Jam 10.00 malam tadi. Aku rebahkan badan kat sofa. Perlahan-lahan cuba pejamkan mata. Dan perlahan-lahan juga aku bukanya semula. Kupejam lagi… buka .. pejam …
>>>>>
Aku melangkah masuk ke dalam Library Tun Seri Lanang, UKM. Di paras / tingkat 3, aku ke satu meja. Tempat kebiasaan. Duduk bersebelahan rak buku Jabatan Psikologi. Di sebelah kanan aku pula, terdapat rak buku / bahan bacaan pelajar Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.
Aku mencari bahan untuk assignment. Sambil membaca, sekali-sekala aku memalingkan muka. Berfikir dan mencari idea. Dalam masa itu.. aku terpandang seorang siswi perempuan di satu meja, empat meja dari meja aku. Secara kebetulan, siswi itu turut memandang aku. Dia senyum.
“Amoi Melayu itu lagi. Rasanya dialah yang memandang aku tempohari. Dia selalu duduk kat bahagian rak buku Jabatan Psikologi” suara hati aku berbisik.
Aku terus mencari bahan untuk assignment. Tak hiraukan siswi yang aku gelar Amoi Melayu itu. Aku memanggilnya begitu kerana mukanya muka cina tapi selalu berpakaian baju kurung. Free hair.
Sekali-sekala, aku memandangnya secara curi-curi.
Kemudian … Amoi Melayu itu bangun dari kerusinya. Nak beredar.
Aku memandangnya. Dia juga memandang aku. Dia senyum lagi dan terus beredar.
Aku bingkas bangun. Nak aku tegur dia.
Aku tengok dia turun menerusi tangga walaupun ada lift tersedia.
Semasa menuruni tangga, aku rapatinya. Memberanikan diri menyapa.
“Hai..” aku bersuara. Dia tak balas cuma senyum je.
“Selalu saya tengok awak ada kat sana. Awak dari Jabatan Psikologike?” Aku tanyanya.
“Tak. Saya jurusan Optometrist.” balasnya simple.
“Optometrist? apa tuu?” aku tanyanya lagi..
“Optometrist… tuuu yang periksa mata... cermin mata ..” jawabnya ringkas.
“Doktor mata ek?” aku usiknya.
“Taklah” dia gelak je.
“Awak PALAPES kan?” tanyanya pula.
“hmm hmm.. macamana awak tau?” aku agak terkejut.
“Saya dah lama tengok awak. Selalu datang library. Awak kan pakai uniform tentera pada setiap hari Rabu. Awak juga selalu duduk kat meja itu. ”jelasnya..
Kami terus sembang ..
“Saya rashid… awak?”
“Saya laily. Norlaily.. panggil laily je”
>>>>>
Aku buka mata lagi …
Tiba-tiba rasa rindu pada dia. Banyak sebenarnya kenangan bersama. Kenangan terindah, di saat konvokesyen... dia hadir memberikan bunga.
Aku terputus hubungan dengannya. Terputus setelah aku berangkat – posting ke Sabah. Aku masih ingat, pada waktu aku nak berangkat itu… aku menerima panggilan darinya. Panggilan jemputan ke majlis perkahwinannya. Dia tidak tau, ketika itu aku berada di Airport, KL menunggu masa memasuki flight. Aku hilang bicara. Hanya ucapan tahniah aku hulurkan.
Kini, dah berbelas tahun aku tak jumpa dirinya. Aku ada juga merisik khabar dari teman-teman semasa sama-sama belajar dahulu. Tapi hampa. Hanya namanya yang masih aku ingati, Norlaily Zakaria, budak optometrist. Kalau tak silap dia tinggal kat Damansara.
Adakah aku masih berpeluang untuk bertanyakan khabar dirinya? Bagi aku, dia seorang kawan dan sahabat yang baik. Sering berkongsi kisah, bertukar pendapat dan memberi motivasi.
42 comments:
Terkesima..itulah detik hati berkata bila membaca coretan ini...
sertamerta ingatanku kembali kepada dia..pernah ku coretkan juga di ruangan ini...'cinta pertama di zaman remajaku'
UKM bila disebut, bila ku melintasi di hadapannya, bila berhenti di sebelahnya aku pasti teringat dia..cinta pertamaku yang tk kan pernah terpadam dari ingatan dan hatiku...nama yang masih segar dalam ingatan Azizul Aziz..hingga kini aku masih mencari dan mengharap kehadiran dia semula..kalau bukan sebagai seorang kekasih cukuplah sebagai seorg sahabat sesama Islam...
ps...wah...terlebih sudah pulak....memang sukar melupakan seseorg yg pernah buat kita bahagiakan cikgu...dan cikgu cepat2lah mencari calon suri hidup supaya dapat mendengar suara tangisan dan gelak tawa seorg bayi comel....
salam ziarah dari akak..bezanya ruper masa muda..tahniah yer..
waaah jarang pegi situ. jauh la dari kiy :(
cikgu rashid,
kenangan adalh suatu yang berharga
apa lagi masih ada rindu untuknya
walau tiada tercatat dimana
namun di hati akan abadi
biarlah ia kekal dihati
selagi tiada kenangan yang mampu mengambil alih tempat itu...
soal hati ...
bukan boleh dipaksa datang dan pergi
semoga cikgu bahagia dan senyum selalu
salam...
masih mencari sinar bintang
cikgu rashid,
kenangan adalah suatu yang berharga
apa lagi ianya masih ada rindu
walau tiada tercatat tersurat dimana
ianya kekal abadi dihati
teruslah berada dihati
kalau itu bisa bahagiakan...
sehingga ada kenangan yg akan mengambil alih tempat nanti...
salam,
masih adakah kerdip bintang untukku
so sweet.kenangan terindah memang susah nak lupa
:)
lama tak singgah sini cikgu...
Idalara
Kak ida.. begitulah kak. Kita diberikan satu kenangan yang indah olehNya. Satu perjalanan yang perlu dilalui…
kak, seronokkan kalau kita dapat jumpa semula sahabat yang pernah bersama.. suka duka.. tapi entahlah boleh jumpa lagi atau tak. Kenal lagi atau tak ..
ermmm ..
Kak ina kl
haha!! masa itu hari-hari saya berlari.. PALAPES katakan..
Alynn notnot
alynn. pergi library ukm k.. sana best sangat!! rasanya mau kembali menjadi student UKM.. mengimbau memori ..
blueCity
Biru, rindu pada kenangan indah bisa buatkan kita berfikir sejenak. Fikir tentang hidup dan kehidupan. Singkatnya sebuah perjalanan. Ia seakan-akan masih bersama kita. Baru semalam rasanya ..
KekuasaanNya meletakkan diri kita seadanya.. dulu hingga kini. Semuanya kita akan lalui.
rathiqah azmira
yup.. sweet sangat.. rasanya baru semalam saya pergi kat library itu. Segar je.
Nur
Nur.. moga nur okey.. tenang .
cikgu,
ingatkan last en3 tu tertulis " dan dialah yg menjadi suri hidupku kini" hehehe
hihiiii, tak bercinte ke? heeee ;))
semoge laily ade bace entry ni.
mudah mudahan ;)
Wahhh...sayu ja baca entry ne cikgu...dia hntr msg time tu cikgu nak g sabah eh.....cikgu bawa dri...ehhehe..lawak ja...so suwit...dia bg bunga...
salam tuan rumah..
Alahai..biarkanlah masa tu berlalu dgn tenang..setiap apa yang berlaku ada hikmah, ada kekuatan..dan kelemahanya diri kita sbg hambanya..
memandagkan dia sudah berkahwin maka rasanya tak manis skli anda terus mcri dia..bukan apa nti buruk sangka pula si suaminya nnti..biarlah kdaan dan pertemua tu Tuhan yang menentukan itupun jika dgn keizinan dari yang Maha Esa.
sesekali bila kita sndirin mmg mengasyikan buat hati terhibur dabn berbunga ceria
ttp kita juga harus sdar bhwa dia bukan milik anda lagi seperti dulu2
mengulit kenangan indah mmg trasa manissnya saat tu.tapi tanpa pertemuan itu mungkin kenangan itu jugalah tak akan menemukan antara anda dgn si dia.
kuatkan semanagt..tegarkan hati bhwa anda juga mmg berhak utk memiliki bhga sperti dia..
doakanlah kbhgian dia Insyallah dia akan mendoakan kbhgian anda pula.
Assalamualaikum Rashid
ermm.. kenangan indah yg tidak mungkin di lupa.. mayb juga cinta pertama.. tak apa walau tak dapat hidup bersama meneruskan perjalanan ingatan sebagai rakan dah cukup indah kan.. bila baca bingkisan ini.. terkesan di hati.. ya begitulah kan tulisan yg lahir dari hati.. moga sihat, ceria selalu sentiasa berada dalam redha Allah....
Rashid.
Amboii... kenangan mengusik jiwa .
Sejujunya, ada touching sikit n3 awak kali ini . It's okeh . Proses biasa dalam kehidupan bila mana tiba-tiba kerinduan itu tiba .
RINDU adalah sesuatu yang unik, sukar utk di rungkaikan , namun pengertiannya sangat mendalam .
seronoknya baca bicara hati seorang cikgu ni..bahasa tersusun..cam baca puisi lak..suka! ^_^
try search kt FB la, mesti jumpa! ^_^
oohh kenangan UKM! kite pun study ukm gk dulu..huhu..menggamit memori! manis bila dikenang! rindu pun datang.. ^_^
Lainnya cikgu rashid zaman muda-muda dulu... tapi yang pasti zaman skrang lagi hensem dari zaman dulu..hehe...
cikgu..selamat hari guru!!.. jangan nakal2 tau di hari guru..hehehe
rumah kuning
hehe.. satu gambaran ceria dari rumah kuning.. happy ending ek..
Nur Al-Ain
Ain.. taklah. Sekadar berkawan je. Sering bertanya khabar dan berkongsi pandangan. Tak lebih.. tak pernahpun bicara tentang hati.
Kalau dia baca.. pasti dia akan ingati ..
HoneyBunny
Ilaaaaa…
Ikhlas ila, memang saya hilang kata saat itu. Terasa bagaikan segalanya menjauhi diri dari saya. Saya hilang semangat. Masa yang sama, saya juga kehilangan ...
.. tapi kaki terpaksa melangkah. Hanya doa kekuatan yang saya bawa bersama.
suri cahaya cinta
‘… dia bukan milik anda lagi seperti dulu-dulu’
hmm hmm .. saya memahaminya suri. Sangat memahaminya. Saya bukannya apa.. hanya ingin mendengar khabar dirinya saja. Tak lebih. Percayalah..
Suri jangan risau k. Sayakan seorang yang sentiasa tenang.
Suri.. terima kasih ..
MaizaC’joe
Maiza, entri ini seolah-olah satu kenangan bergambar yang masih jelas pada saya.
Kebaikan, keterbukaan dan 'keberanian' seorang sahabat .. bisa berikan satu ingatan yang rasanya tak mungkin dapat dilupai.
Mamalieyna
Bahasa tersusun? hehe.. iyake mamalieyna. Tak adalah.. bahasa spontan je tu.
Search kat FB? memang saya dah search. Ada kuar nama yang sama tapi bukan dia. Saya kenal dia..
Linda
Linda.. siap ngan touching ek. Macam Akademi fantasia pula saya dengarnya. hehe. Ada je..
Saya tau. Linda juga pernah kerinduan. Dan saya yakin semua orang ada kerinduan pada saat dan detik tertentu. Semuanya pasti mengamit rindu.
Saya melihat perasaan rindu itu satu anugerah dariNya. Ia sesuatu yang indah.
Afida Anuar
uissss kesitu pula dia ni.. dushh dushhhhhhhh (ngan lembutnya..)
Afida, terima kasih ucapan itu.
Singgah awal pagi ni nak ucap Selamat Hari Guru cikgu!
Perpustakaan
hanya sunyi dari perbualan dan borak-borak..
tapi tak pernah 'sunyi' dari kenangan...
Kenangan mengusik jiwa.
Cikgu..
SELAMAT HARI GURU..
(^_^)
Cikgu..
SELAMAT HARI GURU..
(^_^)
DUN RANI
DUN.. terima kasih ..
BEIB
iya beib. Kat sana rasa sepi tapi indah sebenarnya. rASA bahagia je bila tengok buku-buku.. hehe
Wawa Nadwa
terima kasih wawa..
salam cikgu,,
alhamdulillah... selamat hari muallim buat saudaraku.. semoga anda mantap sokmo hehehhe.. cuti senkoloh pjg ni wat gapo.. insyaAllah kawe start cuti 28may ni sampai 20jun selama 3 minggu.. kalau ada rezeki nnt kita akan berjumpa d kuala krai deh
Salam Cikgu Rashid.....
Zyma dtg nak ucap Selamat Hari Guru.....
Semoga Cikgu Rashid terus m`jadi seorg p`didik / p`bimbing yg ikhlas dan b`tanggungjwb, Insya Allah..
:)
rindu itu anugerah tuhan...
tak salah jika kita merindu..
intan pun sering merindu...pada kenangan manis2 yg kini berlalu..
Cikgu Adham
Iya. sama-sama kita..
cuti sek.. ermm.. adale tu. Rasanya nak berkebun apa ke.. ehehe
insyaAllah ..
Catwoman
salam
Terima kasih zyma.. insyaAllah
Marzalina
iya intan. Satu anugerah dariNya.Rasanya kalaulah perasaan rindu itu tak hadir maka tak sempurna rasanya keadaan diri..
kan intan ..
Post a Comment