Followers

27 April 2011

Sakit tapi ada nikmatnya …

Tadi baca majalah Al Islam keluaran Mei 2011, tertarik dengan satu artikel, “Nikmatnya rasa sakit”.

Rasanya semua orang tau, bagaimanakah rasa kaki apabila tertusuk duri? Bagaimanakah rasa tangan bila terkena api atau air panas? Bagaimanakah keadaan diri bila berada di kawasan antartika? Selembut manakah kain sutera bila disentuh?

Sakit! Panasnya! Sejuknya! ermm lembutnya!! Demikianlah reaksi spontan kita.

Namun bila kita amati, ramai juga di kalangan kita bila sakit je pasti akan mengeluh. Keluhan seolah-olah kita tidak tertahan dan redha dengan kesakitan itu. Malah bagi sesetengah orang mungkin ada suara hati yang marah dengan kesakitan yang dialami.

Sebenarnya rasa sakit juga satu anugerah yang tidak terhingga kepada kita. Ia satu nikmat daripada Allah s.w.t. Ia satu nikmat di mana badan kita berupaya mengesan rasa sakit. Cuba bayangkanlah bagaimana agaknya jika kita tidak rasa sakit. Bayangkanlah jika Allah s.w.t mematikan semua deria rasa pada badan kita? Bayangkanlah kita tak rasa sakit apapun walaupun mengalami kecederaan …

Jom kita cuba bayangkan …

Bayangkahlah jika kemalangan. Tanpa rasa sakit mungkin kita tak sedar kita cedera kat bahagian-bahagian tertentu. Patah ke terseliuh ke .. terkoyak ke apa ke ..  tengok tengok tergolek sebelah kaki .. (sukar dan tak nak aku bayangkan!!)

Bayangkan kita tak rasa sakit bila tangan terkena pisau .. tengok-tengok darah dah berlumuran. Bayangkanlah kita tak rasa sikitpun sakit dada .. tengok-tengok dah rebah akibat kegagalan jantung berfungsi tanpa sempat diberikan bantuan. Bayangkanlah perempuan yang melahirkan bayi .. jika tak rasa sakit … (suka ke atau macamana ek?) 

Sesungguhnya bila direnungi ternyata amat besar sekali nikmat Allah s.w.t berikan kepada kita semua. Ia tak terhitung. Di sebalik kesakitan itupun tersembunyi penuh nikmat dariNya.

Itu bab sakit .. bila aku fikir-fikir ia belum masuk lagi bab keindahan bila mata memandang, akan kelembutan sentuhan, kemerduan telinga, kesedapan rasa ..  di sana juga tersembunyi akan nikmat dariNya.

Bayangkanlah jika makan tak rasa apa-apa ..
Bayangkanlah bila mata memandang .. kosong ..

Bayangkanlah bila bergambar .. hitam putihje .. takde warna-warnanya ..

 Snap jap. Lama tak bergambar .. 


10 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tidak dapat ku bayangkan....



sakit yang menginsafkan...
insaf pengubat sakit.

sueteh said...

salam cikgu..utk ungkapkan bicara dibibir mgatakan tak sakit & mlemparkan senyuman adalah terlalu mudah..namun utk menafikan pd diri sendiri ianya terlalu sukar..terlalu perit & terlalu pahit..tambah2 bl sakit itu adalah seumur hidup..hidup dgn simpati ..bukan mgeluh,tp entahla sukar utk dijelaskan..namun semua itu hanya mampu disembunyikn jauh2 dilubuk hati..kdg kala perasaan mula mhasut utk menakhiri semuanya..

eMMe said...

tgk cikgu ni mudaaa je, ape rahsianye..hehehee....

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid... entry dah tabik spring dah... boleh buat orang insaf..orang berfikir.. tetiba kacau daun dengan gambar hitam putih pulak!!... heh!...opsss ampun cikgu... bukan nk kutuk gambar, cuma....peringatan, tak leh renung lama2 je kat gambar tu, nanti terjatuh!.. kehkehkehkeh..

PS: gurau je cikgu, jangan marah naa..

Rumah Kuning said...

Sakit adalah satu daripada ujian Allah. Apa pun, semoga kita tidak diuji dgn ujian yg tak mampu kita tanggung.

Rashid said...

ahmad humairi
Ahmad .. insafi diri .. betapa kita ini terlalu kerdil disisiNya ..

Rashid said...

sueteh
Iya .. benar tu sue .. memang bebanan di bahu .. di hati terlalu berat buat si penanggung .. sukar untuk kita melihat dan merasainya. Apatah ia “sakit seumur hidup .. hidup dengan simpati” ..

Tapikan sue .. apapun yang berlaku. Apapun yang menimpa diri .. janganlah sesekali terfikir dan terlintas untuk mengakhirinya ..
Ingati sentiasa padaNya. Ingati .. “sesungguhNya ujian dariNya itu tanda kita disayangiNya ..”

Rashid said...

eMMe
haha!! mandaiiiiiiiiiii je eMMe ni .. dussshhhhhh sikit kat pipi (kena tak kena je)..

Rashid said...

Afida Anuar
Afida nipun satu juga ni .. adake tetiba kacau daun tang tuuu .. ishh .. diorang ni ..
Fida kalau terjatuh .. bangun sendiri k .. tak mampu nak angkat .. fida berat!! hehee ..

Rashid said...

Rumah kuning
Iya .. moga kita semua diberi ujian yang termampu untuk kita hadapinya ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search