Followers

14 May 2008

Apa berlaku pada minda orang berjaya?

Apakah sebenarnya yang berlaku pada minda seseorang yang bertukar dari seorang yang biasa kepada seorang yang berjaya?.

Aku tertarik dengan pandangan pakar Psikologi yang telah melukis gambaran mengenai sel-sel ini sebagai satu yang berbentuk seperti buah pear.

Buah Pear? sukar untuk aku bayangkan… hee hee

Menurut pakar Psikologi itu lagi,

“… ia tersusun di dalam kumpulan-kumpulan seperti segugusan buah anggur. Sebelum kita dilahirkan, tidak satupun sel ini ‘jaga’. Semuanya ‘tidur’ dan kelihatan seperti putik-putik bunga yang belum kembang. “

“Tetapi sebaik saja kita dilahirkan, beberapa sel tertentu akan terjaga. Sel-sel ini tidak akan ‘terjaga’ pada waktu yang sama atau dalam kelajuan yang sama. Sel-sel yang mengawal pernafasan, menangis, makan dan sebagainya akan ‘jaga’ terlebih dahulu. “

“Selepas itu sel-sel lain yang mengawal pergerakan seperti berjalan, membezakan dsb turut akan ‘terjaga’. Sel-sel lain akan terjaga setengahnya apabila kita berumur 5 tahun, 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70 dan mungkin lebih daripada itu. “

Pakar-pakar psikologi menimbulkan persoalan;

“Bandingkan apa akan jadi pada kita jika kita hanya separuh jaga. Kita hanya menggunakan sebahagian kecil dari minda kita. Sebaliknya terdapat sesuatu di dalam diri kita iaitu satu ‘kuasa’ yang mana tidak pernah kita ketahui dan tidak pernah menggunakannya…”

Sebaik saja habis rangkap di atas, aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah aku masih / hanya menggunakan sebahagian kecil minda … untuk kehidupan seharian selama ini?

Aku harus terobos diri. Muhasabah diri. Refresh diri. Mencari sesuatu yang bermakna. Melakukan sesuatu.. memperolehi sesuatu…

p/s – Penulis mengambil bahan persoalan ini dari buku Frank Tibolt, Sentuhan Kejayaan…

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
kalau kita baca buku2 motivasi kejayaan, "Think & Grow Rich" contohnya, memang begitu ditekankan betapa pentingnya menguasai dan menggunakan sepenuhnya minda kita untuk mencapai sesuatu matlamat dalam hidup.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search