Followers

25 August 2010

Segan masuk bilik cikgu rashid. Nanti sok sek sok sek …


Tadi semasa kat Dewan Utama, aku disapa oleh seorang teman sekerja, Zulaikha (ikha). Cantik bergaya orangnya. Selalu jadi usikan dan gurauan teman-teman sekerja. opss!! maaf ikha. ampun!!!  - harap-harap ikha tak baca entri ini.

cikgu ikha

“Cikgu Rashid… cikgu Rashid masih aktifkan berblog?. Nak tanya ni, apa perasaan cikgu rashid bila ada blog sendiri?”

“Perasaan bila ada blog? ermm ..  saya rasa biasa-biasa je ikha”

“Maksud saya, tentu cikgu rashid rasa lebih motivasikan? Ada ramai pembaca…”

“ramai? ishhh ikha ni. Mana ada… hehe. Sebenarnya begini ikha. Bila kita ada blog, kita rasa ada sesuatu perkongsian di sana. Kita luah dan bicarakan sesuatu yang boleh kita sama-sama kongsi dan renungi. Kat blog, kita juga ada teman-teman alam maya. Ada yang kita boleh kenal. Maksud saya pembaca yang ada blog jugalah. Tapi ada juga yang di balik tirai. Pembaca senyap…”

“A’ahhh macam sayalah. Saya selalu baca blog cikgu Rashid tapi tak pernah beri apa-apa komen. hehe”

“oooooo iyake. ishhh ikha ni. Malu saya. Entah apa-apa entri kat blog saya tu”

“Blog cikgu rashid okey. Saya suka baca. Cikgu rashid sempat berblog walau sibuk …”

“Takdelah. ikha, bila kita dah ada blog senang je sebenarnya. Tak perlu ambik banyak masa untuk buat entri. Ada sesuatu…  kita taip… tak sampai 10 minitpun. Kemudian kita publish.  Itupun tak sampai 2 minit”.

“a’ahh kan. Saya ni duk asyik guna facebook je. Terlalu terbuka pula rasanya kat sana. Rasanya kat blog lagi baik. Ilmiah sikit…”

“Yup! bagi saya, facebook dan blog ada lebihnya masing-masing. Sayapun ada facebook juga. Tapi lebih suka blog. Kat blog kita boleh bicara sesuatu isu, apa-apa je le dengan lebih baik. Ada unsur-unsur ilmiah sikit. Dapat berkongsi dengan teman-teman walau tak pernah bertemu. Tapi boleh bertemu tau kalau nak ikha. Janji dua-dua nak… hehe”

“ooooo iyakan. Sebenarnya saya suka blog. Nak juga ada blog tapi tak berapa mahir”.

“alaaa pergi je bilik cikgu Rashid. Bawa kertas. Biar cikgu Rashid ajar. Tunjuk cara-cara…” Sampuk seorang teman, cikgu Shai yang dari tadi asyik duk dengar kami berborak.

“Itulah nak juga belajar. Tapi segan masuk bilik cikgu Rashid. Nanti sok sek sok sek.  timbul gossip.. hehe”

 “Mandai je ikha ni. hehe”

 p/s - seronok rasanya punyai teman dan sahabat yang sudi borak dan berkongsi pendapat ...

18 comments:

Linglung said...

boleh la nanti ajar subjek 'blog' pulak kat sekolah...hehehe

eMMe said...

kim salam kat cikgu Ikha...

Unknown said...

hehe...btul2...kalau belog kita boleh luahkan kat sini..kira ada medium utk kite zahirkan perasaan kita..:)

Anonymous said...

btul ckp ikha tu..blog cikgu rashid blog ilmiah..byk ilmu yg boleh sy kutip disini.. :)

blog saya plak cacamarba..haha

Marzalina said...

hehe..intan skang malas plak nak update blog...kadang2 cam xda idea..tapi intan ttp setia berkunjung ke sini..wlupun kekadang tak sempat nak tinggal jejak =)

Afida Anuar said...

Belajar dari sifu blog tuhh..

woww cikgu rashid....ehem ehem..hehe..

yeap..fida pun rasa macam tu. Ada blog walaupun tak boleh luah semua benda, at least we share something rite..and sharing is caring;)

Rashid said...

Linglung
hehe.. okey juga tu. Setiap guru ada blog masing-masing.. salah satu cara utk guru dekati pelajar..

Rashid said...

eMMe
okey. Nanti saya sampaikan..

Rashid said...

echah mashuri
hmm hmm.. kat blog kita dapat luahkan apa saja. Kongsi sesuatu yang kita rasa nak kongsi. Gelak tawa kita kongsi.. sedih sepipun kita kongsi..

Moga segala apa yang kita kongsi itu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada diri sendiri dan pembaca..

Rashid said...

makdara TERDIVA
ermm.. wah puji saya tuu.. hhehe. Apapun terima kasih MDT. Saya hanya salah seorang daripada kita semua yang mengambil bahagian di alam maya… sedikit perkongsian bicara..

blog MDT apa kurangnya.. spontan jujur gitu…

Rashid said...

Marzalina
a’ahh itulah. Saya tengok intan kurang update.. sibuk le tu..
Sibuk beribadat di bulan ramadhan ek. bagus tuu intan.

terima kasih kerna selalu kunjung umah saya intan ..

Rashid said...

Afida Anuar
ehemm ehemmm… dushhh dushhhhh … saja je fida ni.
comel ayat, sharing is caring..
Moga kita semua terus berkarya..

Solehah said...

setuju dengan cikgu. blog ni lebih kepada perkongsiaan untuk kita sampaikan ilmu, kongsi pengalaman.. :)

Rashid said...

Solehah
yup! sekadar sedikit perkongsian. Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya. ;)

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu...betul tu...ila pun suka berblog...macam2 ragam dan jenis blog yang ada...ada tentang life masing2 dan ada yg berilmiah...ila pun suka berblog sebab dapat kongsi pendapat dan beri komen...apa yg kita tak tahu pun jadi tahu kan cikgu....;-)

Adinda Amy Sensei said...

salam cikgu rasyid....

apa khabar..
moga sihat selalu di sana...

SALAM RAMADHAN YANG INDAH BUATMU..

Rashid said...

Honeybunny
iya ila. Kita hadir sekadar berkongsi sesuatu .. kan perkongsian itu amat baik sekali untuk kesegaran minda ..

Rashid said...

Cik Amy sensei
salam
Saya baik baik je.. sedang senyum ni kat amy ..

ermm cantik kata-kata… terima kasih..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search