Followers

20 August 2011

“Jika inginkan daku, dapatkanku di kerusi rodaku…”


Kelmarin – pergi kem tentera. 

Sempena menunggu waktu berbuka puasa, ada satu slot mendengar kisah dari seorang anak muda wakil Cakna Palestin Kelantan. Beliau telah berkesempatan pergi ke Palestin. Kisahnya begitu menarik untuk direnungi .. berkenaan keadaan rakyat dan negara Palestin.

Antara yang menarik hati .. berkenaan perjumpaannya dengan anak Syeikh Ahmad Yassin. Sebagaimana yang telah kita ketahui, Syeikh Ahmad Yassin, Bapa Intifadah Palestin telah dibunuh selepas solat Subuh dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya.



Bila ditanya mengapakah tentera Israel begitu takut sekali dengan Syeikh Ahmad Yassin .. anaknya sendiripun tak tau. Apa yang pastinya anaknya bercerita:

“Syeikh Ahmad Yassin seorang yang lumpuh dari leher ke bawah. Hanya bergerak menggunakan kerusi roda. Amalan rutin beliau ialah selepas solat subuh selalu akan membaca al-Quran. Saya selalu membelek al-Quran untuknya. Pernah satu ketika .. semasa membelek al-Quran .. saya tertidur. Apabila tersedar saya dapati beberapa helaian al-Quran telah terbelek beberapa helai ke hadapan. Saya hairan dan tertanya-tanya siapakah yang membeleknya? Rupa-rupanya Syeikh Ahmad Yasin terus membaca al-Quran dengan membeleknya menggunakan mulut & lidah ..”

Begitu hebatnya nilai keimanan dan ketakwaan pada dirinya ..  sehingga menakutkan Israel. Takut dan gerun hanya pada seorang yang lumpuh anggota badan ..



Pernah Syeikh Ahmad Yasin berkata: "Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka (Israel) inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

 Al- Fatihah untuknya ..

Gambar Syeikh Ahmad Yassin yang telah mati syahid ..

3 comments:

zati embong said...

Al Fatihah..

pengaruhnya kuat.

Rashid said...

zati embong
hmm hmm .. moga rohnya bersama golongan orang beriman.

saya Sakura said...

"aku tidak takut untuk mati syahid, bahkan aku cinta akan syahid. jika zionis mahukan aku, maka mereka akn dapatkan aku di atas kerusi roda ini dan aku tidak akan bersembunyi."
al-fatihah untuk beliau,pejuang Islam yang sejati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search