13 hb Mac 2013 (Rabu) – online internet kat rumah. Tak
dapat. Tengok router. Lampu internet tak bernyala. ishh ..
14 hb Mac 2013 (Khamis) – cuba berkali-kali. Tak dapat lagi.
Sabar .. kata hati, “mungkin masalah line kot..”
15 & 16 hb Mac 2013 (Jumaat & Sabtu) – Cuba lagi.
Masih gagal. ishhh ..
17 hb Mac 2013 (Petang Ahad) - Tanpa buang masa aku terus
hubungi 100. Cerita masalah & buat aduan. Operator terus bagi no report
1-5683846625. Katanya tindakan akan diambil dalam masa 24 jam.
18 hb Mac 2013 (Isnin) – masih tak dapat online. Terus ke KEDAI
TM POINT. Buat aduan kat kaunter. Menurut adik manis kat kaunter tu, laporan
aku sebenarnya telahpun direkod & ada kat dalam komputernya. Juruteknik juga
telahpun dimaklumkan. Mungkin tindakan belum diambil kerana kekurangan
juruteknik. Sabarlah katanya. Dalam hati aku, “adik manis, diri ini tak boleh
sabar lagi. Banyak kerja terbengkalai dek tak dapat online internet”.
gambar sekadar hiasan
Aku terus minta no handphone juruteknik dan dailnya ..
“assalamualaikum .. ni juruteknik Die ke ni?”
“iya … sapa ni?”
“Ni cikgu le Die. Cikgu rashid. Nak tanya sikit ni Die. Ni
masalah rumah saya tak boleh online internet .. bla bla bla”
“Cikgu tinggal kat mana?”
“Taman orkid. Sebelah Kolej Vokasional”
“oooooooooooooo maaflah cikgu. Sebenarnya area sana semua
tak boleh online. Kabel kena curi!!”
“iyake? adoiii .. berapa lama baru boleh online ni?”
“Lama sikit le cikgu.”
“hmm hmmm .. takperlah kalau begitu” suara nada aku kecewa
teramat.
Dalam hati aku, “CIIILAKEEEEEEE PUNYA PENYAMUN. MENYUSAHKAN
ORANG JEEEE”
21 hb Mac 2013 (Khamis) – masih tak boleh online ..
p/s – Hidup tak selesa rupanya bila tak boleh online
internet … kerja juga terganggu ..
6 comments:
nasib baik celcom baik-baik je.. :-)
bil kena byr. itu yg lagi geram.
cikgu gunalah line lain..... memang pengsan takde internet ni... mujur kg saya ni boleh access internet kalau tak jadi atung cendana..hehehe (sekarang kat area Felda...)
blog tips kurus
saya guna wifi kat umah .. bila kabel kena curi habisle. Nasib baik sekarang dah okey ..
Rumah kuning
itulah kan. tension tau bila tak leh internet.. banyak kerja sek yg perlu online tak boleh guna ..
anis Abdullah
sy guna line wifi kat umah .. kat sek wifi juga tapi tak sempat nak beronline kat sek ..
Bila tak boleh online, memang rasa nak pengsan guling-guling. hehe
Post a Comment