Followers

10 December 2011

Blog aku dicerobohi agen CIA ?

3 hari rasanya aku tak buka blog. Tiba-tiba tadi buka .. terkejut betul aku! Blog aku telah berkecamuk. Settingnya lari? Layoutnya lari?

Pelik juga aku. Padahal aku tak pernahpun usik atau edit kod HTML nya. Tambahan lagi aku ini bukannya pandai bab-bab mengedit guna kod html. Pening ..sakit kepala aku bila tengok kod-kod html itu semua!!. Sebab itu kalau sesiapa yang dah lama bersama dengan aku (maksud aku bersama blog ini), iaitu sejak aku mula berblog pada Mei 2008 rasanya layoutnya sama je. Tak berubah!!

 Nah! settingnya lari le .. ayoyo amma appa ..

Aku masih tertanya-tanya ..

Blog aku diserang makhluk asingke? atau oleh agen James bond? Agen Mossad? atau settingnya boleh berubah bila-bila masa je dia suka? Atau kerana layoutnya dah terlalu lama sangat aku guna? Tak pernahpun aku tukarnya dengan layout yang baru?

Alaa janganlah begitu brother!. Blog aku ini bukannya blog politik! Bukannya blog penuh kontroversi! Bukannya blog yang suka hentam menghentam orang!

Aku ini berblog takde niat nak glamorpun. Blog ini hanya tempat untuk aku suarakan rasa hati. Suara hati tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tentang kasih sayang. Tentang nilai yang perlu ada dalam sesuatu perhubungan. Tentang perlunya menyapu air mata andainya diri terluka dan kecewa. Tentang perlunya diri melangkah gagah. Jangan cepat menyerah kalah walaupun pernah dihina dan rebah ..

Blog aku ini sekadar berkisar tentang apa yang aku lihat, apa yang aku baca, lalui dan alaminya sendiri. Semuanya aku sentuh dan cuba mengulasnya dengan penuh sopan santun. Bahasanya aku lembutkan. Nadanya aku santaikan .. sempoi lagi tu ..

adoii .. camana ni? 

Terlintas di fikiran ... andai tertutup tirai sufi ..  

14 comments:

Lady Windsor said...

Aikk saya boleh access blog Rashid ni macam biasa, apa yang berubah ya...ke saya yang tak perasan..??

Tirana said...

memang berkecamuk..setting semua lari.. Cikgu Rashid tukar la template baru.. tak susah pun.

RHI said...

akak pun tak perasan mana ni..tapi kalau rasa yang tek kena, kena bedah siasat ni ahaa...

cik jue tomey said...

ala...cian awk..nape lak leh jadi cmni..ish2...dah jd kaler putih dh..erm...tkpelah,adjust blik eh...

Rashid said...

Lady Windsor
Memang boleh access tapi settingnya lari .. putih bersih .. tiangnya masuk kat dalam .. adoii ..

Rashid said...

Tirana
a’ahh. Kak Tirana tentu perasan ..
template baru? ermm .. nanti nak cuba godek –godek ..

Rashid said...

yatie awang
tuu ada gangguan kat post entri .. kat side bar pun ada .. ada yang hilang terus .

Rashid said...

cik jue tomey
entahle cik jue .. virus perosak kot ..
takper .. nanti nak tengok apa masalah ..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kak Ani pernah juga kena dulu bila guna google chrome tapi bila guna internet explorer oleh pulak.

Akak biarkan saja, lama dia okey sendiri.

Cuba2lah tanya mereka yang tau.

Mardhia Yusof said...

da ok semula ke layout?
mcm normal layout..
pe kabar?
harap sehat hendaknya..;)

Rashid said...

kunang-kunang
ooo iyake gitu kak ..

Kalau okey takperlah. Kalau tak .. bertahun dia .. hehe

si camar putih said...
This comment has been removed by the author.
LadyBird said...

setuju ngn kak tirana..
tukar templates baru..

Rashid said...

Ladybird
okey lady .. nanti saya tukarnya. tq ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search