Jam 8.40 pagi – aku terima panggilan dari
seorang kawan. Nak jumpa. Terus aku keluar dan jumpanya di depan Kolej
Vokasional Kuala Krai. Aku tengok dia berpakaian baju pagoda dan seluar pendek
paras lutut. Aku perhatikannya. Agak pelik sebab biasanya kawan aku itu suka
berpakaian kemas.
Lalu
diceritakan apa yang berlaku. Malam tadi, sepupunya telefon minta tolong.
Sepupunya itu perempuan, umur 38 tahun. Sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang
anak. Anak-anak masih kecil dan yang bongsu berumur 8 tahun. Sepupunya
minta tolong bawa dia dan anak-anak keluar dari rumah. Dia tak tahan dipukul
oleh suaminya. Suaminya itu bukan setakat pukul dia malah anak-anak juga
menjadi mangsa sepak terajangnya.
Menurut sepupu perempuannya itu, kejadian
berlaku waktu berbuka puasa kelmarin. Puncanya hanya satu, waktu berbuka puasa
itu, suaminya marah kerana anaknya disediakan lauk ikan patin manakala dia
makan je lauk lain yang ada. Oleh kerana tak puas hati, dibalingnya pinggan
nasi dan segala apa yang ada. Terus dipukulnya isteri dan anak-anak.
Menurut
kawan aku itu, suami sepupunya itu seorang kaki ‘pil kuda’ dan macam-macam lagi
– tidak bekerja, tidak berpuasa (sedangkan semua anak-anaknya berpuasa) dan
sering kali minta duit daripada isterinya. Isterinya pula hanya bekerja sebagai
‘tukang kebun’ sekolah saja.
Jadi
sebaik terima panggilan telefon, terus kawan aku itu pergi ke rumah sepupu
perempuannya, terus dibawa sepupu dan anak-anak itu keluar dari rumah.
Dihantarkannya di rumah saudaranya di Kuala Krai. Malah dia terima panggilan
dari suami sepupunya itu yang mengugut nak membakar rumahnya. Laporan polis
telah dibuat dan polis sudahpun bertindak pergi mencari lelaki ‘pil kuda’ itu.
Aku
yang mendengar hanya mengangguk perlahan. Bangga dengan tindakan kawan aku itu.
Bagi aku, itu tindakan yang tepat. Dia tak sempat nak tukar pakaianpun. Apa
yang penting – segera bergegas keluar menyelamatkan sepupunya itu.
Untuk
rakan-rakan sahabat blogger, rakan-rakan facebook dan adik-adik pelajar di luar
sana. Hati-hatilah semasa mencari teman hidup. Selidiklah terlebih dahulu latar
belakang dirinya. Minta restu ibu bapa dalam mencari pasangan jodoh. Jangan
terperangkap dengan orang seperti itu. Sepak terajang menjadi perkara biasa.
Ini kerana orang yang ketagihan benda terlarang itu akan hilang waras fikirnya.
Tidak lagi ada walau secuit rasa kasihan dan menghargai kasih sayang keluarga.
Tidak ada lagi hukum halal dan haram baginya. Nak pikul diri sendiripun tidak
mampu (walau badan kurus - sebab sering ketagihan) apatah lagi nak pikul
tanggungjawab keluarga. Ada isteri sering dipukul dan dilempangnya, ada
anak-anak pula sering disepak terajangnya . Aduhai ...
No comments:
Post a Comment