Followers

13 February 2009

Award dari teman-teman blogger

Pagi Jumaat – tiba-tiba datang mood nak kemaskinikan semua fail yang ada dalam laptop aku ni. Dah 2 bulan aku tak kemaskinikan fail. Mana fail yang aku tak mau, aku delete je. Mana yang masih relevan – aku masuk dan kumpulkan dalam beberapa folder baru.

Dalam asyik duk kemaskinikan fail, terklik pula satu folder – Folder KOLEKSI AWARD dari teman-teman blogger. (Maaf kepada teman-teman yang bagi award tapi aku terlupa nak save dan masukkan dalam folder kat laptop aku). Apa-apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada teman yang sudi bagi award seumpamanya. Aku sangat menghargai ingatan kalian semua.

Berikut antara award yang aku terima...

TAG PEJUANG dari UNCLE MOUNTDWELLER (11 FEB 2009)

Blog uncle ini penuh sarat dengan pengalaman dan kisah benar. Kadang-kala boleh menaikkan roma bila membaca kisah benarnya. Uncle Mountdweller ini aktif orangnya. Terlalu sarat dengan pengalaman gunung dan hutan. Pengetahuan dan pengalaman politik yang dilalui menyegarkan ulasan dan komen yang diberinya. Agak kritis dan kadang-kala terasa juga pedas isu yang dikupasnya. Tapi itulah realitinya.

AWARD dari MOMMY OTAI (2 FEB 2009)

Blog mommy ini pelbagai rasa pelbagai warna. hehe.. Menu hasil sentuhan tangannya begitu menyelerakan sekali. Walaupun nampak simple je masakannya tapi sungguh real. (tuu belum makan lagi..baru je tengok foto ..). Gelagat anak keciknya pula... adehh begitu ceria dan bijak. Pintar dalam berkata-kata. Terhibur je hati bila menengok aksi spontannya.

Add Image

AWARD dari TIRANA (14 JAN 2009)

Blog kak Tirana ni penuh dengan cerita dan kisah yang boleh dijadikan pengajaran yang begitu bermakna sekali. Banyak moral di sebalik kisah pada setiap entri yang disampaikannya. Banyak juga persoalan yang perlu difikirkan bersama. Ada saja entri terbaru yang dibawanya. Rajin sungguh akak Tirana ini.. hehe.

AWARD Dari WAWA NADWA

Blog Miss wawa – ada warna-warni dan gayanya yang tersendiri. Dalam setiap entrinya – penuh dengan foto-foto diari yang dilaluinya. Bahasa dan katanya begitu segar dan mencuit hati. Selalu kena usik oleh saya… tapi miss wawa ni cool jer. Masih tetap tersenyum. hiks!!

(31 JAN 2009)

(13 JAN 2009)

(4 JAN 2009)

(4 DIS 2008)


AWARD Dari SAKURASA ( 25 NOV 2008)

Blog yang penuh puitis. Walaupun bait katanya agak ringkas tapi makna dan mesej yang nak disampaikannya begitu mendalam sekali. Di samping itu, foto-foto yang dipaparkan dalam setiap entrinya juga agak terpilih dan cantik - boleh memukau mata memandang. Terlalu abstrak sekali.

19 comments:

Tirana said...

Alhamdulillah...

Terimakasih kerana sudi menerima sebagai tanda penghargaan dan persahabatan di alam maya...

sakurasa 2 said...

Taniah n terima kasih sudi terima award walaupun hampir 3 bulan yang lalu award dari sakura, amat sakura hargai.

ILA said...

Amboiii...byaknya hutang cikgu...
alhamdulilah...dah wat 'setlemen' segalanya;)

Anonymous said...

banyak dpt award..tahniah..tanda disenangi..

Rashid said...

Tirana,
Kak tirana.. sapa yang tak nak terima award. Inikan pula award dari blogger yang glamour cam kak tirana ni.. hehe.

Rashid said...

sakurasa,
hmmm 3 bulan dalam simpanan peti emas - risau dicuri orang lain. Terlalu menghargai pemberian teman-teman.

Rashid said...

Ila,
Itulah saya ni. Asyik sibuk ngan kerja. Entri sayapun seminggu 2 atau 3 entri je. Kadang-kadang 1 je. hehe. (walau apapun.. semua award dari teman-teman blogger saya simpan rapi - dan saya memang menghargainya).

Rashid said...

Bunga,
hmmm.. t.kasih bunga. Mereka ni teman-teman blogger lama saya. Saya memang sangat menyenangi mereka..

akuduniaku said...

salam

tahniah juga he3x

semoga dapat lagi award he3x

Rashid said...

akuduniaku,
hmm moga dunia kita penuh warna-warni..

Unknown said...

Salam Rashid.

Rashid sekarang di Rantau Panjang ye?

N3 yang uncle cerita pasal uncle nak makan hantu tu kat rumah Abg. Rahim belakang Pejabat Pos Rantau Panjang. Mungkin Rashid kenal dia.

Kalau Rashid nak belajar dengan tu boleh juga dalam bab tarekat dan perdukunan.

Unknown said...

Tahniah Rashid. Itu semua adalah penghargaan dari kawan-kawan di atas sumbangan Rashid di blog.

Rashid said...

Uncle mountdweller,
Betul.. kejadian tu berlaku di sana. Masa tu saya balik kg. Saya sekarang berada di kk..

Abg rahim.. hmmm macam kenal je.

Belajar bab perdukunan.. hmmm hmmm ??? hehe..

Unknown said...

KK? Along pun base di teluk sepanggar. Navy base.

Harap Rashid bergembira walau pun jauh dari keluarga.

Junaidi Blog said...

Salam singgah ... anak kampung

Junaidi Blog said...

Salam singgah ... anak kampung

Rashid said...

mountdweller

bukan kk kat sabah uncle.. KK tu kat kelatan. hehe

Rashid said...

Junaidi

salam juga die..

Rashid said...

Junaidi

salam juga die..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search