gambar sekadar hiasan
Jam 8.15 malam. Aku terima sms dari seorang cikgu perempuan (dari sekolah lain).
“Cikgu ... saya ada hal
sikit nak bual ngan cikgu. Cikgu sibuk ke? Bila boleh saya call cikgu .. masa
cikgu free?”
Kebetulan masa terima sms itu aku nak pergi solat
isyak. Akupun balasnya.
“Za .. Jam 9.00 k .. Sekarang saya nak gi solat Isyak”
“Okey” balasnya.
“Za .. Jam 9.00 k .. Sekarang saya nak gi solat Isyak”
“Okey” balasnya.
Tepat jam 9.00 malam,
sebelum sempat dia call, aku terlebih dahulu telefonnya. Aku dapat rasakan tentu
cikgu tu ada sesuatu yang penting. Kebiasaanya cikgu tu tak ‘bernada’ begitu
dalam smsnya. Malah setiap kali dia nak tanya aku, terus dia call je. Bualan pun berkisar hal-hal sekolah je.
“iya ada apa Za?”
“ermm … cikgu ... sebenarnya saya segan nak bagitau cikgu. Tapi saya rasa cikgu je yang saya boleh percaya.”
“hmm hmm .. “
“Cikgupun tahukan saya ni single parent. Suami saya dah meninggal dunia. Saya ada 4 orang anak (terus diam) ..”
“K .. hmm hmm ..”

“Cikgu .. kat sekolah saya,
saya selalu juga diusik. Maklumlah keadaan saya ni. Ada juga cikgu-cikgu laki
cuba nak tackle saya tapi hati saya masih tak terbuka. Sebenarnya saya ni takut
cikgu. Saya takut dipermainkan. Ini kerana ada juga yang nak ambil kesempatan ke
atas saya … ”
“Cikgu .. tapi kelmarin ada pengetua saya, dia datang
jumpa saya. Dia tanya hal saya. Dia tanya masih tak ada lagi ke calon pengganti.
Dia ada juga sebut seorang cikgu … (diam
lagi)“
“Sapa dia?” aku bersuara perlahan.
“Dia … dia tu cikgu kat sekolah cikgu. Baru juga kematian isteri. Pengetua saya kata cikgu tu baik orangnya”
“Okey..” (aku dah mula terbayang cikgu yang dimaksudkan)
“Saya tak kenal dia. tu lah saya telefon cikgu syid ni. Saya duk fikir .. tiba-tiba terlintas nak kenal juga sapa dia cikgu tu.”
“Okey..”

“Cikgu syid, saya sebenarnya
malu nak bagitau cikgu ni. Kalau boleh saya nak cikgu tolong saya kenali dia ..
camana dia .. sebab saya percayakan cikgu. Kalau cikgu syid kata okey … okeylah
saya ..”
“Okey za,
insyaAllah nanti saya cuba selidiki dia. Sebenarnya cikgu tu memang baik. Dia
seorang kaunselor. Baik sangat. Dia baru kematian isteri. Masa isteri dia
sakit, dialah yang duk jaga isteri .. anak-anak ... ”
“Cikgu syid .. cikgu tuu ada berapa orang anak. Umur dia
berapa?”
“Dia ada 6 orang anak tapi masih muda. 48 gitu”
“Ramainya .. ” (gelak ..)
“Takper, saya tak kisah cikgu syid. Sayapun dah umur 42 .. bagi saya yang penting dia dapat terima saya dan anak-anak saya ..”
“Dia ada 6 orang anak tapi masih muda. 48 gitu”
“Ramainya .. ” (gelak ..)
“Takper, saya tak kisah cikgu syid. Sayapun dah umur 42 .. bagi saya yang penting dia dapat terima saya dan anak-anak saya ..”
“insyaAllah .. moga perkara yang baik ni
akan dipermudahkanNya … ”
p/s – Kepada rakan-rakan alam maya, doakan saya untuk
ketemukan dan ‘ikat’kan mereka k ..
3 comments:
Wow.. match maker. =)
4+6=10. Meriah.... semoga dipermudahkanNya.
kisah bnr rupanya..insyaAllah mohon doa moga urusan cikgu dan kwn cikgu dipermudahkan..insyaAllah
Post a Comment