Aku
masih hairan … walaupun fatwa dah lama dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
bahawa merokok itu haram tetapi mengapa masih ramai lagi yang menghisapnya?
Aku
masih hairan ... walaupun beberapa hari
yang lalu, dedahan kajian terhadap rokok oleh Profesor Kesihatan Masyarakat
dari Universiti Sydney, Simon Chapman amat mengejutkan tetapi masih ramai lagi
yang menghisapnya.
Kajian Membuktikan Terdapat Darah Babi Pada Penapis (Filter) Rokok
Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.
Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap
merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan.
Aku
masih hairan … hairan jika masih ada
lagi yang menghisapnya. Mungkin pelbagai alasan akan diberikan oleh si
penghisapnya untuk terus ‘menghalalkan’ aktiviti menghisap rokok ini. Ini sudah
pasti …
Aku
masih hairan … fatwa “merokok itu haram”
masih tak haram di kalangan segelintir tok-tok imam dan tok-tok bilal yang
masih lagi menghisapnya.
Aku
masih hairan …
4 comments:
Salam Ramadhan utk Rashid sekeluarga :)
Terima kasih sang ratoo ..
Apa nak dihairankan..
kerana perkara yg dilarang itu la sukaaa.. n seronokkkk sgt dibuat...
hhehehe...
Salam Ramadhan Cikgu Rashid..
lama betul tak singgah blog cikgu...
Selamat berpuasa!
vapor lak diharamkan hhehehee
Post a Comment