Pak Mad bercerita semasa zaman British...
“Sebelum negara merdeka… lulus darjah tujuh dah boleh memohon jawatan guru, polis dan lain-lain. Jika bersekolah Inggeris, dengan kelulusan darjah tujuh boleh memohon jawatan pegawai daerah”
“Dulu murid-murid bersekolah berjalan kaki. Berkaki ayam pula. Kanvas dijadikan pakaian. Tahu sajalah, kanvaskan tidak menyerap peluh. Sesiapa yang memakainya akan kepanasan dan kulit akan melecet.”
“Selepas tentera British kembali ke Tanah Melayu… mereka membawa pakaian terpakai dari Australia dan England. Kebanyakan pakaian kanak-kanak ialah gaun, jadi mahu atau tidak, pelajar lelaki terpaksa juga memakai gaun ke sekolah. Tali pinggang pula dibuat menggunakan tali batang pisang”
“Sampai di sekolah, kami beramai-ramai membersihkan sekolah. Menebas rumput di sekitar kawasan sekolah dan memungut sampah, itu kegiatan wajib. Masing-masing bawa parang ke sekolah…”
“Kami ke sekolah hanya berbekalkan kapur dan papan batu. Tiada buku khas untuk menulis disebabkan ketiadaan kertas…”
Pak Ya bercerita semasa zaman Jepun...
“Ketika sedang mengaji Quran, terdengar berita Malaya diserang Jepun. Masing-masing berlari pulang. Ada yang lari melalui sawah padi. Langit pula dipenuhi kapal terbang, bom digugurkan dari udara. Tak tahulah nak gambarkan suasana itu. Memang menakutkan!”
“Dulu-dulu ubi kayu jadi makanan ruji kerana kesukaran mendapatkan beras. Abang saya mendapat penyakit beri-beri kerana terlalu kerap makan ubi kayu. Beras pula dicampur kapur. Jika tidak dibilas berulang kali, pasti bibir akan berkudis”
“Tentera Jepun memang ganas. Jika tidak hormat kepada mereka, nescaya ditempeleng. Mereka pantang nampak makanan, mesti nak makan. Ada juga cerita lucu mengenai orang Jepun sepanjang mereka di kampung. Paling saya ingat, ketika lalu di hadapan kebun buah-buahan, mereka ternampak pisang merah. Pisang itu berwarna merah, tidak kira sama ada sudah masak atau belum. Seorang tentera Jepun ingin mencuba lalu mengambil sebiji dan memakannya. Nak jadi cerita, terkena yang belum masak. Ditempelengnya tuan punya kebun itu”
“Ada sekali tu, tentera Jepun berbasikal mengelilingi kampung dan teringin minum kelapa muda. Disuruhnya seorang lelaki lingkungan umur 50-an memanjat. Apabila orang itu lambat menurunkan buah kelapa, ditebangnya pokok itu. Pakcik tadi jatuh ke dalam bendang bersama-sama pokok kelapa. Nasib baik tak mati dihempap pokok kelapa”
“Ada juga pegawai tinggi tentera Jepun yang mati dan ditanam di kampung kami. Setiap kali kami ke sekolah, tentera Jepun akan meminta kami membawa beberapa jenis bunga untuk upacara sembahyang. Upahnya sebuku roti. Tapi, rotinya sangat keras. Jika direndam di dalam baldi sekalipun, roti itu tak akan lembut. Tapi air di dalam baldi pula yang akan kering!” seloroh Pak Ya.
p/s - Sekadar merenung erti kebebasan, ketenangan & kesyukuran…
19 comments:
aduhh
betapa betuahnya anak2 yg lahir selepasmerdeka seperti watashi
dan sebab beruntung juga mereka tidak tahu nk menghargai nilai erti kemerdekaan
sedih
anak muda sekarang,
jiwa mereka teruk dijajah
uhhuuhuhuhuh
mcmanalah zaman anak watashi nnt ekkk
20tahun dari sekarang
uwaaaa
MEMang klu kite kenangkan balik zaman JEPUN. TERLALU JAHAT& ZALIM.
Kehidupan sebelum merdeka amat memeritkan. Jenerasi muda seperti kita tak pernah merasai keperitan yang dialami oleh ibubapa dan nenek kita dulu sebab itulah kadang-kadang kita susah sangat nak appreciate kesenangan yang kita miliki sekarang.
klu nak difikirkan zaman kegemilangan diaroang menjajah tanah melayu dulu memang perit untuk ditelan. INILAH HAKIKATNYER.
erm..xnk zaman tu berulang balik..
utk appreciate usaha org2 dlu untuk memerdekakan negara ni, kte patut jaga negara kte kan cikgu..
Salam kenal...terharu bila baca kisah lama itu..rasa insaf di hati kerana kehidupan sekarang agak mewah jika dibandingkan dgn zaman itu.
hmmm watashi,
kenapa ya saya akan senyum bila baca watashi punya komen ... tu tang ayat "mcmanalah zaman anak watashi nnt ekkk 20 tahun dari sekarang' - bagus punya fikir tu..
memang benar watashi. kita yg lahir selepas merdeka ni perlu bersyukur ngan nikmat bumi Malaysia ni.
itu sebab saya begitu benci bila timbulnya isu perkauman walaupun hanya sekadar bunga-bungaan jer..
& amat sedih memikirkan 'kekuatan politik & ekonomi' orang Melayu sekarang ..
Erinsza,
benar erinsza, penjajah tetap penjajah. tak kira timur atau barat. mereka hanya ada taring dan kuku. taring untuk mengigit & kuku untuk mencakar... kesannya hanya darah bangsa kita yang mengalir lesu.
salam tirana,
Saya juga bimbang dengan generasi muda sekarang ni. ini kerana cerminan masa depan bangsa dan negara kita dapat dilihat dengan kedudukan generasi muda hari ini.
saya pernah mewawancara org-org tua yg hidup zaman penjajah - hanya airmata menemani cerita mereka...
hi sweethoney,
tak ingin zaman dulu kembali. tak sanggupppppppp... cuma saya setuju dengan penghargaan itu. Moga kita celik bila mendengar & memahami perjuangan mereka dulu-dulu.
sedih mengenangkan nasib pejuang kita yang seakan-akan tidak terbela.
salam Tie,
moga kita banyakkan rasa bersyukur padaNya. Selalu terfikir akan kehidupan kita ini yang terlalu singkat untuk disia-siakan...
Orang dulu : makan ubi kayu tuh cam makan nasi...okeh jer
orang sekarang : makan ubi kayu sekit mulelah lemah lutut.. angin katanya...
huhuhuhuhu......
benar tu azura..org sekarang manja sikit..maklumlah era ict katakan. hee hee
kalau nak dibandingkan dgn keringat org zaman2 dlu mempertahan kan tanah air dgn kita hari nie..
jauh panggang dr api..
skrang nie..semua politik..
rasa cintakan negara da smakin pupus..
bertuahlah anak2 hari nie..
:)
huhu..bersyukurlah atas nikmat Allah ini. Perit jerih mereka sblm merdeka tidak wajar kita lupakan...
Benar jdkiss,
sekarang kita kena berjuang cara kita sesuai ngan era global kini.
Tertanya-tanya kenapa perlu kotorkan tangan bila terlibat ngan politik?
Ya ayrissa,
tanpa mereka tak tau dengan keadaan negara kita sekarang.
Mereka sanggup gugur kerna memperjuangkan nasib bangsa... oleh itu marilah kita mengenangkan jasa mereka.
seganas-ganas jepun dan sekutunya. ganas lagi ulama hari ni yang menyembunyikan kebenaran.
salam sarip dol,
maaf, terkejut saya dengan nama sarip dol - teringat cerita p. ramlee.
sarip, pada pandangan saya, bukan ulama berdiam diri tetapi pandangan para ulama kurang dipublisitikan pada media arus perdana. sebaliknya dunia hiburan kini yang lebih disensasikan.
Post a Comment