Petang - borak-borak dengan seorang kawan. Masing-masing bercerita pelbagai kisah. Aku senyum bila kawan aku yang juga seorang cikgu itu bercerita tentang anak-anak muridnya yang agak nakal sedikit. Murid-murid darjah satu katakan.
Kawan aku ini mengeluh tentang murid-murid kelasnya yang selalu saja kehilangan pensil. Mereka bising dan selalu menuduh antara satu sama lain bila ada yang kehilangan pensil.
Dalam usaha mengawal keadaan anak muridnya yang bising itu, kawan aku ini cuba menasihati anak-anak muridnya agar berkelakuan baik.
“Murid-murid boleh tolong diam. Murid-murid tau tak… segala amalan dan kelakuan kita ada yang duk perhati. Maksud cikgu, setiap orang, setiap kita semua ini ada 2 Malaikat yang sentiasa bersama kita. Sebelah kanan kita ada malaikat. Begitu juga sebelah kiri kita (sambil menepuk bahu kanan dan kiri)”
“Segala kelakuan kita akan ditulis oleh dua Malaikat ini. Malaikat sebelah kanan akan tulis segala amalan baik kita, kelakuan baik kita, perangai baik kita. Malaikat sebelah kiri pula akan tulis segala amalan tak baik kita, perangai tak baik kita seperti ambil barang kawan-kawan.... bla bla bla … ”
Habis je kawan aku itu beri ceramah santai, tiba-tiba spontan je ada seorang anak muridnya bertanya.
“Cikgu... kalau kita urut bahu abah kita. Kita picit bahu abah kita. Maknanya kita urut dan picit Malaikat itu juga kan cikgu?”
????? (Kawan aku itu terus senyum dan gelak … )
Aku yang mendengarnya juga turut gelak. Terdetik akan betapa bersih dan lurusnya pemikiran kanak-kanak darjah satu.
16 comments:
kanak2 memang lurus dan bersih fikirannya..dan rasenye dah pandai memahami..
cthnye anak saya yg dejah 2 tu..harini dia akan mintak mcm2 pada saya..umi nanti beli buku itu, beli ini..
esoknye pulak dia akan ckp..eh! umi x payahla susah2 beli buku tu..nanti umi takde duit plak nak bayar =)
suwit jer bila dengar..haha!
nasib baik murid dia tak ckp, malaikat ke yg amik pensil tu cikgu? hehehehe.....
daku pun tergelak...
daku pun tergelak...
Aduhaii budak-budak...
Cikgu..entry lepas buat saya menangis...entry ni buat saya ketawa...hehe...
opss..nak tengok saya menangis? no no no no...maluuu...
dah tua2 ni fikiran dah tak bersih ye.
Malaikat yang dengar pun tersenyum . hehe
Salam Rashid, harap awak sihat .. (tentunya kann..kannn )
mcm anak sdara saye la cikgu..drjah satu jgk..pemikiran melampaui batas fikiran yang tak terfikir dek akal kite..
makdara Terdiva
Bagusnya ada anak yang memahami macam tu .. cepat kaya kalau macam tu. hehe
eMMe
haha!!! eMMe buat saya ketawa sakan .. ada ke cam tu. Ni tentu eMMe masa kecik-kecik dulu ni..
Rozita
itulah. Spontan je kan..
Afida Anuar
uisss macam pelakon pula saya ni. Kejap buatkan orang nangis.. jap buatkan orang ketawa. Apapun itu tanda Afida punya hati yang baik, sentimental ..
.. nangisle .. jap je nak nengok .. bolehle.. (jahatnya cikgu rashid ni)
Bungakopi
iyake? orang kata makin tua sepatutnya macam Tun Dr Mahathir.. genius..
ryann
ermm .. sweet …
Linda
hah! bahaya tuu.. senyum????? ishhh Linda ni…
saya sihat je Linda. Macam Linda kenal dulu dulu juga. Masih sama tak berubah .. (psssttttttttttt .. kita-kita je tau. janji tu)
lalink
yup fikiran mereka tu buatkan kita tak terjangka kadang tu lucu terkejut pun ada..
Post a Comment