Followers

10 February 2009

Lelaki itu pernah meletakkan pisau kat leher ayahnya

Pagi jumaat lalu, aku tengok ramai je orang duk kat sepanjang tebing sungai. Aku ingatkan apa.. rupanya ada seorang lelaki mati lemas tapi mayatnya masih tak dijumpai.

Lelaki itu dah berumur 30-an dan dikatakan agak ‘kurang segar’ sikit. Dia dah biasa mandi kat sungai. Bila dia terjun sungai, dia biasanya akan sengaja tenggelam timbul tenggelam timbul. Tapi satu ketika, dia menyelam.. tak timbul-timbul lagi.

Oleh itu, usaha mencarinya diteruskan. Tapi dah masuk hari ke-6, masih belum dijumpai lagi mayatnya.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah sembahyang hajat...

Pelbagai bomoh (dari Thailand dan Malaysia) juga telah diambil untuk ‘mengetahui’ di mana lelaki itu berada. Tapi usaha pencarian masih gagal…

(Ada seorang menceritakan pada aku.. bagaimana lelaki itu selalu bergaduh dengan ayahnya semasa ayahnya masih hidup. Pernah satu ketika, lelaki itu telah meletakkan pisau di leher ayahnya. Dan ayahnya begitu marah sekali lalu terkeluar kata-kata…“Jika engkau mati.. di situlah kubur engkau!”)

Berikut antara gambar yang sempat aku rakamkan..


Usaha-usaha mencari sedang dilakukan oleh pakar penyelam Thailand. Masalahnya hanya seorang je penyelam yang memakai tangki oksigen sedangkan sungai tu agak luas juga..

adehh.. apa tu. Siap dengan pulut kuning, pulut merah dan berasap pula tu?

14 comments:

Unknown said...

Salam sdr.

Mungkin Allah kanulkan sumpah seorang bapa walau pun simati kurang segar. Mulut Mak dan Bapak kita masin, kata orang tua.

Wallahu Aklam. Tapi kat mana ni saudara?

ILA said...

Salam buat cikgu rashid,
pasti keterujaan melihat peristiwa tersebut di hadapan mata...
Cikgu,
berdasarkan last pic,..bukankan itu salah cara usaha/alternatif utk mencari si mangsa. sila abaikan..usah memikirkan perkara2 negatif ya..;)

mommy otai said...

waaa plut kuning..sdp gak tu...
tapi nk kasi sape mkn kat tepi sg itu..heheee....mtk skett..kikiii

Signorina Syima said...

ITU LAH ORANG KITA... mula2 guna polis bila tak de hasil cari bonoh.. perkenan pada jin...mohon bantuan... apa la... tapi tak mao cakap apa lah kan, itu sbhgian ikhtiar...

eiza in the house.. said...

Salam..cikgu betul ker mcmtu sekali ayah dia ckp?..dah jumpa belum nie?

Ada Dalina said...

huhu..takutnya...

Rashid said...

salam mountdweller,
Ya, segalanya ada pelbagai kemungkinan.. Uncle, kejadian ini saya rakamkan kat sungai golok (sempadan M.sia-Thailand)..

Rashid said...

Ila,
hmmm sungguh ramai sekali orang melihatnya.
Betul ila, saya tidak fikirkan yang negatif (saja je guna kata adehh..). Semua yang dilakukan adalah semata-mata usaha mencari si mangsa.

p/s - terharu melihat kerjasama penduduk setempat M.sia-Thailand...

Rashid said...

Mommy..
eee jangan main-main mommy. Ia bukan utk dimakan.. saja salah satu perubatan tradisional diorang.

Rashid said...

Syima,
Moga anggapan kita semuanya benar. Ia hanya salah satu cara ikhtiar..

Sayapun tak nak bagi komenlah syima tentang kaedah ini ..

Rashid said...

Eiza,
Sayapun tak tau sejauh manakah kebenaran cerita ni. Itulah.. Saya dengar jer..
Kesahihannya Wallahualam..

Rashid said...

Ada ayrissa,
Itulah kehidupan ada.. sesungguhnya kita ini hanya sekadar musafir sementara di bumi Allah s.w.t ini..

Anonymous said...

kadangkala apa yg didepan mata susah diterima. sstu yang berlaku sukar dijangka. pengalaman mematangkan kerana bicara spontan kadangkala memakan diri..

Rashid said...

Bunga,
Benar bunga, itu tanda kita ni hanya insan musafir yang terlalu kerdil dan daif. Penuh kekurangan.

Susun atur bicara kadangkala penuh kepalsuan dan kepuraan. Bicara spontan juga jika tidak diertikan dengan baik juga banyak khilafnya..

Moga segala bicara adalah datangnya dari diri kita seadanya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search