Malaysia vs Thailand … Malaysia kalah 0-2
Tengok bola tadi, hati memang rasa tak seronok.
Tak seronok kerana dari awal permainan lagi kelihatan bola lebih menyebelahi Thailand.
Boleh dikatakan secara keseluruhan, dari separuh masa
pertama dan kedua, aku lihat hantaran dan kawalan bola sentiasa berada pada
pemain Thailand. Malah banyak juga bola yang
pada awalnya berada di kaki pemain Malaysia berjaya diambil alih oleh pemain
Thailand.
Kita kena akui Thailand memang hebat. Mereka memang mahir
dalam mengelecek. Malah hantaran bola mereka juga begitu bagus sekali. Tepat
pada kaki pemain mereka. Mereka sentiasa menyerang dan berjaya bermain di hadapan gawang gol Malaysia.
Apakan daya ..
Kita kena terima kenyataan, separuh akhir yang ke-2,
akhirnya Thailand berjaya mengatasi Malaysia 3-1.
p/s – Seronok tengok
gelagat dan semangat penyokong Malaysia di restoran Hakim. Walaupun Malaysia
kalah, mereka tetap ceria, senyum dan gelak ketawa. Rasanya akupun nak buat
perkara yang sama - senyum dan ketawa
juga ..
Kepada semua pemain Malaysia, jangan kecewa jangan sedih. Senyum lah .. anda semua telah bermain sebaik mungkin dan sehabis daya upaya.




