Followers

14 February 2009

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata

Walaupun dah 4 hari berlalu, aku rasa mau masukkan juga sebagai satu entri - untuk aku merujuknya bila-bila masa perlu. Mungkin juga dapat aku jadikannya sebagai satu renungan…

11:46:54 bertarikh 10-02-2009

Aku terima satu sms dari Tuan Pengetua. Pengetua ketika itu sedang berada di Sarawak kerana menghadiri Mesyuarat Pengetua-Pengetua Kanan (Pengetua Cemerlang). Pada mulanya tak sangka juga aku. Ini kerana pengetua jarang sekali menghantar sms. Biasanya panggilan jer.

Berikut sms darinya.

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata. Saat tangan luka mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapuskannya.. ‘Selamat Hari Persahabatan Sedunia’. Semoga hidup penuh keberkatan oleh Allah s.w.t

p/s Aku terharu. Terima kasih ...

22 comments:

Anonymous said...

selamat hari sahabat...buat yang bernama sahabat..

Unknown said...

Very touching!. Persaudaraan ibarat anggota. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa jua.

Apa yang pernah berlaku pada uncle bila uncle enggan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang kali kedua kerana uncle rasakan uncle tidak layak menerimanya. Lalu Ketua Pengarah Jabatan sms yang berbunyi " Din, you deserve it and you have to take it"

sms yang cukup memberikan peransang kepada uncle.

Miss Jaz said...

sememangnya persahabatan itu sesuatu yg suci...betapa indahnya persahabatan bagi mereka yg betul2 mengerti...

mommy otai said...

hepy frenship day jgk la tuk abg rashid..
tanpa sahabat hidup sepi...
sahabat suka sng dicari..
sahabat duka....

sambung2...
moga kita menjadi kedua2 sahabat...

Rashid said...

bunga,
ermm terima kasih bunga..
Saya masih sama.. Moga selamanya.

Tiba-tiba teringat kisah burung terbang tinggi-tinggi dan jauh..

Rashid said...

Ya uncle,
Ibarat sebuah kapal. Nakhoda perlu bersama-sama dengan anak kapal untuk menuju destinasi..

Anak kapal akan makin bersemangat bila nakhoda 'take care'..

Hebat uncle ni. 2 kali terima APC. Tahniah uncle. Tentu komitmen uncle tak terbelah bagi ni..

Rashid said...

Miss jaz,
iya ju.. persahabatan akan menjadi indah bagi mereka yang mengerti apa itu erti sahabat yang sebenarnya..

arsaili said...

salam...semoga ukhwah berkekalan...yea persahabatan itu saling bertimbal balik

Rashid said...

Mommy,
ermm memang.. sangat bertuah sapa yang mempunyai sahabat. Walaupun seorang ia bisa mengalahkan ramai kawan..

Rashid said...

arsaili,
salam ukhwah jua utk arsaili..
t.kasih datang umah sy..

Seorang sahabat akan mengerti akan timbalbalas yang perlu demi sebuah persahabatan..

Walau bagaimanapun, seorang sahabat jangan terlalu mengharapkan balasan yang sama dari sahabatnya.. lebihkan memberi daripada menerima. Moga berkekalan jua ikatan.

akuduniaku said...

salam

Aiman ta tao na komen per tok entry neyh...

kurang pengalaman manis lah...

he3x =)

Rashid said...

akuduniaku,
akuduniaku. Tu dah kira komen le tu. Apapun terima kasih kerana hadir jua walaupun tanpa byk bicara..

A t i Q a h said...

Wah. Pengetua anda best. Kata-kata tu pun saya suka. :)

fAtrinA said...

persahabatan itu seperti tangan ngan mata...yup! tgn yg terluka pastinya mata menitiskan air mata gak...neway... sahabat adlh segalanya...

thanx cikgu!

ILA said...

salam di pagi ahad cikgu,
izinkan saya letakan kata2 sms tersebut & sematkan di pnjuru blog saya..bley tak??

minta izin dulu...sebelum memetiknya;)

Rashid said...

Atiqah,
Yup.. kata-kata dari seorang pengetua cemerlang. Hanya beberapa orang je berjawatan pengetua cemerlang di Kelantan ini..

Rashid said...

Fatrina,
ermm.. kadang-kala bila sepi menjengah.. kita akan tercari-cari akan seorang sahabat. Seorang sahabat yang boleh mendengar segala rasa dan getaran hati.

Rashid said...

Salam ila..
hmmm boleh saja ila. Untuk ila..Saya dengan senang hati..

Sebenarnya saya rasa gembira sekali kerana ada teman yang bersama dalam perkongsian kata dan rasa.

Ila, t.kasih teman..

Tea Cha Hai said...

Salam Cikgu,
Kata - kata yang sesuai untuk saya buat masa ni...

Hikmah saya berjalan2 ke blog ini..

Rashid said...

Salam ari..
Terima kasih kerana sudi singgah sini.. moga ari beroleh ketenangan dan kedamaian..

Anonymous said...

Menarik sms pengetua cikgu tu! Bertuah andai seseorang dianugerahi persahabatan yang sejati.

Rashid said...

kak long,
iya .. sungguh terharu. moga kita mempunyai sahabat seperti itu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search