Followers

10 August 2009

Bila kau dah habis belajar …

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari pasanganku
Bila sedih, aku cari Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Emakku


Bila nak bercuti, aku bawa pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah Mak
Bila sambut valentine... aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu aku ingat pasanganku
Selalu mak ingat kataku
Bila-bila aku akan telefon pasanganku
Entah bila aku nak telefon Mak


Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
boleh tak kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
(Berderai air mata jika kita mendengarnya …)


Tapi kalau Mak sudah tiada …
> MAKKKKK.. RINDU MAK.. RINDU SANGAT...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?

Berapa ramai yang sanggup membersihkan luka kudis ibunya?

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...

p/s - tersentuh hati bila aku baca e-mail dari kawanku ini..

34 comments:

- jinggo - said...

sedihnya kalau dihayati cerita cgu..
kita dan mak..
sesekali dula pernah ke Ramah Org Tua...sedih
yang hantar mak kesana adalah anak2sendiri...

SuFy said...

emak insan paling bernilai dalam hidup sufy..sayangi mak sebelum ia pergi..

dayana said...

cr...

yna sggup pe saja kalo tuk my mum!

Emilia said...

salam cikgu
sebak pula bila baca...tapi itu lah hakikatnya kan.. thnx for sharing :)

Cikgu Adham said...

slm... kawe pon baca juga daripada email demo... bila diamati... sgt menyentuh hati

mizaranun said...

salam..
nice..tersentuh di sanubari..
~kasih ibu mbawa ke syurga~

Rashid said...

Jinggo
kita dan mak .. suka ayat ini.
Selalu tertanya naper kita tak pernah cuba menghargai sebaik mungkin akan semasa adanya mak.. terlalu pentingkan kesibukan masa dari berfikir tentang mak. Tapi bila mak dah tiada.. ??

Rashid said...

Sufy,
Betul tu sufy. Emak satu-satunya insan yang akan sentiasa berada di sisi kita tak kira apa yang berlaku… susah senangnya kita sentiasa dalam hatinya. Tak pernah ada marah dalam hatinya.. yang ada hanyalah doa. Doa utk anaknya..

Rashid said...

dayana
iyake ni? kalau dijodohkan ngan …. terimake? hehe..

Berkorban apa saja..

Rashid said...

Emilia
Terasa sebak bila fikirkan pengorbanan mak. Jerit perih dirinya semasa besarkan kita. Tapi kita.. kadang tu sampai 2.. 3 minggu tak pernah terfikirkan mak. Apa khabar mak di sana.. Sihatkah dia?

Rashid said...

Cikgu Adham
Orang jauh lagi akan rindukan mak. Tapi kesibukan sana juga pasti bisa melekakan…
Moga mak sentiasa diingati.

Kalau apa terjadi pada mak di saat kita jauh…

Rashid said...

mizaranum
Kasih ibu satu-satunya. Tiada dua. Tiada bandingan. Kasih ibu hingga ke akhir hayatnya. Sedia terkorban demi anaknya.. tapi kita? kita seronok ngan persekitaran. Seronok bersama kawan-kawan..

Cik Amy Sensei said...

salam...

kasih ibu membawa ke syurga...hargailah ibu selagi dia masih bernyawa...

dayana said...

abengku cr...

nothing gonna change my luv to u...eh2 silap2...to my mum la kui kui kui...

jodoh yg mak cari mestilah terbaik kan? ttp beliau xkan memaksa dotternya ini menerima pilihan beliau kalo dotternya x suka...kawen kan tuk seumur hidup...len la cr kot2 nak tmbah lg kan...kan...kan...

Cikgu Adham said...

insyaAllah

Ashikin said...

dh meleleh air mata dah ni pon. bkn teringat mak je.. ayah pon..

Rashid said...

Cik Amy Sensei

salam. moga-moganya kita sentiasa menjadi anak yang kenal erti pengorbanan dan kasih sayang mak..

Rashid said...

Cikgu Adham

hmm hmm.. pengalaman pernah dilalui..

Rashid said...

Ashikin
ermm.. airmata tu sungguh suci. Mengalirnya ia kerna teringatkan mak ayah tanda ashikin seorang anak yang baik..

Nadia Yuna said...

yes. we should appreciate my mom
tp mcmmana pulak dengan kes kalau kite pon belum keje lagi, mak siap2 pesan gaji ko 10% kene kasik kat mak. wajib. kalau x tak berkat gaji ko.

kite yg memang niat nak kasi pon. dari ikhlas jadi tak tahu nak kate ape

hehe.

cemana tu ye? =p

Rashid said...

dayana
ermm baguslah tu yna. Sebagai anak yg baik memang kena ikut cakap dan pilihan mak. Baru ada keberkatan.
Sudah pasti dan semestinya pilihan mak adalah yang terbaik.

Rashid said...

Nadia Yuna
uiss apa punya mak tu nadia. adoii.. tu mak mata duitan tu. hehe.

Biasanya sorang mak tak pernah berharap akan duit anaknya. cuma kalau kita bagi walaupun sikit, hati seorang emak pasti akan suka. Suka hatinya itu akan beri keberkatan pada kita.. insyaAllah akan bertambah rezeki.

Selalu ingatkan diri sendiri - jgn terlintas dan berkira ngan emak. mesti ikhlas kerna dialah satu-satunya Mak ...

Zyma Saad said...

Salam Cikgu Rashid.....

Aduhaiiii....berderai air mata sy bila m`baca catatan ni. Sob,sob,sob...(tgh lap air mata nihhhh.....)

Anak2 zaman skrg ni cenggitu la, Cikgu. Pasangan didahulukan, IBU dibelakangkan.
Bila b`jaya - pasangan dikhabarkan.
Bila gagal - IBU dipersalahkan.

Aduhaiiii....
Kita ni belum tahu lagi bagaimana anak2 kita akan perlakukan t`hadap kita,Cikgu. SI TANGGANG semakin ramai dan terus m`biak.

LiNda said...

Salam Cikgu Rashid,


Sungguh indah bait kata
mengusik minda hati dan jiwa
mengalir air airmata
umpama deruan dari syurga

Wahai ibu ..

dikau kilauan permata
bersinar bak mutiara
bercahaya bak sang suria
menyinari alam maya
membiaskan sukma
pelukanmu daku damba
kasih sayangmu daku bahagia .

Jard The Great said...

luv my mom.. huhu

n a r d indie winkie said...

pernah baca gak email ni. lagi tersentuh bile aritu hari ibu. tapi tak kira masa, bile2 baca boleh jek tersentuh. my mum is the best!

Rashid said...

Zyma Saad
ermm.. menangislah zyma. Maaf, saya tak nak bagi sapu tangan.. kerna suka melihat rakan-rakan menangis teringatkan emak.

Betul tu zyma, anak-anak sekarang sudah hilang rasa..
Risau akan suatu hari nanti, kesopanan berbahasa anak-anak akan hilang dengan orang tua mereka sendiri..

Rashid said...

Linda

uiss tak sangka. Penyair juga rupanya Linda ni.. naper tak bagitau saya awal-awal. Kalau saya tau, hari tu saya dah minta Linda syairkan satu puisi spontan untuk saya. Tajuk puisi itu, ‘sinarnya begitu romantis sekali ...’

Linda, t.kasih.
Sungguh indah sekali bait puisi.

Rashid said...

Jard The Great

hmmm hmmm. jard t.kasih..

Rashid said...

Nard

Narddddd terkejut saya! Tiba-tiba muncul je. Naper lama sangat menghilang ni? Sibuk ek.. Mencikkk!!

Apapun selamat kembali nard. Moga lepas ini tak hilang lagi..

p/s - rasa sedih kerna ada teman blogger hilang begitu saja. Walaupun hanya kenal di alam maya, tapi hati ini tetap tersentuh dengan ikatan yang sudah terjalin (tak semestinya ikatan dot dot dot ..)

Nadia Yuna said...

=)

Rashid said...

Nadia Yuna

ermm.. naper senyum nadia? senyum ada makna tu.
Dapat rasakan sesuatu ..

Idalara said...

salam cikgu rashid
harini kak ida buat entri pasal mak n abah..tiada harta kemewahan dptku berikan hnya doa seorg anak.

Rashid said...

Idalara
salam kak ida
ermm.. belum bacapun dah rasa sedih. adehh. k saya pergi umah kak ida sana sekarang juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search