Followers

16 February 2009

Moga persahabatan kita akan kekal mekar selamanya

Kita selalu dan terlalu memikirkan perkara-perkara yang besar.
Kita selalu dan terlalu menghargai sesuatu yang jauh.


Kadang-kala kita lupa siapa yang selalu berada dekat dengan kita.
Kita lupa ada tangan-tangan yang selalu sudi mencoret kata untuk kita.


Kita lupa bicara kata yang menyenangkan yang kadang-kala membuatkan kita tersenyum sendirian.


Kita lupa akan ketenangan yang dihulurkan di kala kita diusik keresahan.
Kita lupa menghargai kisah dan perkongsian ilmu dari teman-teman.
Kita juga lupa ruang dan masa dari teman-teman yang sudi berkongsi rasa.


Walau semuanya hanya sekadar di alam maya... namun besar ertinya sebuah perkongsian.


Untuk itu, kepada sahabat dan teman-teman blogger semua.
Terimalah kad penghargaan dari saya untuk kalian yang sentiasa bersama.
Juga kepada teman-teman yang pernah dan masih sudi bersama.
Juga kepada teman-teman yang baru bersua muka dan berbalas kata.


Moga suatu hari nanti persahabatan kita di alam maya ini akan membawa ke alam realiti.


Terima kasih atas kehadiran teman-teman blogger semua.
Moga persahabatan kita akan kekal mekar selamanya…


p/s
- Malam tadi tiba-tiba terlintas.. rupanya dah hampir 10 bulan aku berada bersama teman-teman blogger di alam maya. Masih terlalu junior rupanya. Juga tiba-tiba terdetik hati... alangkah akan sunyinya hidup ini tanpa kalian semua di sisi … dan tiba-tba juga aku mula bermonolog dalaman sendirian.

54 comments:

Miss Jaz said...

salam...he.he...mr.rashid..he..he..jue ambik ek kad tue...walaupon kita baru mengenali...tapi ok ek...bleh ek..thanks...

Unknown said...

Terima kasih Rashid. Uncle dengan bangga menerimanya.

Tirana said...

Cikgu Rashid...

Mudah-mudahan persahabatan kita kekal..insyaAllah.

Terimakasih atas pemberian kad itu. Nanti kak tirana amik ye..pemberian dari kawan-kawan..mesti tak tolak punya..hehehe

ILA said...

Salam buat cikgu,
baru 10 bulan?? tahniah..yg pnting teruskan & jgn berhenti mood itu utk terus'bermonolog' d dlm entry seterusnya.
secara jujur..blog ni mjadi titi utk mghasilkan ramai 'sahabat'.dari alam maya hingga ke alam reality..(sebilangan)
namun..dlm memilih 'sahabat' juga harus berhati2.Seperti di alam reality juga...kdang2 diri sndiri berisiko menjadi sasaran manusia berhati 'munafik'. bgitulah yg telah saya lalui since mjadi blogger selama 3 tahun.

psstt~~maaf..seandainya ada kekasaran bahasa...

Rashid said...

miss jaz,
hmm.. memang ia juga utk jue. Ambiklah. Cuba perhatikan elok-elok dragonfly tuu.. terlalu seni dan indah ciptaanNya.

Rashid said...

Uncle Mountdweller,
Terima kasih uncle.. Moga kita sama-sama memerhati dan mengambil ikhtibar daripada sesuatu kejadian dan ciptaan..

Rashid said...

kak tirana,
Ya kak.. moga kita kekal dalam ikatan persahabatan yang penuh keikhlasan.

Terima kasih kerana sudi ambiknya.

Rashid said...

Ila,
Yake?.. terima kasih kerana berkongsi kisah. InsyaAllah jika diizinkanNya saya akan terus bermonolog dan berkongsi apa jua kisah.

Ila, moga kita ditemani oleh teman-teman blogger yang berhati 'seorang sahabat'..

kuIna said...

tanpa anda siapalah aku... wlaupn di alam maya...

Ada Dalina said...

terima kasih cikgu....

fAtrinA said...

mekasih naaa cekgu...hehe

Rashid said...

Kulna..
hmmm sama jua... tanpa kulna sapalah diri ini. T.kasih kerana masih bersama saya.

Rashid said...

Ada ayrissa,
ermm sama-sama. Ada ayrissa, Moga kita terus bersama di alam maya ini..

mommy otai said...

tok tok...dtg amik kad ni..tq cikguu..hehee

Anonymous said...

tkasih ..

Luth Textile said...

thankx abg rashid.
saya akan letakkan dalam peti pos..

Rashid said...

fatrina,
sama-sama naa.. (cam slang cina je ni.. hehe)

Rashid said...

mommy otai,
ermm kuatnya ketuk pintu.. tersedar dari tidur.

Mommy, terima kasih kerna sudi ambik kad.

Rashid said...

bunga,
ermmm sama-sama bunga..

Rashid said...

Luth,
Peti pos? ehhe.. ingatkan peti pos kat pej pos tu.. ???

Luth tq..

Junaidi Blog said...

Salam singgah - Kerdipan Bintang - Ni Bulan jua yang dipuja orang ....anak kampung mencelah Cantik Laman Blog .. Pengisian dan penulisan menyuluh dunia dan akhirat ....

Yanmie said...

salam Cikgu Rashid..thanks sgt2 atas pemberian kad ini..yan hargai sgt2..semoga ikatan ukhwan persahabatan ini tiada titik noktahnya...muda2han..Amin..
yan amik k kad nie...thanks..

Junaidi Blog said...

salam singgah ....

Junaidi Blog said...

salam singgah ....

Junaidi Blog said...

salam singgah ....

Rashid said...

Junaidi,
salam .. terima kasih kerana singgah sini. Suka bila entri kita dapat memberikan makna kepada teman-teman..

Bulan juga yang dipuja orang? lain je maksud tu? hehe.

Rashid said...

Yanmie..
Iya. moga persahabatan kita kekal mekar selamanya.. ermm kad ini memang sy tujukan utuk teman-teman seperti yanmie.

Yanmie.. tq

Wawa_Nadwa said...

Te.ri.ma ka.sih cheeeeeguuuuuuu..

hiks!
terima kasih ye sbb ingat jugak nk kasi kt wawa.
Owh sgt terharu.
(+_+)

sakurasa 2 said...

Terima kasih Cikgu, nanti sakura ambil pemberian cikgu tu. cikgu jemput ke blog sakura cuba teka-teka!!

Rashid said...

Wawa,
Mana boleh lupakan wawa - seorang blogger yang sentiasa bersama dalam dunia maya ini. Dan yang pentingnya wawa ni sentiasa nampak ceria, cute & nakal.

Suka dengan bahasa dan ayat wawa yang segar & gitu-gitu..

Rashid said...

Sakura,
ya sama-sama sakura. Teka-teka? eee dah rasa seriau nak jawab ni.. nanti sya pergi sana k..

::Asya Alesya Natasya:: said...

Tq tq cikgu ku :D atas pemberian kad ini.. budak ryena jugak mengharapkan persahabatan dialam maya kekal mekar selamanya :)

Izzatul Azma said...

mekaceh cekguu

Rashid said...

ryena,
Yup!! Moga selamanya..

Rashid said...

sweethoney,
sama-sama sweet.. ermm terasa begitu manisnya kehidupan kerana ada teman yang manis-manis.. hehe gurau jer..

KTS said...

lebih mudah mencari teman di alam maya berbanding alam realiti..

betul ke??

ceklala said...

Tengkiyuuu CR...
nnt La tempek kat blog yerr...
kalo lambat sori eh..
nak kena balas bekas ke??
hehhehe

Rashid said...

ku tak sempurna,
Yup..alam maya cerminan diri untuk kita ke alam realiti suatu ketika nanti.. moga-moga..

Rashid said...

hi cek lala,
balas bekas? tak nak bekas.. balaslah buah limau kecik yang manis-manis tu ke.. buah epal yg besar manis tu ke.. buah delima ke.. hahahh.

akuduniaku said...

salam

err...aiman kire teman gak ker???gugugu

x) salam

Redynne™ said...

Salam cekgu,
Mekasih daun keladi.. :)

aliadijamina said...

mekasih........ diterima dengan berbesar hati...

Rashid said...

akuduniaku..

salam.. hehe. Yup! duniaku duniamu jua..

Rashid said...

Alia,
Beri dengan penuh senyuman terukir.. suka dan bertuah miliki teman-teman di alam maya..

Rashid said...

Redynne.
T.kasih daun keladi? tak nak. tak suka daun keladi..gatal.. nak orkid. Suka orkid. so.. tukar ek. salam bunga orkid! Bolehkan..

Bapak said...

salam cikgu rashid..

Bapak ambik eh kad tu, hehhe.. sebenarnya segan sebab Bapak 'budak baru' dlm alam blog ni dan Bapak baru nak rapat ngan blog cikgu rashid ni..

anyway tima kasih...

Erinsza said...

tima kasih, cikgu semoga persahabatan kite kekal, & rasa terima kasih atas pemberian kad nie cikgu... maaf saya terlambat ambil.

tima kasih cikgu.

Hjh Nik Zulina said...

Salam ukhuwwah cikgu..
Tahniah cikgu...blog cemerlang secemerlang kerdipan bintangnya..

Hjh Nik Zulina said...

Selamat berkenalan.. tahniah blog aktif.

Rashid said...

ERinsza,
yup! erinsza juga kawan lama saya di alam maya ni.. t.kasih sudi ambik kad..

Rashid said...

Salam jua utk nik zulina,
Terima kasih.. moga perkongsian menjadi amalan kita bersama.

salam kenalan jua..

Rashid said...

Salam bapak,
uiks.. sila ambik. Jangan malu dan segan. Kita semua adalah sama.. saling berkongsi sesuatu di alam maya ni..

eiza in the house.. said...

salam cikgu rashid
minta keizinan mengabadikan pic tu kat dlm blog eiza yer..terima kaseh..moga persahabatn tak telan dek zaman :)

Rashid said...

eiza,
hmm yup boleh saja. memang kad tu utk teman-teman blogger saya..termasuk eiza. ambik ek.. t.kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search