Tadi solat terawih. Sebaik je nak solat witir, tok imam bangun dan mengingatkan jemaah akan bacaan qunut. Tiba-tiba menyahut seorang kanak-kanak dari belakang.
Kanak-kanak: “Doa qunut panjang ke doa qunut pendek?”
Aku dan jemaah memandang satu sama lain. Ada yang senyum. Ada yang menggeleng kepala..
Dalam hati aku, itulah kuatnya pengaruh cerita lawak kepada kanak-kanak.
12 comments:
alamak hai..apa nak jadilah..
pd jat xde yg lwak,sng sgt diorg d pengaruhi skrg.harus lg rsau kot
he he..budak-budak..budak-budak..
Assalamualaikum,
cg.Rashid, saya membalas kunjungan...
Kuatnya pengaruh cerita lawak kepada kanak-kanak... dan
Ia sebenarnya kenyataan peribadi kanak-kanak sekarang ... berani menyuarakan apa sahaja. Ada kebaikan dan keburukan
Biasa lah kanak2 apa yg membuat mereka gembira dan seronok tu paling mereka ingat dan mudah masuk..
wiwin
hehe .. senyum saya .. budak-budak katakan
zati embong
Ya jat. Dorang budak-budak ni gitulah ..
Afida Anuar
a’ahh fida. budak kan .. apapun baguslah diorang datang solat terawih ..
Naeblog
Budak sekarang amat berbeza ngan kita dulu-dulu .. Takde lagi nak takut risau apa ..
Mah@Mahu
Cerita tu rasanya dari orang tua .. budak-budak dengar dan terikut je. hehe
salam cikgu,
maafkan saya jika ada salah kata dan tulisan..
semoga cikgu sihat dan bahagia selalu. amin
wassalam
city
biru .. takde salahnya biru pada saya. saya juga mohon maaf jika tercuit hati biru..
Post a Comment