Followers

06 October 2008

Bau bunga bantu dapat mimpi indah?


Bunga menjadi daya tarikan kepada sesiapa saja. Mana-mana rumah pasti ada bunga-bungaan. Tak kira sama ada bunga plastik mahupun ‘bunga hidup’. Yang pentingnya mesti ada bunga. Mana yang rajin tu… sempat tanam pokok bunga mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing. Tapi biasanya ‘bunga hidup’ ini hanya berada di luar rumah manakala dalam rumah hanya diserikan dengan bunga plastik je. Bukannya apa, bak kata orang ‘senang nak urus’.

Tapi nampaknya selepas ini kita kena buat satu pembaharuan. Ini kerana hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat serta Jerman (Berita Harian, 3 Okt 2008) mendapati bahawa sesiapa yang mahukan mimpi yang indah, perlu meletakkan bunga dalam kamar tidur. Kajian ke atas sukarelawan mendapati bahawa mereka telah mengalami mimpi yang indah selepas tidur dengan bau-bauan bunga ros dan mawar. Sebaliknya akan mengalami mimpi yang buruk jika mereka tidur bertemankan bau yang busuk.

Persoalannya, benarkah kajian ini? Andaikan kajian ini benar atau ada sedikit benarnya… Aku tertanya-tanya juga berapa ramaikah antara kita yang telah meletakkan pokok ‘bunga hidup’ di dalam rumah? Apatah lagi meletakkannya di dalam bilik tidur? Mungkin boleh dikira dengan 10 jari tangan je. Cuma kalau sembur pewangi dalam bilik tidur tu biasalah…

Bagi aku, kajian yang mengaitkan bau bunga dan mimpi indah ini agak menarik juga. Bukannya apa. Setidak-tidaknya ada usaha untuk memastikan tidur kita tidur yang berkualiti setelah penat bekerja seharian. Juga kerana sebahagian besar kehidupan kita juga penuh dengan 'tidur'.

p/s – teringat sejak kecik lagi, bila nak masuk tidur mesti basuh kaki dan baca doa… kalau dapat je mimpi buruk itu tandanya tak basuh kaki dan tak baca doa.

41 comments:

Tirana said...

Salam Cikgu Rashid...

Saya suka bunga lebih-lebih lagi bunga hidup. Tapi setakat ni belum pernah letak bunga hidup dalam bilik tidur. Mungkin lepas ni boleh try dan kita tengok kesannya ke atas mimpi..hehehe. Kalau betul kajian tu, memang menarik sekali. Dalam Islam sendiri pun sebenarnya kita digalakkan sentiasa berada dalam persekitaran yang harum dan nyaman serta menyihatkan. Islam mengutamakan kebersihan bukan sahaja untuk mendapat mimpi yang indah tapi untuk kesihatan tubuh badan juga.

cheryna zamrinor said...

bunga yg tahan lame di malaysia:
bunga kertas dan bunga orkid...
kedua2nye takde bau yg harum seharum mawar...
yg wangi bunga harum sundal malam...
ehhh...bahaya la pulak nak diletak di dalam bilik?
huhuhu...

Sufi Idany said...

Bunga dan mimpi....? mcm pelik tp mungkin ada kebenarannya.... apa kata kita pakat2 taruk bunga kat bilik tidur memasing....then try tgk mimpi indah ke tak ?

bilik ida nnt nak letak jambangan ros putih dengan hiasan dedaun hijau.... mungkin menenangkan jiwa.... minda terasa lapang dan... arap2 kajian tu benar n mimpi2 indah akan menghiasi tidur ida nnt...

Super Nia Hana said...

bunga rose bau yg paling relax

kuIna said...

sy suka pokok bunga tp yg tak berbunga... hijau saja..

Rashid said...

Salam tirana,
Saya juga nak try letak bunga hidup dalam bilik tidur..tapi kena pilih bunga yang harum & tahan lama. Bunga apaye? (sedang fikir ni...).

Benar kata tirana, Islampun mahu kita sentiasa dalam keadaan bersih & harum zahir (termasuk persekitaran) & batin.

Dulu selalu bermimpi terbang & tangan pula ada kuasa menggerakkan sesuatu tanpa perlu menyentuhnya. hehe seronoknya dapat mimpi macam tu.

Rashid said...

hi cheryna,
Bila saya nak sentuh bab bunga ni terus teringat kat cheryna.. cherynakan pakar bunga-bungaan.

Bunga harum sundal malam? bunga apa t? Bunga yang selalu hadir pd waktu-waktu larut malam ke? Yang selalu ada kat belakang cheryna tu ke? huhuhu.

Rashid said...

sufy idany,
Saya sokong idea tu..kita pakat try. tapi sufy try dulule kemudian bagi tau kat kita..

ros putih? cantik tu. Apa kata sufy penuhkan bilik tu dengan ros putih & dedaun hijau. bawalah batang pokok sekali. tentu hebatkan. macam dalam taman pula. lepas tu bagi nama
'kamar dalam taman'.wahhhhh tentu lena tidur tu.

Rashid said...

salam watashi,
yake bunga ros bau yang paling relax? Cheryna betulke jawapan watashi ni?????? (tanya pakar bunga-bungaan)

Rashid said...

salam kuina,
wahhh pokok bunga tapi tak berbunga? Agak menarik. hijau jeeee (pssss perlahan sikit. nanti marah 'orang dacing'.. 'orang bulan' senyum manjang je dengar citarasa kuina ni.

Ops!, kenapa saya tiba-tiba je terlintas pokok-pokok besar menghijau dalam hutan tu. hehe

Isdaniya said...

Salam...
leceh kalu letak pokok idup dlm blk tidur...nanti jadi tempat nyamuk menyorok..
bunga plastik pulak... buat kumpul abuk .. nak bersih sangat leceh..
paling mudah nak wangi dan segar.. sy letak penyembur wangian jer.. cukup time.. pssss.. emmm wangiii.. senang kejo.. :P

kami said...

Bagus gak pasal isu bau-bauan dalam bilik tido.. tapi kalau dah kat dlm bilik tido tak sempat dah fikir @ pun tak terfikir wangi ker atau busuk ker bilik tido kita. ape yg pasti tido jerk..

Cikgooden said...

salam ziarah...

bunga penama mu rashid..

nak tanya...masih di maktab Sabah lagi?...

sakurasa 2 said...

sakura memang suka mawar seger tapi susah nak dapatkan setiap hari...cuma setiap malam sakura akan nyalakan
lilin bersama teddy's dream fragrant oil
by Lovely lace...pastinya dapat tidur yang lena dan mimpi yang indah he he he

azza_irah said...

bunga dan wanita ibarat dua sahabat karibkan..hehee..
rasanya majoriti wanita menggemari bunga..diletak di meja sebagai penyeri..di sudut rumah memeriah suasana..

masa memula kawen dl penah balik dr cameron tabur kelopak mawar di katil..huby kata harum...tetiba azza lak seram...hehee...

kat dlm umah masih kekalkan bunga2 hidup berdaun..sb hijau tu mendamaikan..asalkan tak menggangu pergerakan isi rumah..rasanya dah cukup harmoni..sebab bunga plastik mengumpul habuk..

bukankah manusia dan alam tu patut bersatu..barulah keindahan dapat dihayati..kan cikgu..

...sy suka melur..
harum putih suci di hujung halaman..
thats why "melurr" sy gunakan sejak
mula mengenali dunia maya 12 tahun yang lalu....

Ada Dalina said...

cuba try test...tdo ngan bunga mlm nih dpt x mimpi indah..ekekkeke..

Rashid said...

hi eida
saya tersenyum baca pandanga eida. sungguh saya tersenyummm.

Sekadar suka melihat bilik tidur yang dihiasi sedikit bunga-bungaan... sejuk mata memandang sebelum dibuai mimpi.

Rashid said...

salam brother kami,

Memang orang laki cam tu.. masuk je bilik tidur. 2 minit terus lelap lupa dunia. hehe

Sememangnya orang laki ni simple jer. tak sempat nak fikir tentang kewangian bilik tidur.. obj utama zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. abis! huhuu

kami, terima kasih datang lawat sini.

Rashid said...

salam cikgooden(bunyi cikgoo tuu macam pelajar sabah je sebut..)

"cikgu, saya dah pindah kelantan tahun lepas cikgu" - nada seorang pelajar. penuh sivik.

t.kasih datang cikgooden.

Rashid said...

salam sakurasa,

saya tertarik gak dengan lilin bersama teddy's dream fragrant oil
yg sakurasa guna tu.. setiap malam? dapat mimpi indah-indah?

eee boleh cuba ni..

Rashid said...

azza, wahh romantisnya azza ni..

Tabur kelopak mawar di katil?.. wahhh lagi romantis. Teringat pulak saya dalam film hindi selalu diaorang tabur bunga-bungaan di atas katil. Penambah seri wangi.

tapi kenapa seram pula? (ops! cancel!)

Azza, memang kita dan alam hijau ni tak boleh dipisahkan. ketenangan tu ada padanya.

Rashid said...

ada ayrissa,

cuba try test kemudian cuba try bagitau saya ye.. apa-apapun saya doakan ada sentiasa dapat mimpi yang indah-indah.

(petang tadi tengok cerita puntianak Maya karim kat TV..kejap je tengok, terus tertidur)

Cikgooden said...

dah balik kelantan dah...lamanya baru balik...he he he.


nampaknya...hang dah mula tak berapa nak ingat pada kawan2 lama.

mohad said...

mimpi pun ada tafsirannya...

Rashid said...

cikgooden,
10 tahun je kat sana.. terasa baru setahun dua je.

saya balik inipun kerana fikirkan kawan-kawan... motivasi balik semakin kuat semasa berkursus di PLAW, Perak 2006. Terasa seronoknya duk kat semenanjung ni... boleh buat banyak perancangan.

Rashid said...

salam ijad,

memang mimpipun ada tafsir tersendiri..tapi saya tak suka menafsir mimpi..takuttttt

Wawa_Nadwa said...

Salam cikgu Rashid..

Rasenye wawa sependapat dgn eida.
haha!
letak bunga idup, byk nyam0k.
letak bunga plastik, byk habuk plak.
ish3!
hee..

Wawa rs patut la ssh nk dpt mimpi yg indah2 rupenye xde bunge lam bilik.
pasni nk letak la.
hiks!
=)

Pocket said...

bunga memang besh,
tp kan, nak mantain nyer tu yg penat tu, kalau pot pouri jer tak leh ker?:) heheh

pocket suka jgak tanam pokok.
dulu pulun sungguh. tapi impact yg sama tidak berterusan kerana hanya buleh wat kat umah tuk.
nanti bila dah ada umah sendiri.
buleh la nak menyemakkan bilik tido ngan bunga bunga yg wangi:)
heheh
menjadi ker tak.. belakang kira,
pulun dulu:)

KTS said...

nak letak bunga apa ek??
kalau letak bunga taik ayam mimpi buruk ke mimpi indah

azza_irah said...

cikgu rashid..
puitis terpulang pd tafsiran masing2..hehee..yg pasti bau harum dr kelopak mawar tu buat sy seram sejukk..hehee..

mimpi ..
sy bermimpi 2 mggu sblm raya..
smpai skrg mimpi tersebut jelas di minda..
bkongsi dengan kwn2 rapat..byk tafsiran yg sy dapat..
ada yg positif n ada yg negatif..
tapi sapalah kita utk merencanakan itu ini jika tidak dengan izinNya kan..

Rashid said...

wawa nadwa,
oooiiii takut nyamuk rupanya. Macam mana nak keluar camping ni? Ops lupa anak manja katakan. huhuuu

wawa, apa kata wawa cuba cari satu bunga yg wangi.. ciumnya sebelum tidur..atau letak je kat hidung sampai lelap.. tengok dpt mimpi indah atau tak? kemudian bagitau saya.. kongsi mimpi okey.

Rashid said...

salam pocket,
satu impian yang sangat baik dan indah tu..

Memang nak mantain bukan senang. Sebenarnya nak mantain apa-apapun bkn senang. ia perlukan kesungguhan & kesabaran - sama juga nak mantain kecomelan, btk badan, kesetiaan, prestasi dsb..

Pocket, saya sedang bayangkan pocket penuhkan bilik tido dengan bunga-bungaan...wwahhh bertuah isteri nanti.

Rashid said...

ku tak sempurna,

haiya bunga tai ayam ke? ya tak yer juga.. apa kata cuba try test dulu & gilir-gilirkan jenis bungaan..

moga berjaya dlm kajian ini..

Rashid said...

azza,
bau harum di siang hari okey..jangan malam hari..sepiiiiiiiiiiii semacam je rasa.

kenapa ya saya tak suka sangat mentafsir mimpi..

p/s - prnah mimpi diganggu benda tu??? tapi syukur bila baca ayat suci al-Quran - petir dtg sambar benda tu??? sampai ari ini masih jelas dlm ingatan petir yg datang tu...

azza_irah said...

cikgu rashid..
mimpi mainan tidur..tapi emosi kita sure terganggu jika mimpi itu sstu yg ngeri dan menakutkan..namun jika mimpi indah pula..tak sudah2 la kita berangan. jadi sume nya pokok pangkal pd hati..menimbang mana baik buruk..

p/s-nak mimpi g kk..

Rashid said...

salam azza,
terasa seronok juga ya jika tidur tanpa diulit mimpi...lena selena-lena je rasanya

p/s - nak mimpi dtg KK? senang je, pertama jgn lupa tepuk bantal 3 kali sebelum tidur (sekadar bagi lembut nanti sakit leher....) Kedua, fusshhhh fushhhh (saya dah sembur doa..)hehe

*SiRibenMerah said...

salam cikgu..

hehehe.. rasanya sam je kalo pasang aroma therapy oil flavour bunga apa2 kann..

hiksss... tapi seeloknya tido basuh kaki n berwuduk la lebey baik..

bg saya, baca doa tido je terus hanyut.. hahahahaha.. ZZzzzzzzzzz~

tayah letak bunga ape2.. letak kepala atas bantal je =P

Rashid said...

salam miss riben,
aroma therapy oil flavour? aahhaa mau cuba le.

miss ni jenis yang bertuah..mudah lelapkan mata...yg penting letak kepala atas bantal terus lelap.

ada orang tu.. nak tidurpun ambik masa 1 jam. tergolek kiri tergolek kanan, terlentang, meniarap... susahnya nak lelap. bila lelap pula mimpi ngeri pula datang..ishh ishhh

p/s - ada orang tu..duk depan tv je terus lelap. yang teruk lagi tu masuk dengar khutbah jumaat jer terus lelap... huhuuuhu

azza_irah said...

semelam sy tepuk bantal 4 kali..buka2 mata masih di katil...cikgu kata 3 kan..terlebih satu la pulak..heheee..

Rashid said...

azza,
itulah langgar petua tok guru. kan tak menjadi. hehe

gorila said...

tanam pokok pisang dalam bilik boleh jadi mimpi bagus x



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search