20 Julai 2008. Aku menghadiri kursus peningkatan profesionalisme, bertempat di Pengkalan Chepa, KB. Kursus berlangsung selama 1 hari (bermulai jam 8.00 pagi – 5.00 petang). Sepanjang kursus, aku amat tersentuh dengan apa yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Hj. Abdul Razak, bekas Timbalan Pengarah Hospital KB. Kini, setelah pencen, beliau melibatkan diri sepenuhnya dengan pertubuhan NGO’s sukarela (termasuklah Global Peace).
Kehidupan beliau kini penuh dengan pengembaraan di seluruh dunia.. Pernah terlibat membantu mangsa gempa bumi di Kashmir Pakistan, Tsunami di Indonesia dan tragedi di Darfur Sudan. Beliau turut terlibat dalam membantu penubuhan dan pembangunan rumah anak-anak yatim dan penubuhan Sekolah Rendah Rohingya, Cheras Baru.
Antara buah bicaranya yang sempat aku petik dan menarik untuk direnungi bersama:
1. Di Acheh, beliau telah melihat bagaimana bangunan 4 tingkat tenggelam di telan bumi. Apabila ditanya kepada penduduk setempat, dikatakan bangunan itu adalah tempat minum-minum (mabuk).
2. Semasa tragedi Tsunami Indonesia, terdapat bekalan makanan disediakan oleh negara Barat. Apa yang menyedihkan, terdapat bekalan makanan yang di tempatkan di gereja. Penduduk dikehendaki berbaris mengambil makanan di gereja. Malah ada antaranya dikehendaki sembahyang di gereja terlebih dahulu barulah makanan diagihkan… (???).
3. Walaupun Indonesia adalah antara negara Islam terbesar tetapi dikatakan penduduknya masih memerlukan 70 juta naskah al-Quran. Di Acheh, sebelum Tsunami melanda – nak cari al-Quran dalam rumahpun susah.
4. Maaf! – Beliau yang sering memasuki kampung orang Asli sedih kerana mendapati bahawa masyarakat orang asli kini ramai yang telah dikristiankan oleh mubaligh luar.
5. Beliau pernah membuat kajian di kelab-kelab malam – didapati terdapat kelab malam misalnya di Ipoh dan Kuala Lumpur yang menawarkan keahlian kelab secara percuma kepada orang Islam.
6. Dapatan kajian yang dijalankan di pusat pemulihan didapati bilangan penagih dadah di Malaysia kini sudah menjangkau lebih satu juta (walaupun dinafikan oleh sesetengah pemimpin).
7. Dapatan kajian – 70% pelajar di sekolah rendah tidak boleh sembahyang dengan sempurna (tidak boleh membaca fatihah dan tahiyyat). Kebanyakan lupa kerana jarang-jarang sembahyang.
8. Di Malaysia sekarang terdapat lebih 70 ribu anak-anak di jalanan termasuklah 5 ribu di sekitar jalan Chow Kit. Kebanyakan anak-anak jalanan ini adalah anak pelacur!
9. Terdapat lebih 150 ribu pelarian Islam Rohingya, Myanmar berada di Malaysia. 5 ribu darinya terdapat di Selayang. Yang pastinya, pelarian Islam Rohingya ini akan hidup selama-lamanya di Malaysia. (cttn: Anak2 Rohingya ini tidak mendapat peluang untuk belajar di sekolah tempatan, kerana status mereka sebagai pelarian berdaftar bawah UNHCR. Anak-anak pelarian ini tidak mendapat hak untuk belajar, bekerja dan sebagainya. Kesemuanya perlu ambil inisiatif sendiri untuk survive).
p/s – Teringat pesanan akhir Dato’ Dr. Hj. Abdul R : “Apapun pekerjaan kita, jangan lupa kita adalah sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, kita perlu menyumbang sesuatu kepada masyarakat…”. Aku salute pada Dato’ kerana walaupun sudah nampak tua (dah pencen pun) tapi semangatnya masih kuat …
8 comments:
hmm...nice facts...bagus..bagus...boleh jadikan saranan-sape visit acheh hadiahkan quaran kat org acheh tuh...:D
tapi masih ramai daripada kita yang tak menyedari hakikat ini, malah ada yang menyedari tapi tak ambil peduli..
fakta yang menarik...
banyak lagi yang kurang nmpknya disekeliling kita..
biarpun kadang kala kita rasa ianya telah sempurna...
=)
hii cheryna,
berdoa moga 'serambi Makkah' di sini tak jadi macam 'serambi Makkah' di sana...
Bendul,
ya, kita perlu sedar hal ini.. semuanya ada kaitan dengan kita, warisan dan negara tercinta ini ..
nora,
kita kadangkala terlupa bahawa dunia di luar sana penuh dengan ranjau dan durinya. Kita terlupa..dalam kita tersenyum & ketawa, ada insan di luar sana yang menangis..
Syukur dgn apa yg ada.
cikgu panji,
alhamdulillah...syukur kita padaNya ngan apa yang kita ada sekarang ni.
Post a Comment