Masa cuti sekolah ini ingatkan dapat rehat sepuas hati tapi rupanya takde dapatnya. Masih banyak aktiviti, tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tapi bagi aku semuanya okey. Sekurangnya dapat berikan satu pengalaman yang baru. Kan dunia ini indah. Penuh warna-warninya. Keindahannya akan dapat kita perolehi di mana jua. Semuanya terletak pada hati dan fikiran kita. Terletak bagaimana cara kita menghadapi dan mendekatinya. Baik semasa berkursus... semasa tengok pantai... semasa tengok gelagat orang-orang di sekitar... semasa tengok rakan-rakan makan... semasa tengok penyambut tamu tersenyum manis... Semuanya indah. Semuanya manis. Itu juga satu pengalaman. kan kan..
Baru-baru ini (6 hb – 9 hb Dis 2009), aku mengikuti Kursus Pengurusan Strategik kat Gem Beach Resort, Batu Rakit, Terengganu. Seronok juga berkursus di Gem Beach Resort ini. Seronok kerana kursus kali ini adalah terdiri daripada pihak pentadbir sekolah Peringkat Negeri Kelantan. Hampir 125 orang peserta. Semuanya orang lama. Penuh pengalaman hidup.
Masa mendaftar kat kaunter, sempat aku selidik no ic peserta satu persatu (nakalkah aku? oh tidak, akukan suka melakukan kajian. Aku rasa itu adalah satu kajian awal. Sekurang-kurangnya aku tau tahap dan persekitaran para peserta). Hasil kajian.. Purata peserta kali ini adalah berumur 48-an dan 50-an. Nampaknya akulah yang paling junior sekali. huhuhuuuuu!!! (kenapa le aku selalu jadi junior?)
26 comments:
heeeeeeeeee
kursus mmg best
dapat ilmu, jumpa kawan2 baru
leh makan 6 kali sehari kat hotel
haaaaaaaaaa
i pun ada kursus kajian strategik
kehkehkeh
isnin hingga rabu i di genting
bengkel kesam
huhuhu
jumpa disana2
heeeeeeeee
Salam Rashid...
saya suka ayat ini.
" semasa tengok pantai... semasa tengok gelagat orang-orang di sekitar... semasa tengok rakan-rakan makan... semasa tengok penyambut tamu tersenyum manis... Semuanya indah. Semuanya manis. "
ewah..ewah... sambil berkrusus sambil cuci mata .
Bagus !
Sebab..minda digerakkan utk kecemerlangan and Mata digerakkan utk kesegaran . kannns..
p/s. now, saya sedang minum fresh orange gelas besar.
moga pengurusan cikgu pada tahun depan lebih stategik dan cemerlang...
"Semuanya terletak pada hati dan fikiran kita"
:) Thank you sebab tolong ingatkan. Jeles tgk gambar org tulis nama blog kat pantai :)
Bluecity
hehe.. tang makan 6 kali sehari tu le yang best. Tapikan demi kesihatan dan badan, kena control. Pejam mata sikit.. Kalau ikutkan hati, nak bedal semua.
wah kursus kat Genting, tentu best.. bestkan kerna cuacanya sejuk..
k kita jumpa di sana. di sana.. sana.. sana.. (ada gema ek)
Linda
Linda, tak salahkan kita cuci mata melihat keindahan alam…
Yes!! Minda cemerlang Mata Bugar..
p/s – now, saya senyum kerna Linda minum fresh orange ‘GELAS BESAR’. hehe..
pstttt lain kali sms dulu bila nak minum fresh orange tau.
Izakhairi
ermm.. iza t.kasih. Moganya.. nak sentiasa cemerlang dalam apa jua yang disentuh..
Salam Rashid
wa.. bestnya.. kursus sana sini.. cuti2 ada aktiviti, dapat kawan br, pengalaman baru.. makan free.. haha!! habis la diet.. duduk tepi pantai.. angin sepoi2.. hujan renyai2.. berjalan menyusuri pantai sambil makan aiskrim.. emm.. segar..hee.. junior?? waw.. best tue.. hebat tue.. semoga tahun hadapan membuka lembaran baru yg lebih hebat, strategi yang mantap.. amen..
-maiza-
chewah!ada gak ukiran kat pasir pantai gitu!
Sy dapat bayangkan cikgu tulis kat atas pasir tu dengan lirikan senyum dan penuh kepuasan walaupun cikgu tahu pasir tu akan dipukul ombak...
lawa betul resort ni. wish to come and stay a night there. hehe.. camne cikgu rashid ni leh join kursus yang majoriti orang nak pencen?
hai..cikgu ye...sama lah kita
"Walaupun dah nak pencen tapi pelbagai idea dan perancangan sedang dirangka untuk memastikan pelajar dan sekolah terus cemerlang. Terdetik pada hati… aku macamana pula?"
cikgu mcm mana pula????
apa kata teruskan wawasan mereka....
dan cantumkan dgn idea2 bernas cikgu utk teruskan dunia pendidikan unggul di mata masyarakat secara amnya:)
(amboi2...feeling mcm sdang berpidato le pulakkkk:p)
salam ziarah..
waw lama x dgr berita.. rupanya bz juga dlm cuti deh.. tahniah la...
Salam Cikgu Rashid....
Zyma dtg ni.....nak kacau Cikgu.
dah makan ke?? Kalau belum, jom la makan. Huhuhuhu.....
Salam Maal Hijrah buat Cikgu Rashid.
nk tgk rmh..letak la pic..kalo btul dpt adiah..heheee
hana
a’ahhh semuanya terltak pada hati dan fikiran. Sukarnya.. indahnya.. semuanya ada pada hati dan fikiran kita hana. Cerminan semua itu terletak pada diri kita.
Jeles jangan tak jeles tau… hehe
Maiza
“… duduk tepi pantai.. angin sepoi2.. hujan renyai2.. berjalan menyusuri pantai sambil makan aiskrim.. emm.. segar…” wah!! cam tau tau je ek? seronok saya gambarkannya.
tq..
Naurah makwa
Naura.. tule. Lama tau ia terpendam dalam hati. so bila ada peluang tu apa lagi.. ukirlah. Lepaskan ia. ehehe
DUN Behrang
Tepat sekali DUN. Memang saya senyum masa menulis tu. rasa puas.. rasa kebersamaan dengan rakan-rakan blogger yang pernah mengukir kat pasir pantai...
Nard indie winkie
Yup! memang comel. Pergi le nard.. tidur kat sana. Tentu fikiran rasa segar bugar. hilang segala resah..
Kursus itu utk pentadbir je.. saya pula? entah camana boleh terlontar kat sana. Sudah ketentuanNya kot. hehe
Liyana
ermm.. sama? apa yg sama tu yana? tapi tak serupakan..
ila
InsyaAllah ila. Moga saya menjadi sebahagian darinya. Bersama memanusiakan pelajar dan warga masyarakat.
Cikgu Adham
salam adham.. macam biasalah. Masa sentiasa terisi dan diisi.. ada je nak dilakukan. Sana-sini..
zyma saad
salam jua
makan? eeee dah jam 1:58 pagi. Mana ada kedai buka ni zyma??? hehhe
zyma,t.kasih ..
mommy otai
rumah ituke? ada snap tapi tak tau betul atau tak umah tu..
hadiah apa tuu.. jangan main buyuq dah ek..
Post a Comment