjalanan bermula dari awal pagi dan sampai pada sebelah petang. Adoiii rasa macam nak tercabut kepala lutut dan kaki. Bahu pula terasa macam memikul anak gajah. Berat semacam je. Bertambah seksa apabila matahari panas membaham atas kepala. Tak ada mendung dan tanda-tanda nak hujan.
Bermalam pula kat dalam hutan. Bila bermalam, hujan semacam tau je.. sentiasa turun.. ishh.. Apalagi dengan pacat dan nyamuk hutan yang asyik mencari mangsa. Masa inilah aku teringat kat rumah.. teringat kat katil, teringat duk rileks kat rumah sambil berinternet, teringat kat ‘fresh oren’, KFC dan bagai lagi.. hehe. Lawak betul. Tersenyum aku dalam kepenatan.
Saat yang paling menyeronokkan ialah apabila serangan akhir ke atas kubu musuh dilakukan, di mana ada letupan mortar, tembakan artileri, tembakan GPMG & LMG. Terasa suasana macam perang sebenar. Suasana gamat sekali.
Semasa menyampaikan perintah di atas peta dan model tanah, aku dirakam oleh para wartawan RTM dan akhbar. Tapi memandangkan muka aku disamarkan dan berpakaian lengkap loreng tempur.. so aku yakin ramai yang tidak perasan. Aku sendiripun bila tengok dalam siaran Berita Jam 6 juga tak berapa kenal dengan muka aku sendiri. haha!!
Aku sebaik tamat latihan. arggghhhhh lega rasanya. Terus rasa nak makan ikan siakap 3 rasa & fresh oren.
36 comments:
salam...
askar wataniah erk ?
i baru jer wat mc. wajib bagi kami awam bawah mindef.
menci... kena masuk gak, setelah zahid jadi bos, kehkehekh
ishhh, kesian batman or ke kluangman tuh. tukang bawa baju kasut , bawak keta. huh, kesian...
kat opis i nih ada sorang mejar dan kolonel. kolonel tuh jer ada batman, mejar tuh relax jerk. slow jerk geng ngan jami awam nih,. hehheeh
cikgu..tengok bekalan makanan tu, teringin masa abah dalam zaman navy dulu
Bestnya aktiviti...cgu mmg nampak gagah la dlm gambar tu...rugi tak tgk berita jam 6 tu...sy pun rasa bsemangat nk bertempur dalam ujan...
salam..
adeiii heh heh mantap sungguh... kawe plak thn ni menyepi x dapat ikut lthn tahunan kerana keutamaan tugas di sekolah mengajar budak STPM.. insyaAllah thn depan la dpt ikut heh heh..
tgk gmbar seronok juga wat CW deh.. lama dh x ikut.. igt2 kawe masa Kadet intermidiate dan kadet senior dulu la buat CW dari fasa ofensif dan defensif.. so kalo skrg nk buat CW mungkin dh lupa sikit..
mmg seronok walau pun penat.. ada kepuasan tersendiri... tahniah la cikgu Rashid...
salam..
adeiii heh heh mantap sungguh... kawe plak thn ni menyepi x dapat ikut lthn tahunan kerana keutamaan tugas di sekolah mengajar budak STPM.. insyaAllah thn depan la dpt ikut heh heh..
tgk gmbar seronok juga wat CW deh.. lama dh x ikut.. igt2 kawe masa Kadet intermidiate dan kadet senior dulu la buat CW dari fasa ofensif dan defensif.. so kalo skrg nk buat CW mungkin dh lupa sikit..
mmg seronok walau pun penat.. ada kepuasan tersendiri... tahniah la cikgu Rashid...
tetiberindu nak pegang M16.. masa kat politeknik dulu.. Lala join Wataniah dan penah la masuk pertandingan menembak.. dpt nombor 2.. hehehhe... tp Lala kalah dalam pertandingan yang senapang dileraikan dan suruh dipasang semula... terkial-kial masa tuuu.. heheh.. tp memang best! dah 9 tahun berlalu... tetap dalam ingatan...
WELCOME BACK !!!!!!! HORREEYYY LEH GI MAKAN KFC PASNIH...
tersenyum..mbaca coretan rentetan 2 minggu cikgu...
tak pelah..asalkan cikgu sihat walafiat sudah cukup myejukkan hati..
selamat bercuti:)
Salam Rashid
selamat kembali berblogging.. patut la lama menyepi.. tenggelam tak timbul lg.. kt FB tue.. hee.. kak zu dah tnya... lama betul tak nampak muka.. ingatkan kejap ja training.. saya kalau camping.. pakej 3 hr 2 mlm dah rasa macam nak tercabut semua, ini apatah lg 2 minggu.. emm.. comfirm tak sampai 4hr pengsan.. jumpa di hospital.. hee.. gurau ja.. semua itu pengalaman best.. tak semua dpt rasa..
p/s tak perasan lak berita jam 6.. klu trperasan kan best bleh gak tngok cmna rupa.. hee..
-maiza-
npe kna g latihan tntra??
ckgu an??
salam ukhwah..
wah bro, sgt teruja reading ur story. dah lama x tgk org pkai celoreng tuh huhu..teringat kt plkn lak..hmmm sedey!!
raya ke-3 ni dtg umah kita taw! 29hb nov.. my twin kawen...jgn lupa taw. kalo x muncul yana pi antar bom mortar ke umah hehehe...get ready yerk! bila2 masa jer tuh bley meletup hahaha...
tahniah dah tamat latihan..
awak memang berjiwa kental .
gud luck !
p/s : ... ermmmm....
cikgu..wah..hebatnya cikgu..
nie cuti kene g mana lak cikgu?..
kacak bergaya la Mat Terap ni hehehe...
Linda
Terima kasih Linda..
nak ermm juga..
asyfiqaf
Saya ni 2 alam asyfiqaf.. hehe
Dah lama. Sejak PALAPES ..
Marzalina
Mat terap? eee dushhh.. Intan kan suka mat terap.. kan kan..
dayana
salam yna
Naper pula sedih? Kan PLKN tu bagus. ke sedih kerna tinggalkan kenangan indah?
Raya ke-3? huhuhuuuuuuuu… maaf, saya tak boleh janji yna. Apapun terima kasih banyak-banyak utk yna dan yni atas jemputan.. & kad yang cantik kat fb tu.
p/s - sedang berjaga-jaga utk terima lontaran mortar.. hehe
eiza
Eiza apa yang hebatnya eiza. Biasa je tu.
Cuti ni saya tak ke mana. Sentiasa ada kerja.. & kena buat banyak perancangan untuk tahun depan.
Maiza
salam maiza
oooo maaf. Saya lama tak buka fb tu. adoiii.. Apapun kirim salam kat kak zu tu. Salam rindu saya juga pada kawan-kawan kita sume tu..
p/s – alaa tak akan perasan punya. sebab penyamaran tu terlalu bagus. haha!!
Aliadijamina
Aliaaaaaaaaaa. t.kasih. ishhh itu je dia ingat. KFC… KFC ..
Terasa nak bawa lia pergi latihan sama.. Tentu pengsan 4 ari 4 malam.. Bukannya apa, pengsan kerana asyik makan makanan askar tu. saya confirm..
Cek Lala
Wah hebat rupanya lala. No 2 acara menembak M16. Bukan senang tu.
Lala, kalau nak menang buka pasang senjata tu. Kena banyakkan latihan buka pasang dengan mata tertutup. Pasti lala akan muncul yang terbaik..
Ila
ermm.. saya dapat bayangkan ila dengan senyuman. Senyuman amoi melayu.. larikss!!
Ila, terima kasih kerna doa.
Cikgu Adham
takper. Utamakan tugas utama tu adham. Mereka lebih penting lagi. Jika ada masa dan kesempatan, boleh pergi latihan lagi tahun depan.
CW kali ini penat le adham. Maklumlah mungkin dah lama tak MARA jauh. Tengah panas pula tu. Memang penat tapi puas sangat. Puas kerna dapat bersama anak buah yang pelbagai ragam dan gila-gila.
DUN Behrang
DUN bersemangat juga ek. tapi bertempur dalam ujan lain macam je bunyi tu DUN. haha!!
DUN tentu lebih perkasa kalau bertempur..
Lady B
a’ahhh memang best makanan tu. tapi kalau hari-hari makan dia rasa loyapun ada.
B, cuba tengok beras askar tu. Kalau jatuh atas kepala kucing rasanya terus pengsan kucing tu. hehe
Suka makan bubur jagung askar..
Bluecity
Yup. Saya ada terbaca semua kakitangan awam kat mindef wajib masuk. hah! bagus idea tu. Tentu nampak hebat semua kakitangan kat sana. Penuh kesopanan. kan blue.
demi negara yg tercinta...
ehhh sy suka program lasak mcm nie... nie asyik mendaki gunung aja....
kuina
wah merdunya suara... rasa berdiri terus romaku.. hehe
Salam cikgu....
Macam ni jugak husband saya time latihan ...Kesian saya tgk, setiap kali lepas kursus panjang,mmg kurus jadinya esp. bila takde batman.
Salam Cikgu Rashid....
Zyma muncul kembali. Huhuhuhu.
Wahhhh, Cikgu amatlah kelihatan seperti seorg yg sgt macho....siap dgn t-shirt askar itu.
;) Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Maaf Zahir dan Batin.
muke cam penat jer....
Nurayunni
heehe. Ayunni, memang pic tu muka penat. Masa Mara di bawah mentari panas tu rasa nak terjun dalam kolam renang je & kemudian baring-baring tepi pantai..
Ayunni jom ikut latihan sama..
Cikya
a'ahh saya dapat bayangkan rasa penat itu. Tapi ia menguji kita punya ketahanan mental dan fizikal. Juga menguji akan kita punya perasaan.. sesungguhnya hidup ini tak sentiasa indah. Adakalanya kita perlu 'susah' utk menyedarkan kita akan hakikat sebuah kehidupan.
Zyma Saad
uisss macho? hhehe. Mandai je..
Macho macho juga tapi masa latihan tu rasa nak tercabut je kaki.. badan rasa letih teramat. Tapi lepas selesai segalanya rasa badan 'macho' kembali. ahakssssssss!!
t.kasih zyma.. utk zyma juga.
teringat hero saya. dulu dia camni la. masuk hutan, kena tembak, dan mcm2 lagi. hehe..tapi skrg dan bersara.
Post a Comment