2 malam lepas .. malam 27 .. selesai solat terawih 8 rakaat, ada sedikit ceramah kat Masjid. Ceramah berupa kisah yang menimpa umat Islam di Syria. Kisah itu disampaikan oleh seorang imam dari negara Syria (maaf, lupa nama). Ceramah disampaikan dalam bahasa Arab, diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh salah seorang pengiringnya. Ceramah yang disampaikan dan diiringi tayangan video .. Tayangan video berkenaan .. tak pernah aku tengok kat mana-manapun. Kat Youtube pun tak ada. Sungguh mengerikan dan memilukan hati.
Video itu merakamkan kematian dan kesengsaraan beratus-ratus ribu
umat Islam di Syria. Baik anak-anak kecil, orang dewasa, wanita mahupun lelaki.
Mereka semua menjadi mangsa keganasan dan kekejaman tentera durjana Syiah Bashar
al Assad.
Salah satu video itu memaparkan seorang tentera Syiah Bashar
al Assad menikam-nikam kepala dan muka seorang penduduk Islam sunni dengan
pisau. Ditikam muka itu dengan lajunya .. ditikamnya berpuluh-puluh kali
sehingga terangkat-angkat muka .. sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya yang
lain.
Sungguh kejam sekali! Jika sanggup tengok – boleh le klik
Imam dari Syria itu berkata: Tentera Syiah Bashar al Assad
itu menikam sebegitu kerana sifat dendam dan pegangan mereka bahawa ‘darah ahli
Sunni adalah halal bagi mereka’ dan ‘mungkin penduduk Islam sunni yang ditikam
itu namanya ada persamaan dengan nama Abu Bakar atau Umar atau Othman … kerana ketiga-tiga nama sahabat nabi itu
adalah sangat dibenci oleh mereka, tentera Syiah.
Aku perhatikan Imam dari negara Syria itu .. sambil mengisahkan
sambil menyapu matanya yang mula kemerahan …
Dan ketika imam itu mengimani solat witir dan di kala bacaan
doa qunut, terasa begitu syahdu sekali. Terasa begitu sebak di hati. Bagi aku, itulah pertama kali aku mendengar
bacaan doa qunut dalam solat oleh seorang imam yang begitu menyentuh hati.
Sama-samalah kita membantu dengan memberikan sedikit sumbangan
kepada saudara Islam sunni kita di Syria dan berdoa
moga tentera Islam Mujahideen di Syria beroleh kemenangan ..
p/s – bacalah kenyataan Syeikh Yusof Al-Qardawi secara live
tentang bahayanya Syiah kat youtube …
No comments:
Post a Comment