Followers

21 June 2008

Wanita di sisi lelaki


Dalam aku melayari laman blog rakan-rakan yang lain, aku berasa sedikit kagum dengan beberapa laman blog yang menzahirkan rasa suka & cerianya bersama keluarga tersayang masing-masing. Aku berasa seronok dan kadang-kala tersenyum sendirian melihat celoteh rakan-rakan blogger yang sudi bicara mengenai kehidupan bersama suami / isteri & anak cute masing-masing.

Aku kagum dan terharu kerana rakan-rakan blogger ini bersikap terbuka. Mereka sudi berkongsi rakaman suka-duka dalam kehidupan berkeluarga dengan pembaca semua.

Moga warna-warni kehidupan rakan-rakan blogger yang sudah berkeluarga ini akan terus bersinar dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang masing-masing hingga ke akhirnya.

Bagi aku, dalam mengekalkan kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga ini, pasangan masing-masing mesti tahu dan harus memainkan peranan. Namun sebagai ketua keluarga, suami (lelaki) harus memainkan peranan yang lebih besar, lebih berat dan yang pentingnya lebih bertanggungjawab. Suami atau lelaki harus tahu untuk meletakkan pasangan masing-masing di tempat yang sewajarnya.

Aku pasti, begitu tinggi harapan isteri (bakal isteri?) kepada suaminya (bakal suami?), suami juga mengharapkan yang terbaik daripada isterinya. Namun persoalannya, adakah pasangan masing-masing cuba dan selalu meluangkan masa mengkaji apa yang paling baik patut diberikan kepada pasangan tercinta masing-masing?.

Kepada rakan-rakan lelaki:

Ketahuilah bahawa kedudukan isteri / wanita harus ditempatkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, yang mafhumnya:

“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan daripada kepala untuk menjadi atasnya, bukan daripada kaki untuk menjadi alasnya, melainkan daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintainya”.

Fahami dan hayatilah juga ungkapan yang berbunyi lebih kurang berikut;

'Usah mengharapkan isteri seperti Siti Fatimah (Puteri Rasulullah s.a.w) jika diri sendiri tidak seperti Saidina Ali…’

p/s – suka membaca warna-warni kehidupan dan ingin melihat dunia selalu tersenyum manja

3 comments:

Marzalina said...

memang benar cikgu..kalau kita mengharapkan kesempurnaan..percayalah, tiada manusia yg sempurna..tp saya percaya takdir saya..harap Tuhan makbulkan. saya harapkan lelaki yg baik dan dapat jd imam saya kelak.

cikgu bagaimana?

hana said...

terharu dengan nota ni..

seorang perempuan itu
perlukan didikan..
perlukan bimbingan..
perlukan teman..
perlukan belaian..

seorang perempuan itu
setianya seutuh Taj Mahal..

Aku Dan Kalam said...

Jika kita boleh menerima pasangan kerana kebaikannya

Terimalah mereka kerana keburukannya juga

Cinta pada seorang lelaki
Akan indah apabila datangnya daripada seorang isteri
Kerana ia tidak salah
Dan tidak susah

Seorang perempuan apabila menjadi seorang isteri
Dia akan memahami semuanya tentang seorang lelaki
Kerana tujuan mereka bersama adalah untuk saling melengkapi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search