Petang tadi terima
sms ..
sekadar hiasan
Assalamualaikum ..
Satu kejadian samun
telah berlaku di fasa1, Negeri 9 di mana seorang lelaki India menyamar sebagai
kakitangan serta berpakaian TNB telah memperdaya tuan rumah dengan alasan perlu
memeriksa peralatan elektrik di dalam rumah. Apabila dibenarkan masuk, lelaki
India tersebut telah mengikat mangsa dan mengambil barangan berharga.
Modus Operandi:
penyamun akan menyamar dengan berpakaian rasmi spt TNB, SYABAS, TELEKOM DLL.
Serta memberi seribu satu sebab untuk cuba masuk ke dalam rumah. Sila
hebah-hebahkan kepada ahli keluarga dan kenalan ..
Uisss ..
kalaulah benar .. parah ni ..
Nampaknya
penyamun makin ligat. Pelbagai taktik digunakan.
Kalau
sebelum ini selalu juga dengar dan baca bagaimana ada yang berani menyamar
berpakaian polis, menahan dan kemudian memeras serta meragut mangsa. Malah ada
yang mencabul mangsa. Al-maklumlah, kebanyakan orang bila ditahan polis mulalah
mengelabah, tambahan kalau ada buat kesalahan walaupun kesalahan itu hanya
kecik je.
Tapi kini
mereka berpakaian TNB, SYABAS, TELEKOM … ini yang selalunya kita tak sangka.
Biasanya kita pandang ringan je. Izinkan mereka masuk … dan kalau ada kes pun
sebelum ini, mereka yang berpakaian TNB ini menyamar kerana ingin mencuri elektrik
atau membuat sambungan pendawaian elektrik secara haram je .. kini lain dah
modus operandi mereka.
Kalau ada
yang berfikiran jauh dan tahu dari segi undang-undang, jika didatangi oleh
orang yang sebegini biasanya tak salah untuk kita minta kad pengenalan kuasa
mereka. Mereka sepatutnya ada kad kuasa. Mereka juga perlu berpakaian seragam
lengkap dengan logo syarikat. Kad tugas dan syarikat mana mereka bekerja.
Nampaknya
kita tak boleh lagi pandang ringan terhadap ini semua ..
Nota: Anggota TNB yang
memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni
setelah menunjukkan kad kuasa.Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter
sahaja iaitu di luar rumah dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian
di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.
Sekiranya didatangi pihak mencurigakan, orang ramai diminta segera menghubungi pejabat TNB berdekatan atau Balai Polis berhampiran.
1 comment:
Salam, bahaya ada di mana-mana. Org jahat ni ada macam2 tektik nak masuk umah org utk merompak.
Post a Comment