Di depan pintu PBB di New York terdapat sebuah papan yang bertuliskan sebuah syair yang indah yang pernah ditulis oleh As-Sa’di Asy-Syairazi. Syair itu berisikan seruan untuk persaudaraan, kerukunan dan perpaduan. Isi syairnya seperti berikut:
Saat kukunjungi kekasihku, ia berkata kepadaku:
“Siapakah yang ada di balik pintu?”
Kujawab:
“Yang ada di balik pintu hanyalah aku.”
Ia berkata:
“Kamu keliru dalam mengertikan cinta
kerana dalam ungkapanmu
kamu pisahkan antara aku dan kamu.”
Setahun telah berlalu
saat kukembali datang kepadanya
mengetuk pintu rumahnya dengan lembut.
Ia berkata kepadaku: “Siapa kamu?
Kujawab: “Lihat sendiri, masa tidak kenal
tetapi aku yakin kalau yang ada di balik pintu
tiada lain hanyalah kamu.”
Ia berkata kepadaku:
“Sekarang kamu baru memahami erti cinta
dan mengenalnya dengan baik.
Untuk itu
silakan masuk, wahai belahan jiwaku.”
p/s - lama sungguh tak bersajak...
6 comments:
wow..
deep meaning :)
suka baca sajak ni... tapi, nak tulis sajak, sangat lah kaku diya ni...huhu
hi yonna, sayapun dapat rasakan betapa indahnya bahasa dan maksudnya...
hai diya, bahasa sajak itu datang dengan bersahaja...ada penyajak kata, 'ia datang apabila kita memerhatikan alam dan kehidupan manusia dengan meletakkan diri kita sebahagian darinya...
sy suka juga sajak ni, tapi lambat nak faham... cikgu tolong la saya, sy masih tak faham.
hmmm hmmm saya tersenyum sorang-sorangla syima dengan permintaan syima... mungkin setiap orang ada tafsiran yg tersendiri.
Bagi saya, dari satu sudut pdgn, sajak ini mahukan kita supaya jangan bersifat 'keakuan dan terlalu mementingkan diri sendiri'. Sajak ini mahukan kita menjadi insan yang prihatin dengan 'dunia', mahukan kita bersama dengan 'dunia', menjadi sebahagian dengan masyarakat dunia... menyayangi, mengasihi dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Dengan kata lain, sajak ini mahukan kita berusaha menjadikan bumi ini selamat untuk didiami bersama... (p/s - mungkin sudut lain, boleh tanya kepada Sarah 'my World'.. sarah ni hebat dalam dunia sajak. hee hee
Post a Comment